Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Lebih 500 muslim dihalau


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Lebih 500 muslim dihalau



LONDON 7 Ogos - Lebih 500 orang Islam di Britain yang disenaraikan sebagai golongan ekstremis akan dihalau keluar dari negara ini.

Para pegawai imigresen telah menerima senarai nama daripada agensi perisikan M15 dan diarahkan supaya bertindak.

Tindakan menghalau fasa pertama itu dijangka akan dilakukan dalam tempoh dua minggu lagi.

Antara yang bakal dihalau keluar lebih awal ialah berpuluh-puluh ulama yang didakwa radikal serta beratus-ratus pemilik kedai, penulis, guru dan pengendali laman web.

Setiausaha Dalam Negeri, Charles Clarke akan memulakan proses menghalau itu sebaik sahaja kembali daripada bercuti dan dijangka mengeluarkan arahan penghantaran keluar kepada mereka yang terbabit.

Lebih 500 nama orang terbabit diambil daripada `senarai yang diperhati' yang dikumpul oleh perkhidmatan perisikan.

Identiti mereka dirahsiakan supaya mereka tidak boleh melarikan diri atau bersembunyi atau mencabar keputusan di mahkamah

Para pegawai Kementerian Dalam Negeri dan Pejabat Luar telah mendedahkan `gelombang awal' 100 orang Islam yang dihalau keluar bulan depan.

Kira-kira 100 warga asing akan dihantar pulang ke negara asal mereka menjelang hujung tahun ini, sementara 300 lagi akan dihalau tahun depan selepas undang-undang melucutkan kewarganegaraan berkuat kuasa.

Perjanjian dengan lebih 10 negara Afrika dan Asia Barat dijangka siap minggu depan bagi memastikan orang Islam terbabit diterima semula di negara asal mereka.

Britain dikatakan sudah menandatangani persefahaman dengan Jordan dan akan mengadakan perjanjian yang sama dengan Mesir, Maghribi, Algeria, Kenya dan Lebanon. - Agensi.


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Asalamu`alaikum..

Islam itu semenjak ia timbul yang di amanahkan Allah kepada kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w memang sentiasa ditindas dan dikecam.Rasulullah sendiri sentiasa diancam bunuh,di halau dari kota Mekah dan sebagainya.Itulah sebenarnya motif letupan yg berlaku diBritain baru2 ini.Terus menuding jari kepada Islam jika berlakunya keganasan di dalam dunia tanpa meneliti terlebih dahulu apakah punca keganasan itu berlaku.Sedangkan kita lihat sendiri di nagara2 umat Islam seperti di Palestin,Iraq,Afghanistan.Bagaimana tindakan tentera mereka menyerbu masuk kemasjid2 dan membunuh sewenang-wenangnya umat Islam.Adakah itu tidak dinamakan keganasan yang malampau???

Fikirkanlah......

__________________
nor mazwan bin mazlan
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard