kecik kecik dulu, mak saya ada pesan...hati hati kalau makan kat luar tu...kalau sedap semacam pastu tgk pulak kedai tu mencurigakan,haaa...maknanya kena mandrem la tu...
pastu bila dah besar ni,saya terdengar ada jugak org rumah yang kasi husband dia makan kotoran kotoran badan supaya dengar kata...hmmm...entah laa...
Penah dengarkan cerita Ayah pin bagi pengikut makan benda kotor...jadi ini la keratan dari Internet yang saya jumpa..Kebenarannya...Waallahhua'lam!!
Subject: Sebab Apa Pengikut Ayah Pin Taat??
Air tulang anjing, kapsul disumbat najis oleh Baharom Bakar dan Mohammad Ishak
TOLONG SEBARKAN... TQVM
BESUT: Air tulang anjing dan kapsul yang disumbat dengan najis ketua ajaran sesat Ayah Pin, disyaki punca utama menyebabkan pengikutnya patuh dan taat dengan ajaran sesat itu. Air tulang anjing dan pil najis Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Mohamad, 65, diberikan kepada individu yang mengunjungi markas Ayah Pin dengan alasan untuk menenangkan jiwa mereka.
Seorang guru yang enggan namanya dikenali berkata, rakannya yang juga bekas pengikut kanan Ayah Pin yang mendakwa pernah menjadi tukang masak untuk menyediakan jamuan himpunan kumpulan sesat itu memberitahunya individu yang kini masih menjadi pengikut kumpulan itu, termasuk golongan mewah akur dengan setiap arahan dikeluarkan Ayah Pin.
Katanya, bekas tukang masak itu mendakwa individu yang mengunjungi markas Ayah Pin diwajibkan minum air sumpah dan menelan pil sebagai syarat utama menjadi pengikut ajaran 'kerajaan langit' itu.
"Bekas pengikut Ayah Pin itu menceritakan kepada saya, dia ditugaskan menyediakan jamuan untuk pengikut ketua ajaran sesat yang datang untuk mendengar khutbah mingguan setiap malam Ahad beberapa bulan selepas Ayah Pin menerima wasiat sebagai pemegang kunci pintu syurga daripada bapa mentuanya dikenali dengan gelaran Hasan Anak Rimau, sekitar 1979.
"Tiada ayat Quran dibacakan kepada individu mengunjungi markas kumpulan itu, sebaliknya diminta minum air sumpah dan menelan pil itu," katanya ketika ditemui.
Bagi pendapat saya bukan faktor makanan tapi ajakan dan tipu daya syaitan yang menyesatkan mereka..Syaitan yg bertopengkan manusia..syaitan mampu berbuat demikian meski pun seseorang tu ahli agama..Dapat ayah pin ni masuk jer Hospital Bahagia pasal dier ni giler babi.....
Bagi pendapat saya bukan faktor makanan tapi ajakan dan tipu daya syaitan yang menyesatkan mereka..Syaitan yg bertopengkan manusia..syaitan mampu berbuat demikian meski pun seseorang tu ahli agama..Dapat ayah pin ni masuk jer Hospital Bahagia pasal dier ni giler babi.....