Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Al-Quran...Lelaki Kacak.....


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:
Al-Quran...Lelaki Kacak.....



Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga" Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

(betulkan saya sekiranya ada fakta yg salah)"

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Terima Kasih diatas kisah ini utk renungan semua ahli PEKIDA dan saudara sebangsa dan seagama.... 

__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Veteran

Status: Offline
Posts: 28
Date:

Satu panduan untuk penyuluh jalan kehidupan...


Al-Quran sebagai panduan hidup...


Bukan setakat untuk dibaca... tetapi untuk difahami maksud-maksudnya....


Barulah berguna untuk panduan hidup...



__________________
adieza


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

subhanallah alhamdullillah allah huakbar........................

__________________
f l a s h 'd' d a y z


Veteran

Status: Offline
Posts: 64
Date:

Assalamualikum...


Betul la tu.Kita beruntung kerana Al-Quran adalah kitab kita sbg panduan dan merupakan salah satu dari mu'jizat rasullulah...


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 218
Date:

Raden wrote:


Assalamualikum... Betul la tu.Kita beruntung kerana Al-Quran adalah kitab kita sbg panduan dan merupakan salah satu dari mu'jizat rasullulah...  

hmmm btull tu tp cermin2 laaa diri kita balik setakat mana kita menjadikan  quran itu sbg panduan hidup kita?dlm pemerintahan negara ada ker kita ambil panduan  dlm al-quran nih???atau amik separuh2 jer korang pikir2 laaa..

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 296
Date:

terima kasih atas ilmu ini


meremang bulu roma membacanya..


terasa kerugian yg amat sgt masa2 sebelum ini dipenuhkan dgn aktiviti yg lagho dan sia sia




__________________
||| Bercinta Tak Semestinya Memiliki,Menentang Tak Semestinya Membenci |||


Senior

Status: Offline
Posts: 177
Date:

mrkolumpo wrote:


terima kasih atas ilmu ini meremang bulu roma membacanya.. terasa kerugian yg amat sgt masa2 sebelum ini dipenuhkan dgn aktiviti yg lagho dan sia sia

hamba sokong, wallahualam ///

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 51
Date:

terima kasih///

__________________
///TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA///


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

semoga kita kembali ke jalan yg benar..........................///

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

terimakasih


subhanallah alhamdullillah allah huakbar...



__________________
alllang


Senior

Status: Offline
Posts: 171
Date:

slm... TRIMAS datas MAKLUMAT yg DBERIKAN...peh BAGUS2...mmg BEST...teruskan PERJUANGAN demi ISLAM tercinta...

__________________
HONEYBEE


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:

besar tuol syafaat al quran...

__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

thankz ble d wat tldan...

__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Veteran

Status: Offline
Posts: 88
Date:

time ksh ..

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard