Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: read this ...


Veteran

Status: Offline
Posts: 88
Date:
read this ...


Menurut Sheikh Ibnu Hajar dalam "Skana'iq", ia berkata bahawa Imam Mahadi pasti menjelma bila tiba waktunya sebelum turunya Nabi Isa a.s. Ciri-ciri istimewa kedatangan Imam Mahadi ialah, akan berlakunya gerhana matahari sebanyak dua kali. Gerhana pertama akan terjadi pada 1 Ramadan, dan gerhana bulan pada 14 Ramadan. Meskipun gerhana selalu terjadi tetapi ianya tidak menepati pada tarikh akan datangnya Imam Mahadi. Ulama sepakat menyatakan, riwayat Muslim, Abu Dawud, Annasa-i, Ibnu Majah dan Imam Albaihaqi bahawa Imam Mahadi adalah keturunan Siti Fatimah anak perempuan kepada Rasulullah s.a.w.

Kasyful Ghaibiyah Sheikh Zainul Abidin Alfatoni pula menceritakan, Imam Mahadi akan berjuang dan berjaya menewaskan orang-orang Israel. Kemudian beliau berangkat pula menuju ke Eropah. Lantaran barat masih tidak mahu beriman kepada Tuhan, dan beliau mengetuai angkatan perangnya ke Eropah menerusi Rom. Dalam pada itu pihak barat telah mengetahui yang angkatan perang Imam Mahadi akan menyerang, maka mereka telah bersiap sedia untuk bertindak balas. Apabila angkatan perang Imam Mahadi sampai kedataran Eropah, pihak barat pun mula menyerang terhadap tentera pimpinan Imam Mahadi. Tentera Islam terus mara ke dalam kota sambil mengucapkan Allahuakbar.

Pekikan Allahuakbar bergema di angkasa, timbullah rasa takut di hati musuh apabila mendengarkan pekikan itu bagaikan petir menyambar telinga. Semangat tentera muslimin semakin membara keberanian semakin menjelma, tetapi sebaliknya musuh semakin kecut. Tentera muslimin terus mara tanpa menghiraukan tembakan musuh. Pertahanan musuh tumbang satu demi satu. Akhirnya satu persatu kota dapat ditawan oleh tentera muslimin.

Selepas itu Imam Mahadi berseru: Saudara-saudara penduduk kota sekalian, kedatangan kami bukan untuk merampas kekuasaan. Kami kemari adalah untuk perdamaian. Kami datang atas nama Tuhan Yang Maha Esa. Kami mengajak anda sekalian bersatu dalam agama yang sama, yang mana Nabinya disebut di dalam kitab Taurat dan Injil.

Setelah selesai ucapan tersebut, Imam Mahadi mengadakan rundingan dengan pembesar-pembesar negeri dan memberitahu tujuan mereka. Setelah mencapai persetujuan Imam Mahadi berkunjung ke setiap kota memberi penerangan tentang Islam serta memberi penjelasan bahawa agama Islam tidak bertentangan dengan ajaran Taurat dan Injil di mana ianya sama-sama diturunkan oleh Allah s.w.t. Di mana A]-Quran itu adalah sebagai penyempurnaan Taurat dan Injil. Setelah masing-masing faham dengan penerangan yang di taklimatkan oleh Imam Mahadi maka berduyun-duyunlah penduduk barat memeluk agama Islam.







(petikan dari buku: Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993)

(diatas adalah petikan pada tahun 2003)

dan pada tahun ini akan terjadilah 2 kali gerhana dalam bulan ramadhan..

bersedialah menghadapi hari kiamat yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. bersedialah umat islam dimuka bumi bagi menghadapi perang yang dasyat akan tiba tidak lama lagi.

p/s : tolong sebarkann kepada orang lain.bersama² la kita mengingati antara satu sama lain.


__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 95
Date:

Assalamualaikum..


saya mahu tambah sikit..


Dimana setiap ramalan pada bulan ramadhan tahun ini akan berlakunya gerhana sebanyak dua kali.... diikuti dgn kebuluran... peperangan yg belum sudah..


bukti berlakunya kebuluran ialah apabila sebuah negara penyumbang sumber makanan terbesar dunia musnah.. ini merujuk kepada venuzuela yg dilanda banjir lumpur ketika awal tahun yg lalu.. diikuti pula dgn musibah tsunami yg kesan kebulurannya masih ketara sampai sekarang... kesan2 perang.. pelarian.. dan banyak lagi...


 


bersedialah..


Asyhadul a'lla illa haillallah.. Muhammadurasullullah..




__________________
eddy


Veteran

Status: Offline
Posts: 27
Date:



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:

salam...


ada jugak yang mengatakan Imam Mahadi ni dari golongan Bani Jawi...(org Asia)...ntah la mana satu..Dia yang Maha Mengetahui.



__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard