Abang-Abang & Adik yang dikasihi, Saya ingin mintak pendapat & sedikit Pertolongan yang bersangkut dengan diri saya, saya dah lama tidak dapat menghadari perjumpaan Jemaah kerana menjaga adik saya yang sakit akibat menyalahgunaan pil-pil atau dadah yang tidak berguna. Setiap kali beliau sembuh, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab (pengedar pil) rapat dengan menghasut beliau agar kembali terjerumus, Saya dah mengenal pasti pihak-pihak berkenaan yang memerlukan satu tindakan drastik kerna pihak tersebut bukan sahaja merosakkan adik saya tetapi ramai lagi bangsa melayu yang beragama Islam yang lain. Saya berharap agar ada pihak yang boleh memberi jalan agar kita dapat menghancurkan pihak tersebut hingga ke akal umbi.
Penagih paling tegar yg pernah berjaya di pulih kan r&d ialah 9 tahun menagih, telah membelanjakan rm200 sehari... alhamdulillah kini dah jadi orang berguna...
tahniah dan terima kasih r&d... anda lebih baik dari orang yg hanya pandai bercakap dan mengeji...
__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214
"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"
Penagih paling tegar yg pernah berjaya di pulih kan r&d ialah 9 tahun menagih, telah membelanjakan rm200 sehari... alhamdulillah kini dah jadi orang berguna... tahniah dan terima kasih r&d... anda lebih baik dari orang yg hanya pandai bercakap dan mengeji...
Erm..kalau dah adik2 RnD, tentulah saudara-saudara R&D akan tampil membantu. Pernah dengar nasihat kanda Dr. Mas, jika ada keraguan atau masalah di luar, kembalilah kepada R&D dan akan dibantu. Insyaallah.
Jangan risau. Insayaallah penyelesaian secara penguatkuasaan undang-undang, pencegahan dan pemulihan pun ada. Alhamdulillah hubungan baik R&D dengan Bahagian Narkotik dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan boleh di gunakan. Malah R&D pernah memulihkan kes-kes sedemikian sebelum ini. Jangan risau. Allah sentiasa membantu.