KELUASAN API NERAKA.......................... > > Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang > kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan > berubah > mukanya,maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau > berubah > muka?" > Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh > supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg > mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, > dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman > daripadanya." > Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat > Jahannam." > Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan > selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun > sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam > gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus > engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan > dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg > mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu > digantung > di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas > dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu > pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di > atas > bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah > yg > mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, > nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat > panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan > minumannya > air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api > neraka > itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari > orang laki-laki dan perempuan." > Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu- > pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya > di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 > tahun, > tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: > iaitu yg lebih bawah lebih panas)Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah > penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk > orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan > hidangan > mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya > Al-Hawiyah. > Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga > tempat orang shobi'in bernama Saqar. > Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama > Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat > orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada > Rasulullah > s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu > ke > tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari > ummatmu > yg sampai mati belum sempat bertaubat."Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan > ketika mendengar keterangan itu, sehinggaJibrail meletakkan kepala nabi > s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi > saw > bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, > apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" > Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." > Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian > nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk > sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila > sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari > kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai") > Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat > sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. > Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: > 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat > 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah > 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung > 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah > 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik > 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak > 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum > 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular > 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi > lautan racun yang hitam pekat. > 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai > 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat > Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. > > Wallahua'lam. > > Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 > > Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami > turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami > menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat > oleh Allah > dan dilaknat oleh sekalian makhluk.>Dari Abdullah bin 'Amr R. A, > Rasulullah S. A. W bersabda:" > Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. > "Sesungguhnya Ilmu itu akan membakar kamu jika tidak disebarkan."
Semua telah ditulis dan diturunkan dalam al-quran bahawa syurga tu wujud,neraka tu pun wujud,dan kita sebagai manusia kenalah bersedia supaya mempercayai dan takut pada Allah,kerana kemungkinan neraka adalah tempat kita tinggal bila kita meninggal..