Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ‘Teruna juga perlu dijaga’


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:
‘Teruna juga perlu dijaga’


‘Teruna juga perlu dijaga’




KUALA LUMPUR: Kempen bagi mengawal tingkah laku remaja daripada terjebak dalam maksiat, sekiranya perlu diadakan hendaklah meliputi kedua-dua remaja lelaki dan perempuan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
 
Beliau berkata, kempen ini jika akan diadakan bukan setakat “Menjaga Dara” saja tetapi juga hendaklah “Menjaga Teruna dan Dara.”


“Tidak wajar jika diadakan kempen untuk gadis saja kerana soal maksiat membabitkan lelaki dan perempuan, justeru, kedua-dua jantina perlu diberi pendedahan sekiranya kempen sedemikian perlu diadakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Nur Menara Ilmu “Straight As” bagi pelajar dari kawasan Lembah Pantai di sini, semalam.


Melalui program itu, 640 orang pelajar terdiri daripada 200 pelajar yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), 240 pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan 200 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini didedahkan teknik pembelajaran bagi mereka memperoleh keputusan “Straight As” dalam peperiksaan masing-masing.


Semalam, Shahrizat ditanya kemungkinan perlu diadakan kempen bagi mengelakkan gadis remaja daripada terjebak dalam kancah maksiat terutama seks bebas seperti yang dijalankan di Afrika.


Beliau berkata, kempen seperti itu tidak perlu kerana kerajaan sedang berusaha menanam nilai mulia dan murni di kalangan anggota keluarga bagi memupuk keluarga yang harmoni.


Shahrizat berkata, isu kempen “Menjaga Dara” tidak patut dipersenda atau dijadikan bahan ketawa tetapi seharusnya dianggap serius kerana isu itu membabitkan generasi muda negara.


“Saya tidak mahu isu ini menjadi bahan lucu...ia satu isu yang serius dan tidak boleh dipermainkan dan harus dihormati, sama seperti usaha memperkenalkan mata pelajaran kesihatan reproduktif dan pendidikan seks yang kini berada pada tahap akhir,” katanya.


Beliau berkata, pendidikan seks kini menunggu bagi dipinda untuk memasukkan idea terbaru ke dalam beberapa modul pelajaran hasil daripada forum konsultatif dan jawatankuasa teknikal yang diadakan dan akan dikemukakan kepada Kabinet setelah dimuktamadkan.


“Pendidikan adalah sangat penting dalam mempromosikan nilai moral yang baik. Sebab itulah kita nak adakan kokurikulum pelajaran pendidikan seks dan kesihatan reproduktif bagi membolehkan anak-anak menyedari mengenai biologi, fizikal, mental dan emosi mereka,” katanya. - Bernama



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Garis panduan dalam Al Quran dah ada..


Kalau di ikut dah tentu selamat...


Tak perlu lagi kempen2 bermusim ni..


Tapi dunia hari ni memang kadang kala tidak adil kepada perempuan!


Ok pada lelaki tapi tidak pada perempuan walaupun sepatutnya TIDAK pada kedua2 jantina...



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 174
Date:

setuju ngan pendapat anakomar....


garis panduan dlm al-quran dah ada..



__________________
Ahli Jemaah Dungun TRG


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Setuju ngn anakomar...Garis panduan dah ada dlm Al-Quran...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 62
Date:

Inilah yang berlaku sekiranya Al-Quran dan hadith tidak lagi dijadikan sumber rujukan.


Setuju sangat dengan anakomar. Pandanglah kembali Al-Quran & hadith agar kite tidak terus


sesat...  



__________________
pantang berundur sebelum ajal///


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

ikut je laa "Amar maaruf nahi mungkar" jadikan Al Quran sebagai panduan... segalanya pasti selamat...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Betul tu Rasullullah pun pernah pesan kepada kita ummatnya..Jika kamu tidak tinggal dua perkara ini nescaya kamu tidak sesat selama-lamanya.Pertama Al-quran yang kedua sunnah rasullullah s.a.w..

supaya mendapat rahmat dari Allah s.w.t

__________________
nor mazwan bin mazlan


Senior

Status: Offline
Posts: 200
Date:

Sokong 100%!!!

__________________
Amal Makruf Nahyil Mungkar


Veteran

Status: Offline
Posts: 83
Date:
RE: ‘Teruna juga perlu dijaga? >


setuju ngan pendapat anakomar....



garis panduan dlm al-quran dah ada..




__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard