Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisah benar...(Seram) jadikan iktibar...


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:
Kisah benar...(Seram) jadikan iktibar...


Semoga menjadi ikhtibar utk kita semua...


 


     Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun1998.Ianya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.


 


    Kisah berlaku di sebuah pekan yang bernama  Kampung  Pulau Tawar,Jerantut . Seorang lelaki yang bernama Omar (nama benar


dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut).


 


     Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakanseorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila  beliau mengubati setiap penyakit yang pelik , beliau akan berjaya.


 


     Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar.  Budak itu  adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah  didengarinya sebelum ini. Salleh cuba mengendap dari celah lubang dinding yang agakusang.


 


     Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar.


 


    Akhir nya dia ketemu, dia mengintai dan melihat bayangan pada cermin tersebut bukan lah Omar tetapi sebatang tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.Matanya kelihatan tersembul dan pipinya  kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.


 


     Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.


 


     Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.  Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu dia sudah lama mengetahui perihal Omar...


 


    Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaanya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut. Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya.


 


     Bapanya berkata dia hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.


 


     Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan,


tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu kata hatinya.


 


     Selepas makan Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak


melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka mata nya tetapi berasa amat berat sekali... Salleh pun cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja.


 


    Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya dia dapat


berteriak memanggil bapanya. Kemudian dia pengsan.


 


    Apabila dia membuka matanya dia dapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia melihat bapanya menghampiri nya sambil terseyum dan berkata sabar segalanya telah berakhir.


 


    Dia kembali terlelap. Pagi besok nya apabila dia sedar dia melihat


bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin


kemasjid. Dia menanya bapanya apa yang berlaku.


 


     Bapanya menjawap nanti dia akan ceritakan sebelum itu kita pergi


menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.


 


    Setelah segalanya selesai dia pun mengikuti bapanya.Sesampai ditanah perkuburan dia melihat orang sedang mengali kubur.


 


     Tiba tiba dia terdengar orang didalam lubang menjerit .... apa ni!!!


Salleh berlari untuk melihat tetapi dihalang oleh bapanya Salleh cuma


melihat dari jarak beberapa kaki dari kubur tersebut.


 


    Dia melihat orang-orang dewasa seperti mengangkat sesuatu. Melihat dari mimik muka mereka benda yang kelihatan seperti UBI yang sangat besar .


 


     Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian  tak bebas tol :  1 300 7525


                   Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus


                   Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus


                  Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus


                  Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus


 


    Penghantaran boleh dibuat kerumah anda.Cukai perkhidmatan sebanyak 10%akan dikenakan. UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.....



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 68
Date:

--- "Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah."

dah agak dah mesti cerita lawak..... kain putih...tapi warna coklat... hehehe

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 256
Date:

Assalamualaikum....


 


 


Huuiiihhh...penat jer baca...skali UBI daaa....hhuhuhuhu



__________________
DONT SANGKA KELIAK WATA NO BOYA...29 yang bertauliah...


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

hahahahahahahaha, terkene lg! saya nak beli UBI MENTAH tu SATU KONTENA bleh tak???????

-- Edited by ali mamak at 20:48, 2005-08-20

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

.....

__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Veteran

Status: Offline
Posts: 56
Date:

iskh...kena lagi aku..ayam...ubi rupanya...huh!!

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

cehhhhhhhhhhhhhhh


buat suspender jerrrrrrrrrr



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

ubi tol la ko ni,,,,,

-- Edited by zunnur at 04:42, 2005-08-21

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 426
Date:


zunnur wrote:


ubi tol la ko ni,,,,, -- Edited by zunnur at 04:42, 2005-08-21


ekekekekeek... Mangkaq ubi toi...


haq,haq,haq...




__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

GAPLAAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHH BETOIIIIIIII????????????????



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 145
Date:

ali mamak wrote:


GAPLAAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHH BETOIIIIIIII????????????????


 


hehehe, gaplah tue apa? sejenis ubi gak ker?



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

 


Perghhhhh!! time hujan2 kat kampung masa kecik2 dulu pekena kopi o panas sama ubi rebus cicah nyok sedapppp apaa!!!! errr...ubi rebus jual takkkk



__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Veteran

Status: Offline
Posts: 35
Date:

tipah tertipu.....tertipu tipah....mula-mula dah terasa seram....rupa2nya ubi lak..........

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 41
Date:

kurang asam.....


mukadimah yang meggemparkan



__________________
MFR
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard