Dalam satu perkampungan ni, tinggallah dua beranak ni, bapaknya bernamaAhmad dan anaknya bernama Ali..
Nak dijadikan cerita, Ahmad ni memang garang bangat dengan anaknya. Segala apa yang Ali buat semua Ahmad jeling. Bila Ali nak tengok TV, Ahmad pun jeling dan Ali dengan ngerinya menutup TV. Bila Ali nak makan nasi, Ahmad pun jeling dan Ali dengan rasa takutnya memasukkan nasi tu balik kedalam periuk nasi. Bila Ali nak nak main PS2, Ahmad pun jeling dan Ali dengan rasa seriaunya simpan balik PS2 dia tu..
Dan pada suatu hari, Ahmad dan Ali pergi ke masjid yang berdekatan dengan rumahnya untuk solat Asar. Bila sampai masjid, Ali tengok imam sedang sembahyang sunat. Selepas imam naik dari sujud, Ali nampak kain pelikat yang imam tu pakai terselit masuk kat celah punggung imam tu. Ali pun dengan perasaan ingin membantu, manarik kain pelikat tu keluar dari celah punggung imam.
Dan, Ahmad dengan perasaan marah menjeling Ali. Ali pun takut dan faham maksud ayahnya. Ali dengan perlahan-lahan memasukkan balik kain yang imam pakai ke celah punggung imam dengan menggunakan jari-jemarinya..