Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Harga ikan naik 30 peratus di S’gor dan Lembah Klang


Veteran

Status: Offline
Posts: 68
Date:
Harga ikan naik 30 peratus di S’gor dan Lembah Klang


Harga ikan naik 30 peratus di S’gor dan Lembah Klang


Muda Mohd Noor

Aug 12, 05 5:34pm


Harga semua jenis ikan di Lembah Kelang dan Selangor akan naik 30 peratus mulai esok berikutan kenaikan harga diesel dan kekurangan bekalan berikutan masalah jerebu sejak minggu lalu.

Pengurus Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Pelabuhan Kelang, Shahruddin Rahmat berkata, harga diesel untuk nelayan akan meningkat kepada RM1.23 mulai esok, berbanding RM1.18 sen sekarang.

Katanya, harga diesel RM1.23 sen seliter adalah tinggi bagi nelayan dan oleh itu, mereka terpaksa menjual ikan pada harga lebih mahal bagi menampung kos operasi.

“Keadaan menjadi lebih teruk apabila kawasan sekitar Pelabuhan Kelang dilanda jerebu yang serius menyebabkan sebahagian besar nelayan tidak turun ke laut untuk menangkap ikan,” katanya.

Beliau berkata, harga ikan akan stabil dan tidak membebankan pengguna jika harga diesel untuk nelayan berada dalam lingkungan RM1 seliter.

Menurutnya, masalah jerebu pula menyebabkan hampir 2,000 nelayan di Kelang, terutama di Sungai Lima dan Pulau Ketam, tidak turun ke laut sejak seminggu lalu.

Katanya, mereka tidak berani turun ke laut kerana jerebu menjejaskan jarak penglihatan dan boleh mengakibatkan pelanggaran bot.

Bantu nelayan
---------------------

Sementara itu, 1,000 nelayan di Kuala Selangor pula tidak keluar ke laut sejak awal minggu ini kerana masalah jerebu yang melanda kawasan tersebut.

Pengerusi PNK Kuala Selangor, Ishak Manan berkata, jika masalah ini berterusan ia akan menyusahkan hidup nelayan kerana ketiadaan sumber pendapatan.

“Bot besar paling terjejas kerana mereka tidak boleh keluar menangkap ikan di tengah laut kerana tidak nampak laluan kapal lain,” katanya.

Beliau berkata, jika masalah ini berterusan, PNK Kuala Selangor akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi membantu nelayan terbabit, terutama dari segi kewangan bagai meringan beban harian mereka.

Ishak berkata, pihaknya akan meminta kerajaan mengambil langkah tertentu termasuk menubuhkan dana bagi membantu nelayan yang terjejas, akibat masalah jerebu.

Bagaimanapun, katanya, ramai nelayan kini mengusahakan kebun dan sawah sementara masalah jerebu kembali pulih.

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

haaaaaaaaaa banyak nye naik!!!!!!!!!!!!!!!!1

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:

ali mamak wrote:


haaaaaaaaaa banyak nye naik!!!!!!!!!!!!!!!!1

Mmmm naik kan lagiii.. naikkk...... biar orang tak mampu nak beli baru dia boleh turunkan harga tu... ikut aje layan aje... dia orang tak terhantuk lagi ni....

__________________
marsos six time


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

la nie.................. nak kena sembelih pi kat pasar je. mana nak tahan ari2 harha naik. KECOH......... turun ntah bila2




__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard