kenapa dikalangan ahli pekida memakai rantai bersama buah naga@sarang labah2........?
bolehkah ayahanda menukar buah rantai seperti kucing ...
kerana kucing adalah binatang kesayangan nabi...
buah naga akan menjauhkan malaikat daripada diri kita......
bukankah itu salah?........
Contoh : -
KEKOSONGAN JAWATAN: A. Ahli Syurga Dari Awal. B. Ahli Neraka Dari Awal. C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A): 1. Nikmat kubur. 2. Perlindungan di Padang Mahsyar. 3. Keselamatan Meniti Titian Sirat. 4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA: Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA : Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN: Anda tidak perlu bawa siji-sijil. Anda tidak perlu bawa pingat. Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak). Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.
PANEL/PENEMUDUGA: Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR: 1. Siapa Tuhan anda? allah s, w, t bukan yingyang&naga 2. Apa Agama anda?islam, bukan cina 3. Siapa Nabi anda?muhammad bukan sami buddha? 4. Apa Kitab anda? al, quran bukan kitab buah naga? 5. Di mana Kiblat anda? kaabah bukan tokkong@anak berudu 6. Siapa Saudara anda?orang2 yg beriman bukan nyer org yg sembah naga?
CARA MEMOHON: Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber datang menjmput
saya rasa pemakaian buah2 naga@labah2 ke takde masalah sebab tu duit diorang....jadi takde ape yang nak di taksubkan sangat dengan harta dunia ni...sebab benda2 tu byk di jual kat mane2 kdai silver pun...sape2 pun bleh pkai...(tidak membawa makna ape2 pun)
yang penting sekarang...hala tuju & perjuangan yang di bawanya betul dan tidak terpesong...
saya harap semua jemaah tidak menyalah anggap pendapat saya yang 3 sen ni...
Setuju ngn saudara putih salju...Kita tak boleh taksub sangat...Pakai la apa pun...Yang penting niat kita... Banyak maksud dari segi buah naga dan sarang labah2 tu sendiri...Banyak benda yg perlu saudara Eiwan belajar mengenainya.Nanti disebabkan benda kecik sesama bertelingkah.Jgn ada perasaan benci atau curiga terhadap mereka.Org pakai apa pun tak pa asalkan ikut jalan yg diredhai...
"bolehkah ayahanda menukar buah rantai seperti kucing ...kerana kucing adalah binatang kesayangan nabi...buah naga akan menjauhkan malaikat daripada diri kita......bukankah itu salah?........"
Saya pun tak pandai jugak,tapi klu pakai benda2 cam ni membuatkan malaikat jauh dari kita kenapa masih di pakai????
Dan satu lagi kekadang soal pakaian dan pemakaian ini jugak bersangkutan dengan akidah kita.Saya masih ingat lagi orang dulu2 klu pakai seluar pendek stokin panjang bawa tongkat dan pakai topi Baretta dah dibenci orang dan ada sesetengah orang2 alim dulu2 kata haram dan yang lebih X trem lagi menghukum mereka ini kafir.
Di samping tu jugak boleh menimbulkan fitnah.Klu boleh elak,elaklah perkara ini.
rasanya nak pakai apa pon tak pa kot... asal tak bertentang dengan agama dan penerimaan masyarakat...
p/s: rakan saya dari yaman ikut saya pi masjid, dia pakai seluaq 3 suku saja, orang ramai pakat dok tengok dia ni pelik. pasai budaya kita lain. di yaman, aurat lelaki pusat ke lutut saja dan itu saja yang PERLU ditutup kalau nak sembahyang.
tapi yang saya cari ialah ilmu..yang saya nak pakai ialah...amal...
Marilah mari.. kta sama2 cari dan mencari
Lambang bunga lambang sementara Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya Daerah kita bukan daerah cinta Bukan masanya untuk memujuk kekasih merajuk Tiada senda gurau memanjang Kerana kita dalam berjuang..
Kita bina atasnya jihad yang subur
Bila aku katakan pada kamu: Perjuangan itu pahit Kau katakanlah kembali : Syurga itu manis....
nak menyampuk skit.Tak payah la nak pakai bentuk2 binatang sebagai rantai ke apa ke...dah la..dah bukan musim la..heheheheh....nanti tiba tiba terpakai lambang lambang agama lain secara tak sedar baru tau...contoh lambang bintang yg kebanyakkannya lambang 'Home of David'.....lambang Nazi tapi sebenarnya lambang Buddha...lambang matahari tapi lambang tuhan agama 'Sun Worshiper'.sarang labah labah tu pulak Lambang Bunga Paa Khua...heheheh kalau tak belajar makna mau hilang akidah secara tak sedar tu...hahahaha...baru tau...
Isu murtad memang sedang hangat sekarang tapi jangan kita pulak yang tak murtad ni sesat dalam terang pulak.ilme pengetahuan tu sangat sangat dituntut dalam agama Islam kerana supaya, salah satunya agar kita mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam kehidupan.
Lambang avatar ni,hehehehe...malas pulak saya nak komen sbb teringat salah sorang ahli kita yang penah pakai Avatar lambang Agama Hindu (LAMBANG DEWA KRISHNA YANG DISANGKA LAMBANG NOMBOR TIGA PULUH / 30).Memang bentuk lambang tu seakan akan nombor '30' dan ada bentuk huruf nun di atas nya.Ini terjadi disebabkan kurang pengetahuan dan pengalaman dalam hidup.Tapi Al-Hamdullillah, setelah ditegur dan berbincang,beliau sudah menukar avatar....tapi ada unsur Toisme la pulak.Hheheeheheh!!!...
Pandai pandai korang la sbb dah besar....Aku pun ada T-shirt Yin Yang, tapi itu brand barang barang surfing.Tapi kalau nak pakai,aku bantai jugak pakai.
alah... sbenarnya tak payah nak pakai rantai²... kanda masjuki pun saya rasa tak pakai mender² macam tu... cuma segak dengan baju melayu hitam... hehehe... dan lain² ada maksudnya.. bukan takder maksud bender² yang dipakai tu... xpayah nak tanya bender tak berapa penting tu... btol tak kanda² ku sekalian... tepuk dada tanya selera... hehehe...
saya rasa pemakaian buah2 naga@labah2 ke takde masalah sebab tu duit diorang....jadi takde ape yang nak di taksubkan sangat dengan harta dunia ni...sebab benda2 tu byk di jual kat mane2 kdai silver pun...sape2 pun bleh pkai...(tidak membawa makna ape2 pun)
yang penting sekarang...hala tuju & perjuangan yang di bawanya betul dan tidak terpesong...