Ipoh 5 Rejab 1426H @ 10 Ogos 2005 (Rabu) - Kecenderungan manusia memuja manusia hari ini, sehingga seolah-olah manusia yang dipuja itu bukan taraf manusia lagi, adalah bersalahan dengan syariat Islam.
Justeru itu timbullah apa yang disebut sebagai 'idol' yakni manusia yang dipuja-puja disebabkan keistimewaan yang dimiliki kerana pandai menghibur.
YBhg SS Mufti Negeri Perak berkata 'idol' adalah terbit dari perkataan yang membawa masksud tokong, dan amat bersalahan sekali jika manusia memuja manusia seolah-olah manusia yang dipuja seperti tokong disebabkan keistimewaannya melebihi manusia dan pandai menghibur manusia yang lain.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata demikian pagi ini menerusi Perak FM kira-kira jam 7.30 pagi tadi menerusi rancangan Al-Fikrah bersama Mufti Perak.
Amat malang sekali bagi manusia yang dianugerahkan akal tetapi tidak mampu membezakan keistimewaan anugerah kelebihan manusia, sebaliknya bertindak memuja kelebihan itu hingga melupakan ianya adalah pemberian pencipta mereka - JMNPk
Biasalah...kalau yang betul tu kan susah org nak buat...termasuk la yang tgh tulis ni....tapi jgn kita cerca,jangan kita kutuk...betul tak?Bukan senang orang nak berdakwah.Kalau tak percaya cuma la sendiri.Saya sendiri susah nak berenti merokok...hmmmm....nak cuba lagi kuat masa Ramadhan kali ini...InsyaAllah.

saya pernah merokok... masa rokok rm 2.50 dulu sampai 3-4 kotak sehari... saya berhenti on the spot aje... sekarang ni kalau jumpe kengkawan (berborak panjang) adala pau rokok diaorang tapi feeling (ketagihan) tu dah tak ada... rasanya la niat dan iktikad tu kena kuat dan selari.. insyaallah berjaya...