Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pelajar cedera dibelasah senior depan guru


Veteran

Status: Offline
Posts: 57
Date:
Pelajar cedera dibelasah senior depan guru


PETALING JAYA: Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang, Amirul Arifin Zainudin, 15, luka dan bengkak mata kiri selain lebam serta calar pada belakang badan selepas ditendang dan dibelasah empat pelajar tingkatan lima di hadapan seorang guru dipercayai akibat salah faham ketika waktu rehat, pagi kelmarin.

Amirul berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, dia berada di dalam kelas dan menunggu untuk menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menegah Rendah (PMR), sebelum beberapa pelajar tingkatan lima datang dan mencari pelajar yang dikatakan membaling botol ke arah mereka pada waktu rehat.

Katanya, empat daripada pelajar itu yang menyangka perbuatan itu angkaranya, kemudian menariknya keluar dan menendangnya sehingga terjatuh sebelum seorang daripada mereka menumbuk muka menyebabkan bahagian tepi matanya terkoyak dan berdarah.

Mereka kemudiannya melarikan diri sebelum guru dan rakan datang membantu.

“Seorang guru yang ketika itu berada di dalam kelas hanya melihat dan langsung tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang kumpulan pelajar berkenaan dari terus membelasah saya.

“Dalam keadaan sakit dan berdarah, selain lebam dan bengkak pada mata, guru berkenaan mengarahkan saya masuk ke kelas untuk meneruskan peperiksaan sebelum saya pulang ke rumah kira-kira jam 12 tengah hari dan terus tertidur,” katanya.

Difahamkan, salah faham berkenaan berpunca daripada insiden gurauan beberapa pelajar tingkatan tiga yang bermain baling botol sesama mereka. Secara kebetulan Amirul berada di tempat kejadian menyebabkan kumpulan pelajar tingkatan lima itu menyangka dia turut serta bersama kumpulan berkenaan.

Sementara itu, ibu mangsa, Norainan Muslim, 46, berkata dia hanya menyedari kejadian berkenaan selepas melihat mata anaknya bengkak dan lebam sebaik pulang dari tempat kerjanya kira-kira jam 5.30 petang, pada hari kejadian .

Katanya, dia terkejut melihat keadaan Amirul dan terus membawanya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira jam 8 malam, sebelum membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam.

“Saya sendiri tidak tahu kenapa perkara itu boleh berlaku di dalam kawasan sekolah dan guru yang berada di tempat kejadian seolah-olah tidak mengambil peduli dan langsung tidak ada inisiatif untuk menghantar anak saya yang tercedera ke klinik ataupun hospital. Tambahan pula, Amirul langsung tidak ada kena-mengena dengan insiden pada waktu rehat berkenaan.

“Paling sedih, saya difahamkan guru berkenaan enggan masuk campur kerana bimbang diambil tindakan sekiranya menyentuh anak murid. Jika inilah keadaannya, saya rasa sekolah bukan lagi tempat yang selamat untuk anak-anak,” kata ibu tunggal berkenaan.

Norainan berkata, dia menghantar anaknya ke sekolah itu kerana kedudukannya yang dekat dengan rumahnya di Taman Setia Warisan, Subang, dan memudahkan Amirul untuk ke sekolah. Kini, anaknya itu mula berasa tidak selesa untuk ke sekolah terutamanya selepas insiden berkenaan.

Difahamkan, Amirul sudah mengenal pasti wajah dua daripada empat pelajar tingkatan lima berkenaan melalui rekod komputer sekolah. Sementara dua lagi gagal dikesan dan dipercayai turut belajar di sekolah berkenaan.

Sementara itu, jurucakap polis Shah Alam mengesahkan laporan dibuat ibu mangsa mengenai seorang budak lelaki yang mengadu diserang empat pelajar tingkatan lima sekolah yang sama akibat salah faham.

__________________
Tuah setia pada raja,Jebat pembela saudara


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

TAK PATUT BTUL DI ORANG NI???????????

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 82
Date:

hmmm... cian budak tu...


tapi budak budak yang memukul tu pun satu... ingat dah kuat sangat ape.. semua nak main tibai je... tu la... die... nak kate bodoh, mak bapak hantar pegi sekolah... tapi kalau dah jadi perkara mcm ni tak leh nak salahkan mak bapak.... dah tentu tentu salah budak tu.. Tuhan bagi akal diorang tak nak guna. Yang buruk budak melayu jugak....


tapi yang pelik cikgu tu leh tengok je.... cikgu tu pun tak patut.... tak macam zaman sekolah dulu...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 145
Date:

isk, budak2 zaman sekarang nie suker sgt begaduh...patutnya biler kena tangkap, kita antor diorng ke iraq...bior depa lawan dgn amerika, lg bagus...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Ada penyelesaiannya.......tarik budak2 yg belasah org tu masuk PEKIDA......ajar diorang kat mana nak guna tenaga kekuatan yg lebih tu.....ada guna benda busuk ni......sedangkan pisang dah masam pun org buat cekodok......apa kessss....



__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:

wa..banyak samseng la bdak2 skang...nasib baik saye da kerje..klo skolah lagi kompem kene pukui...


buat baik berpada pada buat jahat jgn sekali


ari ni die buat org lain hari org buatt die lak


idop mmg kne tolong menolong tp bkn tolong pukui..hehe...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:

sang simba wrote:


Ada penyelesaiannya.......tarik budak2 yg belasah org tu masuk PEKIDA......ajar diorang kat mana nak guna tenaga kekuatan yg lebih tu.....ada guna benda busuk ni......sedangkan pisang dah masam pun org buat cekodok......apa kessss....

cara terbaik mebendung anak melayu... kira masuk guni... kasi ajar dlm guni dah pandai baru bawak keluar tengok dunia...

__________________
marsos six time


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

sang simba wrote:


Ada penyelesaiannya.......tarik budak2 yg belasah org tu masuk PEKIDA......ajar diorang kat mana nak guna tenaga kekuatan yg lebih tu.....ada guna benda busuk ni......sedangkan pisang dah masam pun org buat cekodok......apa kessss....

xle gak...budak2 ni laaa akan busukan nama pekida sendiri...dah besepah dah kaki pukul guna nama pekida

__________________
...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard