Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Fenomena anak remaja keluar malam pulang Subuh langgar sunnah alam


Veteran

Status: Offline
Posts: 57
Date:
Fenomena anak remaja keluar malam pulang Subuh langgar sunnah alam


TIDAK lama dulu, anak lelaki saya yang belajar di sebuah universiti di selatan tanah air bercuti semesta di Kuala Lumpur. Sebagai ibu, saya menjadi pening dan serba-salah kerana hampir setiap malam dia akan meminta kebenaran untuk keluar malam bersama kawan-kawannya.



Memang diakui di ibu negara ada restoran mamak 24 jam, gerai yang menjual nasi lemak atau roti canai. Anak saya memang bijak dalam pelajaran, tapi suka melepak dan berbual dengan rakan sebaya sampai larut malam. Saya risau jika anak saya terjerat dengan kegiatan tidak bermoral seperti penagihan dadah dan lumba haram .

Kalau anak saya tidak minta keluar pada waktu malam, rakan-rakannya pula yang akan menelefonnya mengajak keluar. Waktu yang dipilihnya untuk keluar bukan pada jam 8 malam atau selepas maghrib, tetapi kebanyakannya, pada jam 10 atau 11 malam baru mula keluar dengan motosikal kapcai. Keluarnya pula bukan sejam dua, tetapi sampai berjam-jam, kadang-kadang menjelang azan Subuh baru pulang keletihan dan mengantuk. Ketika itu hanyalah bantal yang menjadi temannya. Segala azan atau solat Subuh dibiarkan berlalu begitu saja kerana terlalu letih dan matanya tidak mampu dibuka lagi.

cuba bayangkan jika anak mula tidur pada jam tiga atau empat pagi, tentu dapat bayangkan pukul berapa mereka bangun. Malah dapatlah juga dibayangkan bagaimana beratnya kepala dan badan orang seperti itu kerana dia sebenarnya telah melanggar sunnah alam, iaitu kejadian siang dan malam yang dijadikan Allah untuk tidur dan jaga.

KAMARIAH
Bangsar, KL


ustaz memang banyak menerima surat dan e-mel mengenai kebimbangan ibu bapa melihat kerenah anak yang tidak mendengar kata orang tua, suka keluar malam, sama ada dengan izin atau tidak.

Sesetengahnya menyalahkan pusat hiburan yang dibuka hingga jam 1 atau dua pagi dan restoran yang dibuka 24 jam.

Harus diingat, Allah menjadikan malam untuk manusia berehat dan tidur, dan siang ialah untuk berjaga dan bekerja kerana kejadian fizikal serta fitrah manusia pun telah diprogramkan begitu, maka ketika manusia menukar fitrah kejadian Allah itu, kehidupannya tentulah tidak seimbang lagi.

Memang suasana sekeliling mencorakkan kehidupan kita manusia ini. Di ibu negara, memang banyak banyak gerai yang menarik kehadiran generasi tua dan muda untuk berjaga malam.

Inilah suasana dan persekitaran yang merunsingkan kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak remaja sekarang ini di negara kita, khususnya di bandar besar yang dicorakkan sebegitu rupa.

Bagi sesetengah golongan, mungkin hal ini tidaklah menjadi isu besar yang merunsingkan. Apa salahnya budak-budak muda itu keluar berhibur dan sembang-sembang dengan rakan sebayanya sambil minum teh tarik?

Malah bagi sesetengah ibu bapa moden pun, mungkin mereka beranggapan, apa salahnya anak-anak remaja mendapatkan hiburan di luar asalkan selamat dan tidak melakukan perbuatan tidak bermoral.

ustaz ada mendengar jawapan daripada seorang ibu: “Saya tahu anak saya di restoran mamak 24 jam. Dia selamat di sana, malah dia berjanji dengan saya akan balik ke rumah pada jam 1 pagi. Dia pulang pada masanya. Jadi apa yang hendak dirisaukan, dia berada di tempat yang selamat, bukan di atas jalan?”

Namun ada ibu risau anaknya terpengaruh dengan unsur jahat di luar, takut terbabit dalam permainan jahat, cuba-cuba minum air syaitan, hisap itu atau hisap ini, hidu itu atau hidu ini, dan takut juga apabila keluar dari tempat minum, ditangkap pula oleh jabatan agama Islam, bukankah malu dibuatnya?

Memang diakui ada ibu risau tahap kesihatan anak terganggu, kerana tabiat tidur dan jaganya tidak mengikut fitrah kejadian dan biologikal manusia lagi, yang pada jangka panjangnya tentu akan menyebabkan mudarat kepada badan dan pemikiran, fizikal dan mentalnya. Malah lebih dari itu, dia risau juga kerana anaknya tak dapat solat Subuh.

ystaz akui anak remaja yang cuti semesta bukan selalu dan tujuannya berjumpa kawan-kawannya. Lebih membimbangkan apabila ada graduan yang belum dapat kerja dan ini tentu lebih merunsingkan ibu bapa.

Bagaimanakah kecelaruan perasaan hati kecil seperti hati kecil ibu yang prihatin ini boleh diredakan? Mungkinkah cara hidup dan budaya kehidupan malam di negara ini kelihatan tidak terkawal itu hingga muda-mudi seronok hidup bebas.

ustaz fikir, sekiranya hendak diadakan perubahan radikal, maka siapakah yang akan mengadakan perubahan itu? Jabatan agama atau pihak berkuasa tempatan? Mungkinkah perlu pinda akta berkaitan moral dan disiplin? Akta itu telah didesak supaya dimansuhkan. Peranan ibu bapa bagaimana? Ada yang lepas tangan dan suka kehidupan dan gaya hidup anak mudanya berkelakuan seperti itu. Jadi siapa yang harus dipertanggungjawabkan membentuk akhlak muda-mudi?


__________________
Tuah setia pada raja,Jebat pembela saudara


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard