Petikan KITAB bertajuk “ HURU HARA AKHIR ZAMAN – Penjelasan Terakhir untuk Umat Islam” karangan Amin Muhammad Jamaludin Universiti Al-Azhar Kairo.
BAB TANDA-TANDA DI BULAN RAMADHAN
Ketika manusia dalam kekelamkabutan akibat berbagai konflik akibat kematian Khalifah Raja Saudi, di mana malapetaka mulai menyala, manusia akan dikejutkan dengan peristiwa-peristiwa langit yang menakjubkan pada bulan Ramadhan. Saya menyebutkan tanpa urutan.
Tetapi apa yang akan dilihat dan dialami secara berturut-turut dengan cepatnya. Ketika itu tidak terjadi Ramadhan kecuali manusia dalam keadaan menanti-nanti terjadinya berbagai perkara besar dan peristiwa dahsyat. Adapun peristiwa tersebut ialah:
1. Bulan mengalami gerhana dalam bulan Ramadhan. 2. Muncul bintang berekor yang mendekati bumi dan membawa bencana alam. 3. Terdengar suara dahsyat yang menakutkan. Semua orang akan mendengarnya. Diiringi bencana besar dari langit yang menimpa manusia. Ini terjadi pada pertengahan Ramadhan pada malam Jumaat. ( Kalau ikut kalendar 20 Oktober 2005 ). 4. Matahari akan gerhana pada bulan Ramadhan. Nampaknya dua peristiwa terakhir di atas akan berlaku dalam satu hari, atau peristiwa pertama iaitu suara yang dahsyat akan terjadi di malam hari sedangkan gerhana matahari akan terjadi di siang hari. Saya tidak tahu manakah di antara keduanya yang terjadi lebih dahulu.
( muka surat 119)
Merujuk kepada peristiwa di atas sesuailah ianya dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ja'afar Sadiq :
" Kehadiran Imam Mahadi dikalangan umat manusia dibuktikan dgnmberlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yg suci, yg tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad s.a.w"
(Ikmal Al-Din m.s 361)
Maka saya telah membuat rujukan pada laman web NASA akan jangkaan gerhana yang tersebut. Berikut adalah sebahagian dari maklumat yang diperolehi dari lama web tersebut.
Annular Solar Eclipse of 2005 October 03
Fred Espenak, NASA's GSFC
On Monday, October 03, an annular1 eclipse of the Sun will be visible from within a narrow corridor which traverses the Iberian Peninsula and stretches across the African continent. A partial eclipse will be seen within the much broader path of the Moon's penumbral shadow, which includes Europe, western Asia, the Middle East, India and most f Africa.
Saya tukarkan tarikh 2005 Oktober 03 kepada kalendar Hijrah:
Gregorian-Hijri Dates Converter You entered: 3 / 10 / 2005 The conversion result is: Monday 29 Sha`baan 1426 A.H. * *There is a small probability of one day error.
Begitu juga dengan kejadian gerhana bulan di Bulan Ramadhan 2005. Tercatit di laman web bahawa Gerhana bulan akan jatuh pada:
This is the 43rd eclipse of Saros series 134. The series began with the first of ten partial eclipses on 1248 Jun 22. The first eight central eclipses were total, which were then followed by sixteen hybrid events. The first purely annular eclipse occurred on 1861 Jul 08. After the last of thirty annular eclipses (on 2384 May 21), the series will produce seven more partial eclipses before ending on 2510 Aug 06. Complete details for Saros 134 may be found at Saros 134
2005 Oct 17: Partial Lunar Eclipse
The last event of the year is a rather shallow partial eclipse of the Moon. The penumbral phase begins at 09:51 UT, but most observers will not be able to visually detect the shadow until about 10:30 UT A timetable for the major phases of the eclipse is as follows:
Saya tukarkan tarikh 2005 Oct 17 kepada calendar Hijrah yang bersamaan dengan:
Gregorian-Hijri Dates Converter You entered: 17 / 10 / 2005 The conversion result is: Monday 13 RamaDHaan 1426 A.H. * *There is a small probability of one day error.
Oleh yang demikian jelaslah hadis di atas akan terbukti kebenarannya pada bulan Ramadhan pada tahun 2005 ( tercatit pada calendar akan jatuh pada 5 hb Oktober 2005)
Terdapat seperti perselisihan 1 atau 2 hari dari tarikh yang dijangka oleh NASA. Perselisihan ini diterima sebagai kebarangkalian. Yang pastinya disahkan oleh NASA bahawa kejadian gerhana yang bakal berlaku pada tahun 2005 ialah seperti berikut:
17.10.2005 13 RAMADHAN 1426/ Bulan 14 RAMADHAN 1426
Nu’aim bin Hammad telah meriwayatkan dengan sanad dari Katsir bin Murrah, ia berkata:
Pertanda kejadian-kejadian besar di bulan Ramadhan adalah suatu tanda di langit, sesudahnya terjadi perselisihan antara manusia, maka jika engkau menjumpainya, maka perbanyaklah persediaan makanan semahumu.
Dan dengan sanad dari Khalid bin Mi’dan:
Barangsiapa yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan satu tahun untuk keluarganya.
Saudara kaum muslimin, segala yang tertulis di atas hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui akan kejadiannya. Namun sewajarnyalah ianya menjadi skrip panduan peristiwa tahun 2005 yang patut diperhatikan dengan teliti. Jadi tidaklah kita hairan jika peristiwa tersebut benar-benar terjadi. Kemudian jika iannya terjadi, dengan selesa kita boleh mempersiapkan mental dan material menghadapi situasi cemas tersebut.
Antara persediaan yang perlu kita buat ialah:
1. Menghafal 10 ayat pertama dan 10 ayat akhir surah Al_kahfi untuk menghindari diri dari fitnah Dajjal. 2. Membaca doa perlindungan fitnah Dajjal selepas tahyat akhir dalam sembahyang sebelum salam. 3. Menyiapkan bekalan makanan, bahan api, gas untuk setahun apabila ada terjadi sesuatu dipertengahan Ramadhan 2005. 4. Sampaikan peringatan ini kepada sahabat handai agar bersedia menghadapi situasi di atas. 5. Tambahkan taqwa dan amal menjelang saat yang rumit dan genting itu.
Sekian. Wassalam.
KALENDAR 2005 TARIKH, HARI, PERISTIWA;
10. 2.2005 ,Khamis = Awal Muharram 21. 4.2005, Khamis = Maulud Nabi 5. 9. 2005, Isnin = 1 syaaban 5. 10. 2005, Rabu = 1 Ramadhan, Puasa Ramadhan ( kejadian gerhana Matahari)? 17.10.2005, Isnin = 12 Ramadhan (kejadian gerhana bulan)? (Bunyi suara yang amat kuat)? 3. 11.2005, Khamis = 1 syawal, Hari Raya Puasa 3.12.2005, Sabtu = 1 Zulkaedah 2.1.2006 = 1 Zulhijjah 2006 11.1.2006 = Hari Raya haji (Pertumpahan darah di Jamrah)?
PERISTIWA YANG PERLU KITA DIPERHATIKAN
1. Kematian Raja Fadh 2. Suara kuat dalam bulan Ramadhan 3. Gerhana matahari di bulan Ramadhan 4. Gerhana bulan di bulan Ramadhan 5. Komet atau sebagainya ( letupan super volcano?) yang membawa kebinasaan di USA 6. Huru hara dalam bulan Syawal ( peperangan) 7. Peperangan dalam bulan Zulkaedah 8. Pada bulan Haji ada pertumpahan darah di Jamrah
*Bergantung pada Individu untuk menggunakan akal fikiran mereka samada percaya atau sebaliknya - Wallahua'alam*
Abu Basyir Ad-Daik Al-Jawi- IMAM MAHADI AKAN MUNCUL. DAJJAL TERLALU HAMPIR NABI ISA AKAN TURUN
Assalamualaikum wbt Saudaraku kaum muslimin. Beberapa bulan lepas saya telah menulis artikel peringatan bertajuk TAHUN GEMPAR 2005. Berbagai maklum balas yang saya terima dari pembaca. Yang paling banyak ialah ungkapan “ Betul ke? ”.Sinis dan tidak percaya. Khusus untuk mereka, suka saya membawa jawapan Saidina Ali r.a ketika menjawab tempelak seorang Yahudi. Yahudi itu berkata “ Wahai Ali, adakah kamu pasti akan masuk syurga dengan sembahyang (dll amalan Islam)?” Jawab Saidina Ali r.a mahfumnya “ Andai kata syurga dan neraka itu tiada maka saya dan kamu tidak rugi apa-apa..tetapi kalau benar wujud syurga dan neraka…insyaAllah saya berjaya dan kamu akan celaka” Demikianlah peristiwa-peristiwa yang saya garapkan dalam artikel yang lepas dengan merujuk kepada beberapa kitab dan pandangan mereka yang jujur dan warak. Konsep jawapan saya juga sama. Jawapan saya “ Jika semua itu tidak berlaku..Alhamdulillah tetapi andai kata satu demi satu peristiwa-peristiwa tersebut terjadi, adakah kita mampu menghadapi tanpa persediaan?”
Dalam artikel tersebut saya telah menulis beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya tentang kematian Raja Saudi. Innalillahi wainna ilaihiraaji’un. Pada hari Isnin, 31 Julai 2005 pada pukul 10 pagi Raja Fadh telah kembali ke Rahmatullah. Dalam hadis koleksi saya mengenai Imam Mahadi a.s., tercatit bahawa apabila wafatnya Raja Arab akan berlaku perang saudara dan kekacauan akibat perebutan kuasa sesama mereka. Oleh yang demikian saya meminta saudara dan saudari sama-sama mengikuti dengan teliti perkembngan politik Arab Saudi . Sama-sama kita perhatikan dalam masa terdekat ini adakah terdapat bibit-bibit persengketaan yang dikatakan akan berlaku itu. Jika benar berlaku ternyata era Imam Mahadi akan bermula sebagaimana yang dijangka Muhammad Hasanain Haikal menulis dalam bukunya Al-Maqalat Al-Yabaniah bahawa adanya mereka-mereka yang menunggu untuk menggantikan Raja Fadh. Dari kalangan saudara kandung Raja Fadh( As-Sudairiyyin), iaitu Amir Sultan ( Panglima perang dan Menteri Pertahanan) dan Amir Salman. Manakala pengganti Raja Fadh, Amir Abdullah Ibnu Badawiyyah adalah hanya saudara tiri Raja Fadh.Raja Amir Abdullah juga merupakan panglima Pasukan Pengawal Nasional. Tulisan ini digarap pada bulan Ogos 2005. Bulan Ramadhan tahun ini akan bermula pada awal bulan Oktober 2005 iaitu 4 atau 5 Oktober 2005. Gerhana bulan dijangka akan berlaku di awal Ramadhan. Dan pada pertengahan Ramadhan akan berlaku pula gerhana matahari. Pada malam Jumaat pertengahan Ramadhan akan kedengaranlah suara dahsyat yang menakutkan. Jadi, ada dua peristiwa. Satu siang iaitu gerhana matahari dan satu malam iaitu suara yang manusia tidak pernah mendengar sebelum ini.
Pada bulan Syawal berikutnya bersamaan awal November 2005, akan mula berlaku Ma’ma’ah ( huru hara) yang berupa kecamuk peperangan antara negara-negara. Pada bulan Zulkaedah bersamaan bulan Disember 2005 akan terjadi perselisihan antarabangsa. Pada tahun 2006, musim haji akan dilakukan 2 kali. Bulan Zulhijjah pertama bersamaan dengan bulan Januari 2006. Akan terjadi peristiwa pembunuhan sehingga darah mengalir di Jumratul Aqabah pada hari Idhul Adha di Mina. Haji pada kali ini tidak lagi berlaku dalam suasana aman. Selepas peristiwa ini era Imam Mahadi akan bermula pada awal Muharram 1427 hijrah bersamaan Februari 2006.
Percayalah era Imam Mahadi dan Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi amat yakin pemimpin Agung mereka iaitu Al-Moshaikh ( Dajjal) akan muncul mengetuai mereka. Kaum Kristian pula amat yakin bahawa Al-Masih ( Nabi Isa a.s) akan muncul memimpin mereka. Manakala kita, kaum muslimin yakin bahawa Al-Mahadi, Al-Moshaikh( Dajal) dan Al-Masih a.s akan muncul. Menarik bukan? Sesungguhnya Yahudi sedang kecut perut yang teramat-amat. Mereka membina tembok-tembok di Israel. Menanam pokok Ghardaqah dengan banyaknya. Malah telah menempah pedang Titanium dengan banyaknya. Hari mereka akan disembelih di bumi Israel makin hampir. Mereka menempatkan tentera proksi di bumi Afghanistan dan Iraq untuk menghadang tentera dari Timur. Tetapi ramai umat Islam sedang lalai dan hampir tidak ambil peduli pada era yang ditentukan olehNya tetapi telah dikhabarkan oleh RasulNya 1426 tahun lampau. Ketahuilah era Islam menakluki dunia semakin hampir. Benarlah sabda Rasulullah saw bahawa akan sampai satu masa tidak akan ada satu pintu yang tidak akan dimasuki Islam. Panjang umur kita semua akan menyaksikan seorang pemimpin Agung bergelar Imam Mahadi akan memerintah dunia sambil memegang panji-panji Islam. Ketahuilah era Islam menakluki dunia semakin hampir. Benarlah sabda Rasulullah saw bahawa akan sampai satu masa tidak akan ada satu pintu yang tidak akan dimasuki Islam. Panjang umur kita semua akan menyaksikan seorang pemimpin Agung bergelar Imam Mahadi akan memerintah dunia sambil memegang panji-panji Islam.
Tadahkan tangan dan berdoalah untuk pemimpin Agung kita Khalifah Al-Mahdi dan para pejuangnya. Di segenap ceruk dunia kini, sedang bersiap-siap 40 wali kutub, 313 orang Al-Badri dan 360 orang An-Najd. Mereka akan diikuti oleh 100,000 pejuang kaum muslimin yang akan berjuang seperti singa di waktu siang dan berdiri malam beribadat kepada Allah. Mereka-mereka yang terpilih itu kini berada di mana-mana. Setiap mereka akan mendapat alamat dari Allah. Apabila seruan tiba ( sedikit masa lagi) mereka akan menyahut seruan datang berbai’at/ berjanji setia dengan Imam Mahadi dan bersedia mencagarkan nyawa untuk agama. Mereka akan berduyun-duyun tampil mempertaruhkan jiwa raga untuk berjuang di sisi Imam Mahadi menegakkan kalimah Allah di muka bumi.
Tetapi sebelum bendera Islam berkibar diseluruh pelosok alam, beberapa peristiwa yang besar akan berlaku terlebih dahulu dan merubah senario kehidupan di luar kebiasaan dan jangkaan. Tiada lagi teknologi maklumat, Teknologi bio dan teknologi nano. Bursa saham di seluruh dunia akan merudum dan berakhir. Saya pernah diberitahu oleh seorang ulamak yang warak bahawa Imam Mahadi akan berdoa kepada Allah agar minyak dilenyapkan dari muka bumi. Katanya waktu itu manusia akan berkenderaan hidup bukan berkenderaan mati. Bayangkan dunia tanpa minyak. Peperangan di era Mahadi hanya akan berlaku di waktu siang dan bersenjatakan panah, pedang dan tombak. Mustahil? Allah Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu. Mengapakah Kaum Yahudi menempah pedang-pedang titanium? Adakah mereka lebih mengetahui dari kita? Memang mereka lebih mengetahui, peka, yakin dan sedang bersedia bersungguh-sungguh untuk menghadapi saat-saat genting pemusnahan bani Yahudi secara total dari muka bumi. Yahudi memang suka melawan takdir. Mengenai Imam Mahadi. Tanpa prejudis saya menulis. Janganlah saudara terkejut bahawa pemimpin Agung yang bakal memerintah dunia itu akan datang dari dunia sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan Bani Jawi. Bukan Bani Arab dan bukan Bani Israel. Bani Jawi? Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya-tanya mengenai bani jawi. Pernah dengar ungkapan “ masuk jawi” dan tulisan jawi?. Apa maksud Jawi tersebut. Bani Jawi asal usulnya dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Ismail a.s yang masih kecil, Nabi Ibrahim sampai ke Kampuchea dan berkahwin di sana. Keturunan baginda berkembang biak di Nusantara dan bergelar Bani Jawi. Tidak hairanlah militeri Israel telah lama bertapak di Singapura sebagai penasihat. Apa yang mereka cari? Kaum Yahudi telah mengetahui siapa Rasulullah dan di mana baginda dilahirkan. Demikian juga, Yahudi telah mengetahui siapa dia Imam Mahadi, di mana dia dilahirkan. Mereka sedang kelam kabut mencari Imam Mahadi kerana mereka tahu inilah orang yang akan menjadi khalifah dan memimpin kaum muslimin menyembelih mereka nanti. Tetapi mampukah Yahudi mengalahkan perancangan Allah swt? Sesungguhnya dari Bani Arab ada pemimpin agung, Rasulullah saw yang tercinta, dari Bani Israel muncul Musa a.s dan di akhir zaman muncul Mahadi a.s. Al-Muntazar dari kalangan Bani Jawi. Imam Mahadi a.s. adalah