Satu ungkapan yang menarik dari Rabi bin Amir semasa menjumpai Rustam iaitu Ketua Panglima Perang Parsi, beliau berkata,
“Allah Swt mengutus kami untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan makhluk kepada penyembahan Allah Swt, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam”.
Al-Mughirah bin Syu’bah jugaberkata,
“Agama ini telah membebaskan dari penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan Allah”.
Inilah kemerdekaan yang sebenar iaitu kembalinya Umat Islam ke pangkuan Sistem Islam sepenuhnya, bukannya megabdikan diri kepada sistem buatan manusia, Perlembagaan Kufur dan Dasar-dasar kufur. Secara fizikalnya kita nampak umat Islam merdeka dari kafir tetapi sebenarnya pemikiran mereka masih lagi dijajah. Oleh itu umat ini memerlukan kemerdekaan pemikiran. Barulah kemerdekaan sebenar dapat dicapai.
Dilihat dari segi pemikiran umat Islam di Malaysia ini masih lagi dijajah dari segi pemikiran. Pemikiran tentang asyobiyyah, patriotisme dan pemirikiran sekular masih lagi bermaharajalela. Manakala dari segi fizikal pula kita dijajah oleh sistem perundangan kufur. Sebagai contoh lihat sahaja kepada perlembagaan perkara 4(1) yang menerangkan : “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.”
KESIMPULAN
Dengan demikian, adalah jelas bahawa negara Malaysia sebenarnya hanya merdeka dari pemerintahan “orang” British atau dengan kata lain tidak ada “orang-orang” British yang memerintah atau berada dalam kabinet Malaysia TETAPI dari segi sistem (nizham) pemerintahan, Malaysia boleh dikatakan masih menerapkan Sistem Pemerintahan British/Barat yang berteraskan Sekularisme. Jadi, untuk memerdekakan umat ini, marilah sama-sama kita meningkatkan syiar islam dengan membantu membuat perubahan sistem pemerintahan iaitu kepada Sistem Pemerintahan berteraskan Islam.
Haaa..Ini bab yang sangat sangat menarik...baru baru ni ramai kawan kawan saya yang ajak dan bertanya ke mana nak pewgi malam merdeka ni....seingat ingat saya la kan...last time saya kluar malam merdeka ni pada 1996..tupun sbb baru dapat lesen keta dan saja nak kluar join kawan kawan utk joy ride..pastu sampai skrg ni mlm mlm merdeka eve saya banyak lepak umah dgn family tgk TV dan buat mcm biasa ja.
Nak tanya skit...apa yang best sgt mlm merdeka ni...selain kumpul ramai ramai...himpit himpit(hehehe..no komen la kalau tergesel gesel jantan betina,paham paham sendiri la)...ngorat ngorat..tu je la kan?Lepas tu bila pagi merdeka...apa yang ada?org org tua..pakcik pakcik yang tak join mlm tu je la yang layan perbarisan dan dgr ucapan ucapan.
Saya rasa lah kan,tak patut sgt la kalau hanya satu mlm ja kita nak sedar dan kenang sejarah kemerdekaan Tanah Melayu ni.Kalau nak taip kat sini panjang panjang pun buat semak ja...pastu plak bukan semua org nak baca @ maybe ada yang menyampah.Tapi nak jugak saya sampaikan rasa tak puas hati ttg sambutan malam Merdeka yang konon kononnya bagus ni.Ini sebenarnya adalah tujuan utk mencipta 'escapism'kepada rakyat (seperti posting haikal_idm)..Agak agak korang la kan...bangsa apa yang paling suka dgn escapism ni?hehehehe...tambah tambah golongan muda dari bangsa tersebut.Kenapa?mmg sudah hendak diserapkan nilai nilai fantasy sejak muda supaya terus berfantasi sampai tua.Cerita Bukit kepung yang bersejarah tu pun ditayangkan pada mlm 28hb (alasan,ahad mlm mmg tayang cerita melayu lama lama kot) .Tapi saya rasa sbb mlm merdeka ramai org tak duduk depan TV lagi.
Yang sedihnya,sampai ada yang beranggapan bahawa merdeka tu ada wajib utk keluar berpesta pada mlm Merdaka (Merdeka Eve).Ada yang lebih menyedihkan,ada yang bawak anak bini sama sama bergesel geselan dgn org ramai semasa tgk bunga api.Hmmm...pikir pikir kan laa...
Saya rasa kat forum ni saya antara yang hero..hehehehehe...jgn kena band dah la..ok?
merdekakan diri dari fitnah dan dengki...........kerana ia masih duduk diam dalam lubuk hati masing2 bangsa melayu maka susah utk melangkah jauh kehadapan..
MERDEKA!!! MERDEKA!! MERDEKA!!
__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.