Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Research N Development?


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:
Research N Development?


 


Assalamualaikum kepada semua jemaah forum yang berbahagia.


Maafkan sekiranya persoalan saya di sini menyinggung mana mana pihak.


cuma saya da satu soalan berkenaan dengan aktiviti yang dijalankan unit RnD pekida ini.


jika tidak silap saya , nama penuh unit ini ialah unit RnD (research and development) perhubungan awam (PR) dan politik.


jadi kenapa aktiviti yang dijalankan merupakan operasi mini market dan jualan buah?


boleh saya tanya dimana implementasi research n development dalam Unit RnD?


kenapa tidak disiarkan di forum ini, hasil dari research n development ini agar ilmu yang diperolehi dapat dimanafaatkan bersama?


saya rasa kita tidak kekurangan isu di BUMI ALLAH Malaysia ini...


Isu runtuh masjid... isu akhlak remaja melayu... isu murtad... isu AP... AF dll


atau mungkin RnD sendiri kekurangan tenaga manusia (dari segi kelulusan akedemik) yang boleh menjalankan kajian kajian sebegini.


namum hakikatnya... ramai lepasan melayu dalam bidang social science... kenapa tidak direkruit mereka menjadi pertugas RnD?


Gambaran saya dapat dari posting posting di dalam forum ini ialah kebanyakan ahli unit rnd ialah dari kalangan remaja yang belum matang sepenuhnya ... masih meruap ruap dengan semangat darah muda... kadang kala hingga melampaui batas sumpah dan rahsia.


kenapa golongan professional tidak dijadikan tujuan rekruitment? (recruitment target)


saya yakin golongan ini akan memberikan advantage yang lebih unit RnD. faktor umur dan tahap ekonomi mereka yang lebih kukuh pasti akan menghasilkan result yang lebih bagus demi kepentingan RND sendiri.


(setidak-tidaknya result yang lebih baik berbanding mengambil golongan remaja sebagai pertugas RnD)


Dan Maaf juga sekiranya apa yang saya cakapkan selepas ini akan menaikan kemarahan sesetengah pihak.


Bagaimana saringan dibuat untuk mengenalpasti siapa boleh diambil untuk "disembelih"? (perkataan sebenar untuk upacara tidak harusnya disebut di khalayak ramai seperti yang dipratikan disini... pantun pun ada yang sebut terang-terang)


dariapa yang saya baca, seolah olah mana mana kutu rayau boelh menjadi ahli pekida melalui unit RnD.


Di tempat asal saya... saringan kadang kala mengambil masa bertahun, dan hanya mereka yang sudah berkahwin sahaja yang akan diambil menjadi "orang dalam"


hasilnya ialah ahli-ahli yang lebih menghargai taraf keahlian mereka... kenapa tidak dipratikan disini??


sekian sahaja dari saya


 


 



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 48
Date:

Assalamualaikum...///


saudara Dzulfikar...


dinda rasa baik kiranya saudara PM sahaja terus kepada moderator/nick Pekida...segala pertanyaan saudara akan di layan sepenuhnya...


Dinda mengharapkan senior2 di dalam forum ini yang akan menjawab segala persoalan saudara...



__________________


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

Apa sebenarnya R&D dan aktivitinya



Assalamualaikum wbt.



Bagi menjawab pelbagai persoalan dan tohmahan yg kononnya ahli forum tidak faham apakah sebenarnya fungsi R&D ni dan kononnya R&D sudah lari tajuk dan fungsi dengan ujudnya aktiviti perniagaan, biar kanda jelaskan duduk perkara sebenarnya.



Walaupun Ungkapan penuh Unit ini terpapar dengan jelas, namun azulfikar, lalang36 dll masih asyik silap saja menyebutnya. Unit ini ialah



UNIT R&D, LATIHAN DAN PERHUBUNGAN AWAM.



UNIT R&D, TRAINING & PUBLIC RELATION.











R = RESEARCH (KAJIAN):



APA YG KAMI KAJI ...?





  1. Kenapa Pekida Jadi begini

  2. Apa punca kelemahan Pekida, kelemahan Melayu, Kelemahan Islam

  3. apa punca Melayu berpecah belah

  4. apa punca Melayu, Islam di cemuh, diperlekehkan sedangkan Rasulullah dah kata Islam itu tinggi dan tiada yg lebih tinggi darinya.

  5. bagaimana ingin memperbaiki keadaan itu...


D = DEVELOPMENT (PEMBANGUNAN):



Apa yang kami bangunkan, DAN BAGAIMANA ...?



Iaitu membangunkan segala kelemahan yang telah di kaji...





  1. Kenapa Pekida Jadi begini ?...



    • KERANA KURANG KEFAHAMAN DAN TINDAKAN BERNAS DI KALANGAN AHLI DAN PEMIMPIN... JADI KAMI HARUS BANGUNKAN DAN SAMPAIKAN KEFAHAMAN ITU.

    • CARANYA IALAH DENGAN MENJALANKAN KURSUS INDUKSI, KURSUS KEFAHAMAN LANJUTAN TANPA HENTI UTK SETIAP INDIVIDU YG INGIN MENGAMBIL PELAJARAN DALAM PERJUANGAN PERTUBUHAN INI.


  2. Apa punca kelemahan Pekida, kelemahan Melayu, Kelemahan Islam...?



    • KERANA KELEMAHAN PENCAPAIAN ILMU, KECERDASAN AKAL FIKIRAN, RENDAH SAHSIAH, YANG MENIMBULKAN KELALAIAN YANG MENYEBABKAN PENGUASAAN EKONOMI MENJADI LEMAH DAN KEKUATAN PENDIRIAN MENJADI RENDAH. AKIBATNYA MELAYU, ISLAM MUDAH LEMAH SEMANGAT, MUDAH DI TIPU DAN DIPERDAYA ...

    • CARA MEMBANGUN IALAH DENGAN MENJURUSKAN PENDIDIKAN YG BERKAITAN DAN MENYEDIAKAN WADAH UTK MELAKSANAKAN ATAU MEMPRAKTIKKAN PENDIDIKAN ITU... (TERMASUKLAH TEMPAT BERNIAGA UTK MELATIH MELAYU PANDAI DAN GIGIH BERNIAGA)


  3. apa punca Melayu berpecah belah..?



    • KERANA TERLALU BERAT KEJAHILAN SETIAP INDIVIDU, MENGAKIBATKAN MASING MASING BERGERAK MENGIKUT FAHAM PERIBADI, TIDAK MEMILIKKI ARAH TUJU YG SAMA BERDASARKAN SATU FAHAM... INI MENYEBABKAN TERLALU BANYAK FAHAM DAN TIMBUL SALAH FAHAM...

    • CARA MENGATASI NYA... KUMPULKAN MEREKA, BERIKAN MEREKA SATU FAHAM MELALUI KURSUS KEFAHAMAN YANG SAMA, IKAT MEREKA DENGAN IKAT JANJI DAN TAAT SETIA BERDASARKAN FAHAM YANG SAMA...


  4. apa punca Melayu, Islam di cemuh, diperlekehkan sedangkan Rasulullah dah kata Islam itu tinggi dan tiada yg lebih tinggi darinya...?



    • MELAYU DI PERLEKEHKAN KERANA MELAYU RENDAH AKHLAKNYA, MUDAH MELAKUKAN KORUPSI, MALAS NEKERJA, TIDAK AMANAH BILA DI PERTANGGUNGJAWABKAN, TAMAK KAN HARTA, TIDAK MEMILIKI SIKAP PEDULI KEPADA NASIB AGAMA DAN BANGSANYA, APATAH LAGI NASIB DUNIA, MELAYU MISKIN HARTA, MISKIN ILMU... TERUTAMA ILMU AGAMANYA SENDIRI, OLEH ITU KEJATUHANNYA MENGAKIBATKAN ISLAM TURUT DI CEMUH DAN DIPERLEKEHKAN. DALAM KONTEKS ISLAM... IANYA MELIBATKAN UMAT ISLAM SEDUNIA, YG MEMANG RATA RATA MEMILIKI SIFAT MACAM ORANG MELAYU ISLAM INI...

    • CARA MENGATASINYA - KALAU CETEK ILMU, KITA ANJURKAN PROGRAM PEMBANGUNAN ILMU, KALAU CETEK HARTA, KITA ATURKAN PROGRAM EKONOMI... SILA RUJUK SEMULA UCAPAN DASAR PRESIDEN KITA YG DI SIARKAN DI AKHBAR DISEMBER LEPAS.


  5. bagaimana ingin memperbaiki keadaan itu... ? ia harus di perbaiki dalam bentuk pekej, secara berjemaah seperti berikut...



    • KAJIAN YG MENDALAM DAN TERPERINCI (RESEARCH)

    • MENDIDIK UMMAT - TENTANG HASIL KAJIAN, LAKUKAN PENDIDIKAN, BERIKAN KEFAHAMAN DAN MOTIVASI (TRAINING)

    • IKAT UMAT/JEMAAH DENGAN IKATAN JANJI - SAMA SAMA BEGRGERAK, MELANGKAH DENGAN SATU FAHAM, SATU HATI... PENUH KETAATAN BERDASARKAN SATU KESEDARAN YG MENDALAM

    • PEMBANGUNAN HASIL KAJIAN SECARA JEMAAH - DENGAN IKHLAS DAN SUNGGUH SUNGGUH (DEVELOPMENT) 

    • HUBUNGKAN, TAKLIMKAN HASIL PEMBANGUNAN KEPADA ORANG RAMAI - AGAR YG MEMBENCI PEKIDA, MEMBENCI MELAYU, MEMBENCI ISLAM ITU MENJADI SEJUK HATI, HILANG KEBENCIAN MEREKA DAN MUDAH MUDAHAN MEREKA DAPAT MENERIMA KITA SEADANYA (PUBLIC RELATION/PERHUBUNGAN AWAM)


SEMUGA PENJELASAN RINGKAS INI DAPAT MEMBERIKAN SEDIKIT GAMBARAN KEPADA YANG KURANG FAHAM (ATAU SENGAJA TIDAK MAHU FAHAM KERANA PEMIKIRAN SUDAH TERLALU NEGETIF DAN PENUH DENGAN PHD MELAYU SEJAK ZAMAN BERZAMAN)...



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

KENAPA R&D AMBIL ANAK ANAK MUDA JADI PETUGAS...? DAN TIDAK MENGUTAMAKAN ORANG DEWASA YG BERKELULUSAN TINGGI...?


Jawapannya mudah saja...


Anak anak muda ini,



  • yang merasakan diri telah rusak,
  • yang merasakan diri jahil ,
  • yang masih menganggur atau tidak mempunyai pekerjaan tetap
  • yang tidak diperdulikan oleh masyarakat yg sedang selesa hidupnya.

ini saja yang ...



  • ingin dan bersemangat untuk menimba ilmu,
  • ingin berusaha membangun diri menggunakan modul pendidikan  dan pembangunan yang R&D sajikan.
  • yang masih bertenaga dari segi akal fikiran dan fizikal.
  • yang mempunyai cukup masa untuk bersama sama jemaah r&d, berusaha membangun diri , agama, bangsa dan negaranya.






RAMAI JUGA MEREKA YANG BERKELULUSAN DAN BERKELAYAKKAN TINGGI DATANG KE R&D, NAMUN MEREKA INI MEMPUNYAI MASALAH BERIKUT...



  • Sibuk mengumpul harta utk diri sendiri.
  • telah merasakan diri terlalu pandai dan tidak mahu di bentuk dengan kefahaman illahiah yg r&d sajikan.
  • merasa diri berpangkat, berkedudukan dan tidak mahu patuh kepada perintah ulil amri dan allah dalam saf perjuangan.
  • sedang mempunyai kerja yg baik dan sibuk mengurus diri dan keluarga yg selesa, hingga tiada masa terluang utk memikirkan dan menyumbang ke arah pembangunan nusa dan bangsa...

Mungkin zulfikar boleh tanya diri sendiri sudahkan zulfikar meluangkan masa, mencuba datang ke r&d, ikuti kursus Induksi yg telah setahum lebih dilaksanakan... apatah lagi utk turun setiap minggu menceburkan diri, mencemar duli bersama anak anak muda yg giat melakukan perubahan diri ... atau sekurang kurangnya serius memahami dan  menimbang segala perancangan dan modul perlaksanaanya...?



 


 



-- Edited by pekida at 20:23, 2005-08-08

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:

Jelas dan terang. terima kasih atas penjelasan kekanda Mas.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:


ZULFIKAR WROTE:


Gambaran saya dapat dari posting posting di dalam forum ini ialah kebanyakan ahli unit rnd ialah dari kalangan remaja yang belum matang sepenuhnya ... masih meruap ruap dengan semangat darah muda... kadang kala hingga melampaui batas sumpah dan rahsia.


kenapa golongan professional tidak dijadikan tujuan rekruitment? (recruitment target)


saya yakin golongan ini akan memberikan advantage yang lebih unit RnD. faktor umur dan tahap ekonomi mereka yang lebih kukuh pasti akan menghasilkan result yang lebih bagus demi kepentingan RND sendiri.


(setidak-tidaknya result yang lebih baik berbanding mengambil golongan remaja sebagai pertugas RnD)


Dan Maaf juga sekiranya apa yang saya cakapkan selepas ini akan menaikan kemarahan sesetengah pihak.


Bagaimana saringan dibuat untuk mengenalpasti siapa boleh diambil untuk "disembelih"? (perkataan sebenar untuk upacara tidak harusnya disebut di khalayak ramai seperti yang dipratikan disini... pantun pun ada yang sebut terang-terang)



dariapa yang saya baca, seolah olah mana mana kutu rayau boelh menjadi ahli pekida melalui unit RnD.



Di tempat asal saya... saringan kadang kala mengambil masa bertahun, dan hanya mereka yang sudah berkahwin sahaja yang akan diambil menjadi "orang dalam"



hasilnya ialah ahli-ahli yang lebih menghargai taraf keahlian mereka... kenapa tidak dipratikan disini??



sekian sahaja dari saya





saya tidak setuju dengan anda. tentu anda tidak pernah mengikuti kursus kefahaman secara sah jika masih berpendirian begini... anda sekadar ikut ikut saja.



__________________


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

Mudah saja...



  • kita lihat nanti, golongan tua atau golongan muda yang akan berjaya membangun Pekida, Melayu dan Islam bersama R&D ini....

  • Adakah golongan terpelajar, yg selalu berbangga dengan sijil mereka, buat ulasan berjela jela, tapi masih duduk di depan komputer berforum tak habis habis... atau golongan muda yang berkerja keras dan sanggup berkorban ...

  • Kita lihat juga samada yg di tapis bertahun tahun yg lebih menghargai keahlian ini, atau yang segera tunduk dan ikhlas menjadi ahli setelah faham jelas kemurnian Pekida semasa mengikuti kursus...

  • kita lihat nanti adakah lebih baik 3 tahun di tapis tanpa pendidikan, atau satu malam di tapis dengan ilmu... yang dapat berjuang dengan lebih berkesan...


__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

assalamualaikum...


nah ambik.. tak payah di suluh dah terang jelas n nyata...


feed back dr remaja: remaja pon nak maju... nak juga belajar how to memimpin... dah byk slogan keluar REMAJA TERAS MASA DEPAN, REMAJA PEMIMPIN MASA DEPAN, takkan nak tunggu dewasa baru nak belajar... MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA...


wassalam...


 



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 61
Date:

assalamu'alaikum ///


jari disusun /// meratap sembah... maaf dipohon ingin berpetah...


kelapa tua banyak santan... santan dicampur kedalam makanan... kepada yang tua kita hormatkan... peribadi yang baik dijadikan tauladan...


kelapa muda penghilang dahaga... menjadi ubat penawar luka...  anak remaja perlu dijaga...    bakal pengganti dihari muka...


kelapa tua kelapa muda... sama sama buah kelapa...  tak kira tua atau pun muda...         pastikan dulu kita siapa...


:- yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan...




SYABAS!!! Kanda Mas, teruskan perjuangan mu...


buatlah kajian sedalam-dalamnya, buatlah pembangunan setinggi-tingginya... kajian adalah ujian...  pembangunan adalah kejayaan...




wassalam... 



__________________
*ardmard*


Veteran

Status: Offline
Posts: 48
Date:

Assalamualaikum...///


Nah!!!...tahniah di atas penjelasan abg Mas...saya harap tiada lagi sangka-sangka di antara para jemaah yang lain dalam pengurusan perjuangan pihak R&D...


syabas Abg Mas & para jemaah R&D!!!



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:

Putih_Salju wrote:


Assalamualaikum.../// Nah!!!...tahniah di atas penjelasan abg Mas...saya harap tiada lagi sangka-sangka di antara para jemaah yang lain dalam pengurusan perjuangan pihak R&D... syabas Abg Mas & para jemaah R&D!!!


assalammualaikum...


ini bukan ringkas.. tapi padat dan bertenaga...


belia laaa yang memperjuangkan agama bangsa dan negara...


suluh pakai matahari dan bulan... klu bro tak nampak... Mmmmm.... heee heeee heeee


sikit sama abg long mas



__________________
marsos six time


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

agakya ... dia tak pernah dengar ceramah atau nasihat yang telah diberikan oleh Paduka Ayahanda Presiden kita. Mungkin dia asik sibuk dengan hal2 dalaman yang tak membangunkan. Apa2 pun TAHNIAH kepada unit RND yang diterajui oleh Kanda Mas. Saya rasa agak lama tidak log in ke forum ni ... tetapi sekali masuk banyak perubahan dan kemajuan yg dicapai.


p/s : sikit2 lama2 jadi bukit.



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


Syabas Kekanda Mas...Sungguh bernas jawapannya...Bijak2...Yang tua dah tak larat buat kerja...


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

R&D = research & development = kaji & bangunkan ekonomi Islam.


semoga unit berkembang dengan pesat.




__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:





__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard