Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Fantasia Mawi dan realiti inflasi


Veteran

Status: Offline
Posts: 68
Date:
Fantasia Mawi dan realiti inflasi


Fantasia Mawi dan realiti inflasi

Aman Rais

Aug 9, 05 12:15pm


Dalam kekalutan kehidupan hari ini, kadangkala kita memerlukan “escapism” untuk meleka atau melupakan diri daripada masalah dan tekanan. Berbeza dengan negara lain yang bergolak dengan peperangan, konflik politik dan keganasan, Malaysia yang aman damai ini, turut diancam pelbagai masalah. Salah satu daripadanya yang kritikal sekarang ialah ancaman inflasi.

Ancaman inflasi ini bukan cerita rekaan, ia satu kenyataan yang sedang menghantui semua rakyat. Walaupun kerajaan cuba menutup isu ini dengan menggambarkan keadaan ekonomi yang stabil dan rancak, namun di bilik-bilik mesyuarat, para pemimpin negara, masalah ini hangat dibicarakan.

Baru-baru ini, penulis difahamkan, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah memberi taklimat kepada pihak media berhubung isu ini. Semua media cetak dan eletronik diarahkan menyediakan minda rakyat untuk menerima kenaikan harga minyak. Media massa juga diminta menyedarkan rakyat bahawa kenaikan harga barangan keperluan tidak boleh dielakkan apabila berlaku kenaikan harga bahan api berkenaan.

Majlis taklimat itu juga diberitahu bahawa kerajaan sekarang terpaksa bergantung pada Petronas untuk menanggung perbelanjaannnya, termasuk membayar gaji kakitangan awam. Lalu media massa kita menjalankan tanggungjawabnya dengan menyiarkan rencana yang menjustifikasikan
kenaikan harga minyak. Menceritakan rasional subsidi dikurangkan bagi menjamin pembangunan sektor lain.

Sebenarnya, rakyat sudah lama merasai keperitan kenaikan harga barangan keperluan. Harga ayam, ikan dan sayur-sayuran, telah melambung naik sejak tiga bulan kebelakangan ini. Nilai Ringgit begitu kecil di pasar malam, pasaraya atau di pasar tani...

Kalau kita di Kuala Lumpur – yang sebahagian besarnya tergolong sebagai berpendapatan sederhana – begitu terasa kesan kenaikan harga barangan ini, bagaimana agaknya saku para nelayan, petani, peneroka dan buruh di luar bandar?

Langkah berjimat cermat

Persoalannya sekarang mengapa mesti ditutup senario ekonomi yang sebenarnya itu?

Apabila kerajaan mengarahkan kakitangannya berjimat-cermat, menutup penghawa dingin pada waktu rehat dan mahu rakyat berbelanja secara berhemah, bukankah itu menunjukkan sesuatu yang kurang enak sedang berlaku?
Rakyat dewasa ini semakin matang dan berpengetahuan. Sekilas ikan di air, sudah dapat diteka jantan betinanya. Kerajaan Malaysia beruntung dan sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana setakat ini masih dapat menerima hakikat bahawa kenaikan harga minyak dan barangan keperluan tidak dapat dielakkan.

Kalau di negara lain umpamanya Algeria, Venezuela dan Indonesia, pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel lazimnya disambut dengan tunjuk perasaan dan rusuhan. Namun di Malaysia, rakyat masih rasional dan sabar.

Kenaikan harga petrol dan diesel kebelakangan ini cuma disambut dengan keluh kesah. Manakala para peniaga yang tidak bertanggungjawab, akan tersenyum lebar kerana mereka mempunyai alasan untuk menaikkan harga produk dan perkhidmatan.

Maka, dalam kegelisahan dan kekalutan inflasi ini, rakyat mencari “escapism” tetapi ianya bukan isu perbalahan antara Malaysai dengan Singapura atau pergeseran antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Dartuk Seri Rafidah Aziz.

Isu-isu tertunggak antara Malaysia dan Singapura sudah tidak laku kerana ia sudah dianggap sebagai perkara basi. Perbalahan antara bekas Perdana Menteri dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pula sudah dianggap meleret-leret, dan bukan lagi satu isu nasional tetapi telah menjadi masalah peribadi mereka berdua.

Realiti kehidupan

Rakyat memerlukan escapism yang ringan. Maka timbulah fenomena Mawi dari Akademi Fantasia (AF3). Serta merta seluruh negara gempar memperkatakan aura Mawi. Anak peneroka Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu menjadi pujaan ramai. Kemunculannya dalam pesada seni negara menjadi satu polemik.

Belumpun menjuarai AF3, Mawi sudah dinobatkan sebagai idola remaja masakini. Maka berjuta-juta SMS mengundi Mawi pada malam konsert terakhir Sabtu lalu.

Rakyat lupa seketika segala masalah mereka hujung minggu lalu. Para peneroka di Felda Taib Andak dan warga Dusun di Kota Belud, Sabah melupakan kepenatan serta kekeringan saku mereka kerana sibuk bercakap mengenai Mawi dan Felix.

Fenomena AF3 turut melekakan wargakota dan pelanggan Astro di seluruh negara tanpa menyedari mereka membazirkan berjuta-juta ringgit untuk mengundi idola masing-masing. Selepas Mawi diangkat sebagai juara program realiti itu, rakyat pula kembali ke realiti kehidupan mereka.

Kita kembali bergelut dengan kenaikan harga minyak, caj tol di lebuhraya yang mencengkam dompet, kenaikan harga makanan dan minuman yang mencekik tekak serta kenaikan yuran pengajian di IPT.

Kita juga telah diingatkan untuk bersedia menerima beberapa lagi kenaikan harga petrol dan diesel. Alasannya kerana harga bahan api telah mencecah lebih AS$60 setong. Kerajaan juga tidak lupa mengulangi bahawa kos petrol dan diesel di Malaysia adalah yang terendah di rantau ini. Oleh itu, tidak salah harga bahan petroleum itu dinaikkan!

Ini bermakna harga barangan keperluan dan perkhidmatan akan meningkat lagi. Di mana silingnya, hanya para pengeluar dan peniaga yang tahu. Kita sebagai rakyat marhaen dan pengguna, tidak punya pilihan. Terima sahajalah semu gejala inflasi ini walaupun tanpa kerelaan.

Jangan marahkan kerajaan dan peniaga kerana salah diri sendiri juga. Pengguna Malaysia dan persatuan-persatuan pengguna tidak mahu dan tidak tahu menggunakan kuasa sebagai pembeli. Kita terus dibuai mimpi indah yang kosong dalam ‘escapism’ yang singkat.

Fikir-fikirkanlah!

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:

hai,dah letih mengeluh...tetapi tak jemu mengeluh.Rakyat malaysia kurang kesedaran ttg hal ini.


Kalau di negara lain umpamanya Algeria, Venezuela dan Indonesia, pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel lazimnya disambut dengan tunjuk perasaan dan rusuhan. Namun di Malaysia, rakyat masih rasional dan sabar.


Kita bukan nak jadi camni tetapi kekadang bila duduk diam saja pun banyak orang yang suka ambil kesempatan ketuk kepala kita...So,fikirlah sendiri...Biar orang tak ketuk kepala kita kerana hormat pada kita jgn biar orang tak ketuk kepala kita kerana takut pda kita.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

ketuk jer kepala tu..


ki....



__________________
nor mazwan bin mazlan


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:


mazwan wrote:


ketuk jer kepala tu.. ki....




__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard