Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: IMAN SEMUT DAN MANUSIA


Senior

Status: Offline
Posts: 149
Date:
IMAN SEMUT DAN MANUSIA


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah
Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah
Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu
yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah
Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut
apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di
tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus
ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "
Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar
makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji
gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan
dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh
dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam
bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi
hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman
menemplak
semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu
makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan
setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada
di
atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji
gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu
datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi
bila
kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada
kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah
sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek
kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang
ganjil.
Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu
digali
dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali
kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik
kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke
kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar
Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai
100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya
kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku
gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat.
Yang
98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman
hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98
orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah
sebabnya
apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya,
iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman
manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA
DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH
APABILA DIBELANJAKAN".


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Alahamdulillah...


Cerita semut tu sayer dah dengar dan terima kasih mengingatkan kembali..Cerita iman manusia saya belum dengar..Apa2pun terima kasih kerana menyampaikan ceriter tersebut



__________________
nor mazwan bin mazlan


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

alhamdulillah,


                 melaui cerita tersebut,terdapat satu pengajaran yang amat bernilai kepada semua


                 umat Islam...


                          



__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Senior

Status: Offline
Posts: 137
Date:

terima kasih ///

__________________
Tanamkan Azam dan semangatmu Setinggi Bintang Dilangit dan Rendahkan Hatimu Serendah Mutiara Di Laut...


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Segalanya adalah ketentuanNYA, yang maha Esa...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard