Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: AYAH PIN!!


Senior

Status: Offline
Posts: 149
Date:
AYAH PIN!!



KUALA LUMPUR: Pengikut ajaran sesat, Ariffin Mohamad atau Ayah Pin kini dikesan cuba mempertahankan pemimpin mereka dan meluaskan pengaruh kumpulan itu menerusi laman web yang wujud sejak minggu lalu.

Ia dipercayai diwujudkan pengikut setia Ayah Pin yang tidak berpuas hati selepas perkampungan kumpulan terbabit di Besut, Terengganu dimusnahkan pihak berkuasa baru-baru ini. Server atau pelayan web itu dipercayai berpusat di luar negara.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Adelina Iskandar, berkata pihaknya sukar menyekat laman web terbabit tetapi pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan pengendali itu.

“Bagaimanapun, kami akan berusaha bagi mengenal pasti pengendali laman web itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Laman web itu antara lain mendakwa jerebu yang melanda adalah detik kemusnahan yang menghampiri negara ini.

Laman web catatan peribadi itu turut menyiarkan beberapa artikel, profil Ayah Pin dan gambar pemimpin serta replika ‘kerajaan langit’ di Besut sebelum dan selepas dirobohkan.

Menerusi artikel bertajuk ‘Kebenaran Yang Dibawa Ayah’, yang tulis pada 9 Ogos lalu, penulisnya mendakwa manusia tidak perlu berpegang kepada cerita sejarah orang lain termasuk dari al-Quran atau Injil selain menimbulkan persoalan berhubung rukun iman.

“Aku ingin khabarkan berita gembira dan berita takut untuk kamu dengar. Tahukah kamu, apa itu Rijallulghaib? Tahukah kamu mengenai kerajaan langit? Tahukah kamu siapa Tuhanmu?

“Kerajaan bumi adalah cermin kerajaan langit. Apa yang dimiliki orang bumi adalah ilham dari orang langit. Andai bumi punya satelit, langit juga punya satelit yang jauh lebih canggih. Andai bumi punya komputer, langit juga punya alatan rakaman dan alat tulis yang lebih canggih. Pernahkah manusia berfikir? Atau manusia fikirkan kepandaian mereka adalah ilham sendiri dan ciptaan sendiri?

“Bagaimana Tuhan menghantar petunjuk kepada manusia untuk memudahkan Dia menjatuhkan hukuman dengan segera? Bolehkah Dia menurunkan orang langit untuk menguji kita semua? Adakah Tuhan tidak mampu melakukan sedemikian? Kalau Dia mahu diriNya menjadi penguji manusia, mampukah Dia mewujudkan diri-Nya menjadi manusia?” kata penulis itu.

Penulis itu mendakwa mendalami agama Islam sejak kecil dan kedua-dua ibu bapanya orang alim sebelum bertemu Ayah Pin sembilan tahun lalu.

Penulis itu turut mendakwa sudah mendalami riwayat Syeikh Abdul Qadir Jailani, Rabiatul Adawiyah, ajaran Buddha, bermeditasi serta mencampuri pelbagai tarikat sebelum bertemu Ayah Pin.

Selain itu, artikel itu jelas bertentangan dengan akidah apabila penulis terbabit menyamakan sistem Kabinet kerajaan hasil undian yang dimenangi ketika bertanding pilihan raya dengan kabinet kerajaan langit.

“Andai manusia mempunyai sistem Kabinet kerajaan dan kerusi yang diduduki oleh orang penting kerajaan, masakan kerajaan langit tidak mempunyai sistem Kabinet yang lebih sempurna?

“Bagaimana kerusi di Kabinet kita diduduki orang penting hasil daripada undi yang dimenanginya ketika bertanding, demikianlah yang berlaku di Kabinet kerajaan langit di mana ia disandang oleh pemimpin penting yang memenangi undi kerajaan Tuhan ketika bertanding.

“Bukankah Kerajaan Tuhan itu terdiri dari Tuhan, Rasul, Nabi dan Malaikat? Di manakah mereka semua? Adakah mereka ini bersenang-senang di syurga dan membiarkan Tuhan menjaga langit dan bumi sendirian?” katanya.

Penulis itu turut mendakwa roh manusia yang sudah meninggal dunia perlu membuat permohonan kerakyatan menyertai kerajaan langit selain Nabi Muhammad SAW tidak boleh membawa umatnya ke syurga.

“Bagaimana mudahnya kamu yang berpindah ke Amerika dan memohon kad kerakyatan Amerika? Mohon kad hijau, isi maklumat dan hantar permohonan. Begitu juga dengan kerajaan langit. Andai tiada permohonan dibuat semasa hidup kalian, nescaya tiada sesiapa pun di kerajaan langit yang akan mengeluarkan kad kerakyatan untuk kalian pulang ke kerajaan langit bila nyawa bercerai badan.

“Bagaimana Muhammad SAW boleh keluarkan kad kerakyatan sedangkan kerajaan langit itu milik Tuhan sepenuhnya dan bukan milik Rasul? Bagaimana pula Isa dapat mengesahkan kerakyatan kalian apabila borang permohonan tidak pernah diterimanya?” tulisnya.

Bagaimanapun, kupasan penulis terbabit dikecam hebat oleh pembaca yang menulis menerusi ruangan komen. Seorang peserta menasihatkan penulis terbabit supaya bertaubat dan kembali ke ajaran Islam yang sebenar dan jangan terpengaruh dengan sifat taksub.

“Saudara... masih tidak terlambat kalau hendak kembali semula kepada ajaran Islam yang sebenar. Jangan taksub dengan Ayah Pin. Sejarah berulang kali mempamerkan kewujudan ajaran sesat yang sangat jauh tersesat dari landasan sebenarnya,” katanya.

Seorang lagi peserta berkata, apa yang tertulis menerusi artikel terbabit bukan bukti tetapi sekadar pendapat.

“Kepada pengikut Ayah Pin, saya kasihan kepada anda selepas hidayah Allah dicabut dari dada anda. Jadilah anda sekarang murtad dan kafir. Apa yang anda cakapkan itu bukan bukti tetapi cuma pendapat. Walaupun bapa anda alim, takwa tidak boleh diwarisi buktinya anda murtad dan tidak sama dengan ayah anda,” katanya.


__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Ada pihak 'tertentu' di belakang ayah pin ni..


Orang tua tu bukannya ada duit dan tau apa2...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

insaflah wahai muslimin semua,,




__________________


Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:

awat depa dok sibuk sokong ayah pin!!


dia 2 gila... tak da agama...kononnya tuhan semua bangsa...


 org jahil wat pe dok ikut


mintak dijauhkan la dr kita semua...


amin...


ingatlah semua Tuhan hanya 1...drNya kita dtg DrNya juga kita kembali...


Allahuakbar!!!



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Ni tak de lain la ni, semuanya sesat dalam terang laa ni... dah ada panduan tak nak ikut lepas tu mula lah meracau sana sini... hasil yang dapat ??? ... Haru biru...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard