Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Padah menonton gambar lucah...


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
Padah menonton gambar lucah...


WASHINGTON: Penyelidikan saintifik akhirnya menemui bukti kukuh bahawa tabiat suka melihat imej lucah sebenarnya mendatangkan masalah besar kepada penglihatan.

Majalah New Scientist melaporkan, hasil penyelidikan itu dimasukkan dalam kempen keselamatan jalan raya yang mendesak papan iklan tepi jalan dengan gambar seksi diharamkan dengan harapan ia dapat mengelakkan kemalangan.

Kajian baru oleh pakar psikologi Amerika Syarikat (AS) mendapati golongan yang ditunjukkan dengan imej lucah selalunya gagal memproses imej yang dilihat dengan segera selepas itu.

Penyelidik juga berkata sebahagian jenis personaliti jelas terjejas berbanding yang lain disebabkan fenomena dikenali sebagai 'buta akibat rangsangan emosi.'

Dr David Zald daripada Universiti Vanderbilt di Nashville, Tennessee dan Marvin Chun serta pasukannya daripada Universiti Yale di Connecticut, menunjukkan beratus-ratus imej kepada peserta sukarela dan meminta mereka memilih imej tertentu dengan pantas.

Kebanyakan imej yang dipilih ialah bercirikan landskap dan arkitek tetapi pakar psikologi memasukkan beberapa imej berunsur emosi, menggambarkan keadaan ganas atau seks.

Semakin hampir imej berunsurkan emosi timbul sebelum imej sasaran, semakin kerap peserta kajian gagal mengesan imej sasaran.

"Kami mendapati orang ramai gagal mengesan imej visual yang muncul satu perlima sesaat selepas imej emosi sedangkan mereka mampu mengesan imej itu dengan masalah kecil selepas imej neutral.

"Kami rasa ini gangguan penting untuk memproses imej dan jika jenis tertentu rangsangan menangkap perhatian, ia dapat memuncak dan menyebabkan maklumat penting tidak dapat diperoleh," katanya.

Zald berkata, ia terjadi dengan tidak sengaja.

"Rangsangan menangkap perhatian dan sebaik mengesan rangsangan tertentu menyebablan tiada rangsangan lain dapat melaluinya buat beberapa puluh saat," katanya. - Agensi


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard