Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Katak Halal Dimakan / Rasulullah Tidak Maksum ???Betul ke???


Veteran

Status: Offline
Posts: 55
Date:
Katak Halal Dimakan / Rasulullah Tidak Maksum ???Betul ke???


Saya ingin mengajak pembaca-pembaca meneliti kandungan di dalam ruangan `Bicara Agama' kelolaan Ustaz Astora Jabat pada akhbar Mingguan Malaysia keluaran ahad lepas, 10 Julai 2005. (Juga boleh didapati di ruangan archive Utusan Malaysia Online). Ada dua tajuk besar dan persoalan di dalam ruangan bicara agama tersebut iaitu `APAKAH HUKUM MAKAN KATAK' serta 'KENAPA BELA ISLAM LIBERAL'.

Petikan kemusykilan soalan pertama ialah seperti berikut, "Apakah hukum makan katak? Saya pernah termakan katak ketika menuntut di luar negara. Sebenarnya bukan termakan seratus peratus. Pada mula termakan kerana menyangka arnab goreng, tetapi sudah diberitahu saya masih terus makan sehingga habis kerana sedap.

Saya ada dengar dua pandangan mengenai hukum makan katak, iaitu haram dan harus. Yang mana betul antara dua pandangan itu? Saya harap saudara dapat memberikan penjelasan."

Maka, jawapan dari Ustaz Astora Jabat seperti berikut:

" Hukum makan katak adalah harus kerana Allah tidak pernah menyebut dalam al-Quran bahawa haiwan itu haram dimakan. Bagaimanapun, hukum makan katak sama juga dengan hukum makan kura-kura, tupai dan sebagainya, iaitu ia terserah kepada pertimbangan masing-masing serta adat kebiasaan yang diamal dalam masyarakat. Jika ada yang berselera dan adat kebiasaan masyarakat pula tidak menganggap menjadi jelek dan keji, maka dianggap boleh makan. Jika sebaliknya, maka dianggap tidak boleh makan.

Bagaimanapun, tiada barangkali orang Melayu yang tergamak makan katak kerana adat kebiasaan yang diamal turun-temurun tidak membenarkan mengamal perkara itu".

Begitulah jawapan dari Ustaz Astora. Kesimpulannya, makan katak adalah halal, kerana tiada nas dalam Al-Quran. Sedangkan setahu saya, haiwan dualam seperti katak tidak boleh dimakan. Tetapi halal bagi ustaz Astora. Dan ketidakbiasaaan orang melayu makan katak aalah disebabkan budaya, bukan agama yang melarang.

Petikan kemusykilan soalan kedua pula adalah seperti berikut, "Saya berasa sedih kerana saudara membela golongan Islam liberal yang sesat. Mereka bukan orang Islam kerana orang Islam mesti mengamal Islam secara kaffah dan bukan mengamal Islam secara juzie seperti mereka."

Maka, jawapan dari Ustaz Astora Jabat pula seperti berikut:

"Mengamal Islam secara kaffah bermaksud mengamal ajaran Islam secara menyeluruh dan sempurna. Manakala mengamal Islam secara juzie pula bermaksud mengamal ajaran Islam secara separuh dan sekerat. Apakah itu yang dimaksudkan oleh saudara?

Jika itu yang saudara maksudkan, penulis jelaskan bahawa segala-galanya di dunia ini tidak ada yang menyeluruh dan sempurna secara mutlak. Dengan itu tidak hairan jika Nabi Muhammad s.a.w. juga melakukan kesilapan walaupun baginda maksum. Kerana baginda hanya maksum dalam menerima wahyu saja, tetapi dalam kehidupan baginda juga terdedah kepada bermacam-macam kekurangan seperti semua manusia.

Malah itu juga menyebabkan sesetengah ulama menganggap Rasulullah sendiri tidak sempat melaksanakan Islam secara lengkap dan sempurna.


Berhubung dakwaan saudara bahawa penulis membela golongan Islam liberal, penulis ingin jelaskan bahawa penulis membincang tentang mereka bukan menyatakan pandangan bersetuju atau tidak setuju, tapi penulis menjelaskan tentang kedudukan cerdik pandai Islam yang dikenali sebagai atau memanggil diri mereka sebagai Islam liberal. Pada penulis, ada cerdik pandai Islam dan ulama yang dikenali atau memanggil diri mereka sebagai Islam liberal itu ada sangat terkenal dengan kewibawaan mereka dalam ijtihad dan ada di kalangan mereka merupakan pak turut dan pentaklid buta hati.

Selain itu perlu juga mengetahui bahawa apa jua isu agama yang dibincangkan oleh golongan Islam liberal adalah merupakan isu-isu agama berkaitan perkara-perkara ijtihad yang dibenarkan dalam Islam.

Dengan itu apa jua pandangan mereka sekiranya tidak bercanggah dengan asas Islam serta melampaui batasnya, maka tidak dianggap salah walaupun berlainan dengan fahaman Islam bermazhab yang diguna pakai di negeri ini. Dalam pada itu penulis juga mendapati mereka yang memerangi Islam liberal adalah orang yang kurang teliti, lebih cenderung untuk menghukum secara semberono dan paling suka berusaha untuk memenjarakan Islam dalam mazhab dan puak. Dengan itu jika kita mengkritik golongan Islam liberal, kita juga perlu mengkritik golongan yang suka memenjarakan Islam dalam mazhab dan puak ini."

Kesimpulannya, Ustaz Astor Jabat menganggap yang rasulullah SAW hanya maksum dalam hal menerima wahyu sahaja, tidak dalam lain. Malah berkata yang ada ulama menganggap Rasulullah SAW sendiri tidak sempat melaksanakan Islam secara lengkap dan sempurna. Walaupun saya tak nafikan, Rasulullah SAW tidak boleh membaca, serta ada kes ditegur Allah dalam hal berdakwah (di mana Rasulullah SAW lebih mementingkan dakwah kepada orang2 kaya Musyrikin Mekah daripada seorang buta), tetapi setahu saya, Rasulullah maksum dalam semua perkara, dalak erti kata tingkah laku dan budi pekerti. Seluruh cara hidup Rasulullah adalah sunnah, dan dapat pahala semua yang mengamalkannya. Sehingga Rasulullah sendiri pernah berkata yang sesiapa tidak mengikut sunnahnya, bukan terdiri daripada kaumnya.

Tapi ustaz astora pula berkata yang Rasulullah tidak maksum. dan Kita dibenarkan makan katak. Entahlah. "



-- Edited by Sidik segaraga at 21:05, 2005-08-13

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:

katak oh katak
mengapa engkau lari
macammana aku tak lari
manusia nak makan aku



manusia oh manusia kenapa nak makan katak
macammana aku tak nak makan katak
USTAZ ASTORA KATA katak HALAL DIMAKAN..



__________________
k


Senior

Status: Offline
Posts: 312
Date:

itu la dia..yang MR PIN YANG HILANG TU NAK CARIK SGT..NI HA YANG SIAP BOLEH BUAT BUKU NI....APA CITA NIH?

__________________
ive sworn the oath of many thing .3 things if im not mistaken.


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum to all,


katak o katak kenape ko panggil hujan ,mcm mana aku tak panggil ...ular nak makan aku...lagu ni dulu...skrg kena tukar....org nak makan aku....hehehe....ko lalu tak makan katak sidik kalo diorg goreng ker...buat masak goreng kunyit ker...isk isk isk kembang tengkok aku....tapi setahu aku mmg takdak hadith sohih haram makan katak....korang carik la plak....hadith pasai makan biawak adala...tu pun nabi tak lalu makan sebab dia teringat ada golongan terdahulu yg dilaknat oleh Allah jadi haiwan...tapi para sahabat makan ..tapi kalo dah darurat...apa pun hentam jerrr...janji kenyang dan tak mati kelaparan....tapi babi sorylerr...biaq aku mati pun takpa....uuuweeekkkkk...loya laaaa



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Astora Jabat ni kira macam ular dalam semak jugak..


Selalu buat orang orang keliru..


Padahal dia ambil modal orang orang lain je..



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

antara orang2 yang tak pernah rasa puas hati..ni la dia.

__________________
...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard