Harap dapat disampaikan. Petikan ini diambil dari ukhwah.com. InsyaAllah, agar semua dapat iktibar dan pengajaran daripadanya.
Jabatan Syariah telah mengesan trend terkini memberikan ucapan salam samada melalui emel dan sms hanya dengan menulis perkataan "Akum". Sudahlah kita telah hilang keaslian dalam selawat kepada Nabi dengan hanya menulis "S.A.W" dan pujian kepada Allah dengan hanya menulis "S.W.T" maka kali ini kita akan kehilangan keaslian pada satu lagi kalimah suci iaitu Assalaam'ualaikum diringkaskan menjadi "Akum".
Dalam hukum Fiqah, tulisan yang tertera "Assalaamu'alaikum" adalah wajib dijawab oleh penerima salam tadi samada melalui lisan, emel atau sms kerana ianya adalah doa walaupun dieja dengan bahasa bukan Arab. Manakala tulisan "Akum" tidak wajib dijawab kerana ianya bukan doa. Oleh itu, Jabatan Syariah menasihati semua supaya mengekalkan keaslian salam Pada ejaan dengan menulis penuh Assalaamu'alaikum dan bukan lagi "Akum".
P/S: Ada juga yang menggunakan semekom, sekom, selekom. Ada artis lawak kita yang suka sangat menggunakan cara ini apabila memulakan show. Dan audience pun ketawa terbahak-bahak. Kurang ajarnya ! Dan yang paling kurang ajar ada yang buat main sehinggakan sebutan menjadi Celcom!!
TOLONG SEBARKAN BERITA INI AGAR GEJALA SEBEGINI DAPAT DIHINDARKAN TERUS!!!!
Sayer sokong bro.Meman dewasa ini orang mempermainkan kalimah2 suci ini.Terutamanya artis yg banyak mempersendakan salam tersebut dengan nada yang memualkan.Dia ingat orang takambik kisah ker pasal ni.SAya syorkan kepada adik beradik kita peliharalah kesucian agamakita supaya ianya tidak tercalar.Jika kiter berjuang bermati-matian maka mati kita mati syahid...
haikal_idm wrote: ah... tersedar ku dari lamunan... terima kasih tu laa yang sebanarnya,,, bro anakomar.. aku rasa macam pernah ku tengokkk post ni tapi dimana yea...
Biasalah posting kat sini, kadang kala berulang ulang....