Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: restoran nasi kandar dikenakan cukai 5%


Veteran

Status: Offline
Posts: 55
Date:
restoran nasi kandar dikenakan cukai 5%


BUKIT MERTAJAM 11 Ogos - Orang ramai yang berkunjung ke restoran nasi kandar di Pulau Pinang akan dikenakan cukai perkhidmatan lima peratus bagi setiap makanan, minuman dan rokok berkuat kuasa 1 September ini.

Harga bagi setiap makanan, minuman dan rokok di restoran berkenaan bagaimanapun tetap kekal pada kadar biasa.

Timbalan Pengarah Kastam Pulau Pinang, Ho Beng Tatt berkata, semua restoran berlesen yang memperoleh pendapatan lebih RM500,000 setahun mengikut Akta Cukai Perkhidmatan 1975 tertakluk kepada peraturan baru itu.

``Cukai lima peratus itu akan dinyatakan dalam resit pembelian dan pengusaha restoran selaku pemungut cukai akan menyerahkan jumlah kutipan cukai kepada Jabatan Kastam dalam tempoh dua bulan daripada tarikh resit itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas berucap pada majlis perjumpaan Jabatan Kastam negeri dengan pengusaha-pengusaha restoran nasi kandar Pulau Pinang di Hotel Sunway di sini, hari ini.

Kira-kira 100 pengusaha restoran menghadiri majlis itu bagi mendapatkan penjelasan mengenai pelaksanaan sistem cukai perkhidmatan itu.

Pulau Pinang yang terkenal dengan nasi kandar, mempunyai kira-kira 200 restoran makanan tersebut di bahagian pulau dan Seberang Perai.

Beng Tatt berkata, pihaknya akan mengheret pengusaha restoran nasi kandar ke mahkamah sekiranya mereka gagal memungut cukai itu atau tidak memiliki lesen percukaian bermula 1 September ini.

Menurutnya, pelaksanaan cukai itu sepatutnya berkuat kuasa Jun lepas tetapi ditangguhkan sehingga September bagi memberi masa kepada pengusaha-pengusaha restoran membuat persediaan.

``Dengan pelaksanaan ini, setiap restoran nasi kandar secara langsung dilantik oleh Jabatan Kastam sebagai agen pemungut cukai dan hasil kutipan digunakan kerajaan untuk membiayai pembangunan negara,'' katanya.

``Pihak kami akan menyediakan poster untuk ditampal di setiap restoran itu bagi memaklumkan kepada pelanggan mereka perlu membayar cukai perkhidmatan,'' katanya.

Beng Tatt berkata, para pelanggan yang ingin maklumat lanjut berhubung pelaksanaan cukai itu boleh menghubungi talian 04-2622411 atau 04-3972969



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:

assalammualaikum..


dia 30% pun tak pe... kat dunia beb...  tapi dia ada paparkan keee prtusan tu...



__________________
marsos six time
k


Senior

Status: Offline
Posts: 312
Date:

askum erm tol lagi,pintu,taksir,lesentv,tanah,pelbagai la...propanganda

__________________
ive sworn the oath of many thing .3 things if im not mistaken.


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:


makan kat umah je ler...............lepas ni


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum,


memang pun saudara sidik....ari tu saya pi makan dgn abg along chaq kat kassim mustapa..memang depa dah kedekoq kami...nasik tambah 80 sen...jus rm2.50...semua naik la...bukan kena cukai jer...memang dasar mamak...dahler tak mo bayaq zakat kat m'sia..kata dah bayaq kat India konon....memang patu pun kena cukai...rasa nya nak kena boikot mamak nasik kandaq nih lanih...aper mcm...tapi boikot nih apply utk nasik kandaq 24 jam sajer......sebulan sekali makan leh lerr....sebab nanti ketagih lak...maklum la kas kas ...nasik kandaq kat tesco nak boikot ke dak...hehehe pasai kedai makan lain kat tesco lagi mahai......



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Semua dah naik..
Gaji je yang macam tu jugak...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard