Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Petua Kesihatan (Sekarang ni kan Jerebu....)


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
Petua Kesihatan (Sekarang ni kan Jerebu....)


 
SUPAYA MEMUDAHKAN TIDUR/MEMPERCEPATKAN/LENA
Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembu asli atau
Makanlah bawang besar berserta yogurt putih,ianya mempercepatkan lena.
 
DEMAM BIASA
Makanlah isi Labu Air berserta cuka sebelum tidur malam atau
Makanlah bawang besar serta keju yang lama di ikuti memakan pula air limau nipis beserta kulitnya atau
Minumlah air rebusan bunga melor.
 
SAKIT KEPALA
Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi atau
Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit atau
Rebus daun Kangkung sampai mendidih,kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari atau
Makanlah daun pokok Peria atau
Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk.
 
SENGAL SENDI
Ambil akar pokok Kayu Manis Hutan/Teja,sebahagiannya lagi diasah bersama air, air rebusannya diminum dan air asahannya disapukan ketempat yang derita atau
Ambil daun serai ditumbuk lumat, kemudian pupuklah ke sendi yang sengal atau
Ambil daun kecubung dan bubuh kapur sireh, kemudian ditumbuk sampai hancur. Bubuhlah di tempat yang bengkak atau sendi-sendi yang sakit atau
Ambil lengkuas merah sekadar 2 ibu jari kemudian diparut, bubuh sedikit air masak(mati) lalu ditapiskan dan ambil airnya, bubuh di dalamnya sebiji telur ayam (ayam kampung, seeloknya)dan digoncang hingga merata lalu diminum. Minumlah dua kali seminggu atau
Tumbuk daun betik muda hingga halus dan perah airnya. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Minum ramuan tersebut sekali atau dua kali seminggu.
 
SELSEMA
Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula dan susu) yang panas/suam lalu diminum atau
Minumlah air rebusan pokok kadok/sirih duduk atau untuk bayi
Ambil tiga helai daun sirih. Sebiji limau nipis,dibelah,diperah dan ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air limau nipis yang bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi.
 
SUARA SERAK
Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali atau
Ambil bawang besar 2 biji,buang kulitnya lalu ditumbuk atau dimesin hingga hancur, kemudian tapiskan lalu ambil airnya dan diminum sekadar 2 kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut atau
Ambil sebuku asam jawa,rendamkan dan ramas dalam air setelah itu campurkan dengan segelas air sejuk, embunkan atau masukkan kedalam peti sejuk. Minumlah air ini selama dua kali sehari, sehingga serak itu hilang.
 
BATUK/LELAH/SEMPUT
Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambil airnya dan campurkan sedikit madu dan gula untuk diminum atau
Ambil daun Kecubung,hiris halus-halus seperti tembakau dan dijemur hingga kering, buatkan daun dan dihisap atau
minumlah rebusan akar pokok melor atau
Jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang serai yang telah dihancurkan kedalam masakan anda. Cara ini boleh mencairkan lendir atau untuk batuk berlendir
Panaskan limau nipis dia tas bara api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama hampasnya atau untuk batuk berkahak
Campurkan sebiji telur ayam kampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga suku gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum.
 
 
Selamat Mencuba!
 

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 48
Date:

terima kasih bro anakomar...satu petua yang menarik!



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 68
Date:

terima kasih....saya gatal-gatal tekak... ada petua?

p/s: yang tradisional...yang moden dah ada strepsils!..

__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

Macam2 sekarang nie..jerebu pun dah kurang kat sini..matahari dah kluar..cerah skit..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Senior

Status: Offline
Posts: 115
Date:

dah ok dah pionnnnn cam aku ni lega sikit jerebu tak der

__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

Yay..dah boleh la main bola balik..tak la bosan asyik kena duduk umah jer..

__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Bersyukur lah kepada Allah kerana telah menyelamatkan kita dari terkena penyakit2.


 


Alhamdulillah



__________________
nor mazwan bin mazlan
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

Assalamualaikum,


Alhamdulillah,pada yg sakit tu,sabar byk2,kerana di dunia kita perlu bersabar menghadapi dugaan ataupun ujian Allah..Allahuakhbar..


Waalaikumusalam..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

kurangkan aktiviti luar.............


tapi jangan buat taik mata lakkkkkkkkkkkkkkks




__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Senior

Status: Offline
Posts: 241
Date:



__________________
..."Bersatu Aman Sejagat"...


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Dah ok dahhhh...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 70
Date:



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard