Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Golongan yang tidak solat berleluasa apabila hudud tidak dilaksanakan.


Veteran

Status: Offline
Posts: 55
Date:
Golongan yang tidak solat berleluasa apabila hudud tidak dilaksanakan.


Dizaman kegemilangan Islam iaitu zaman Khilafah Saidina Abu Bakar al-Siddiq rh telah muncul dua golongan yang memecah-belahkan masyarakat,dua golongan itu ialah orang murtad dan orang yang tidak mengeluarkan zakat.Saidina Abu Bakar al-Siddiq rh telah mengarahkan tentera Islam agar memerangi mereka.

Telah terjadi khilaf para sahabat rh antara Saidina Umar al-Khattab rh dan Saidina Abu Bakar rh dalam masalah memerang golongan yang tidak mengeluarkan zakat,Saidina Umar rh beralasan mereka tidak boleh diperangi kerana masih mengucap dua kalimah syahadah dan Saidina Abu Bakar rh beralasan mereka boleh diperangi kerana ayat mengenai zakat beriringan dengan solat didalam al-Qur'an.

Disebabkan pendapat Saidina Abu Bakar al-Siddiq rh,maka jumhur ulama sepakat golongan yang meninggalkan solat hukumnya bunuh,namun terjadi khilaf ulama ialah bagaimana cara membunuhnya.

Pendapat Imam Ahmad Ibn Hambal rh dari buku Imam Ibn Qayyim 'Amaran mengabaikan solat' dalam bab 'Hukum meninggalkan puasa,zakat dan haji' berkata:

Sebagaimana orang yang meninggalkan solat wajib dibunuh,apakah wajib juga membunuh orang yang tidak berzakat,tidak berpuasa dan tidak mengerjakan haji?

1.Dibunuh.

Orang yang tidak berzakat,tidak puasa dan tidak mahu mengerjakan haji wajib dibunuh seperti yang meninggalkan solat.Alasannya kerana zakat,puasa dan haji merupakan dasar atau rukun Islam seperti solat.Itulah sebab Abu Bakar al-Siddiq rh memerangi orang2 yang enggan membayar zakat.

Abu Bakar al-Siddiq rh berkata:"Demi Allah akan aku perangi orang2 yang membezakan antara zakat dengan solat,padahal keduanya selalu beriringan (bergandingan) disebutkan dalam al-Qur'an.

Zakat juga termasuk rukun Islam.Menurut Rasulullah saw yang tidak diperangi hanyalah orang yang mengucapkan kalimah syahadah dan melaksanakan hak Islam,yakni rukun Islam.

Moga2 penjelasan ini,serulah keluarga kita agar mendirikan solat kerana orang pertama yang Rasulullah saw seru kepada Islam ialah orang yang terdekat yakni keluarga Baginda kemudian barulah masyarakat.



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard