Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kes buli pelajar parah dibelasah


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Kes buli pelajar parah dibelasah


Lagi kes buli pelajar parah dibelasah
DUNGUN 7 Ogos - Lagi kes buli pelajar.Kali ini di sebuah sekolah menengah di bandar Bukit Besi, dekat sini yang menyaksikan seorang pelajar parah akibat dibelasah oleh lima pelajar lain.

Kejadian yang berlaku pagi semalam itu menyebabkan Mohd. Rizuan Mohd. Hashim, 15, terpaksa menggunakan kerusi roda.

Dia yang dirawat di Hospital Hulu Terengganu (HHT) sudah pun dibenarkan keluar petang ini.

Lima pelajar tingkatan tiga yang disyaki terbabit pula sudah ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Supritendan Che Hamzah Che Ismail ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan kejadian buli itu.

Beliau enggan mengulas.

Kes buli itu berlaku ketika mangsa dan kelima-lima pelajar terbabit berada di sebuah kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerangau kerana mengikuti Program Pendidikan Terengganu Gemilang.

Mangsa dipercayai diserang dan dipukul dengan kerusi dan disepak di beberapa bahagian tubuh pada waktu rehat, kira-kira puku 10.50 pagi.

Semua pelajar tersebut bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

Mereka datang ke sekolah itu kerana diminta mengikuti kelas khas beberapa mata pelajaran terpilih, yang membabitkan pelajar tingkatan tiga dan pelajar tingkatan lima.

Mohd. Rizuan yang cedera di beberapa bahagian badan itu kemudian dikejarkan ke HHT oleh dua orang guru sekolah itu.

Mangsa yang ditempatkan di wad HHT terpaksa menggunakan kerusi roda kerana sukar bergerak.

p/s:sumber dari utusan malaysia



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 50
Date:

kesian pada anak anak MELAYU yang dah LAYU niiii...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

ini lah yang seharus nya kita Pekida Malaysia bantu benteras.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Tangkap jer budak2 yang belasah tu.Kita pakat2 sunat jer kali kedua

ki...ki...ki...

__________________
nor mazwan bin mazlan


Senior

Status: Offline
Posts: 174
Date:

setuju ngan bro abuhanifah....


ini lah yang seharus nya kita Pekida Malaysia bantu benteras



__________________
Ahli Jemaah Dungun TRG
aki


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 1
Date:

Kes BulI Pelaja Nih.. Kalau tak Dibendung Awal awal dia orang akan Buat Benda nih mcm ADAT... tapi kalau ADAT Tu dah Melekat sampai Anak Cucu Kite Sume megikut Jer... Perkara yang sama berlaku pd tahun 2004. pelaja mati di buli rakan rakan.. arwah merupakan ahli keluarga Jauh saya... kalau Boleh Buat Ceramah BULI kat SEKolah SEkolah...


 


 


 


 


MMC SEMARAK.. DMKWEF05040033



__________________
Hidup Lebih Bermakna Dengan ISLAM


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:

:mazwan wrote:


Tangkap jer budak2 yang belasah tu.Kita pakat2 sunat jer kali kedua ki...ki...ki...

aku takut diorang sunat tok mudi pulak... ramai tu beb.... wakaka....

__________________
marsos six time


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

massalah massalah


samdol betul budak2 nie..................




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:

ada ka buli sesama melayu

__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
mi


Senior

Status: Offline
Posts: 108
Date:

cis..ni dah kire lagi hebat dari 3line nih..mane leh jadi bro..diorg nak amik title kite..

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

huh takkan nak duk diam jer???


bangse kiter...


maruah kiter...


mane pe g kata2 tuk bersatu???



__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Veteran

Status: Offline
Posts: 94
Date:

uh....

__________________
stella
mi


Senior

Status: Offline
Posts: 108
Date:

ye aa..kate 3line cable besar..nak2 rnd...barisan pertama pekida..gi aa tolong budak parah tuh..brape biji kete nak pegi tu..jgn gi ramai2..nanti parah nak kene tuang duit minyak sowang sket

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 241
Date:

gurlz wrote:


huh takkan nak duk diam jer??? bangse kiter... maruah kiter... mane pe g kata2 tuk bersatu???

UNDANG2 ADEKAN? BIARLAH PIHAK BERKUASA JALANKAN TUGAS DIAORANG.. emm...abg2 kat sana boleh kot tengok adik2 yg nak jadi pelapis korporat bukan keparat...

__________________
...ALLAHUMA ANTASSALA...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard