KUALA LUMPUR: Ramalan berlaku kiamat ketika gerhana berpasangan Oktober ini yang diedarkan melalui e-mel dalam laman web forum tempatan hanyalah andaian semata-mata.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata umat Islam perlu menolak ramalan itu yang bertujuan merosakkan akidah mereka. Katanya, mereka perlu berhati-hati apabila membaca e-mel berkenaan dan jangan mempercayainya.
"Hari kiamat perkara ghaib yang sebenarnya berada di bawah ilmu Allah. Sesiapa pun tidak tahu sedangkan Nabi sendiri pun tidak tahu bila hari kiamat. "Sudah banyak ramalan sedemikiandibuat dari semasa ke semasa dan dilakukan sejak zaman Nabi, tetapi tidak pernah terjadi. Nabi pernah menyatakan tukang nujum itu bohong, walaupun ada kejadian yang betul tetapi ia hanya kebetulan," katanya.
Menurutnya, penyebaran e-mel itu adalah perbuatan pihak yang ekstrem atau berniat memesongkan akidah umat Islam. "Manusia mempunyai akal yang terbatas jangkauannya. Jangkauan manusia ke angkasa lepas masih lagi terbatas. Kemampuan manusiamengetahui bila berlakunya gempa bumi juga terbatas. Hal sepertiTuhan, malaikat, qada dan qadar bagi akal manusia juga terbatas,"katanya.
Harussani berkata, perbuatan mengedar e-mel itu mungkin dibuat pihak tertentu yang berniat memesongkan kepercayaan umat Islam. "Jika pengarangnya mendakwa ramalan itu berdasarkan sebuah kitab, apakah ia benar kerana kita tidak pernah ditunjukkan kitab itu.
"Apa pun, saya nasihatkan penerima e-mel berkenaan supaya jangan percaya kandungannya, tetapi boleh mengambilnya sebagai iktibar untuk kita bersedia menghadapi hari itu. "Banyakkan amalan mulai sekarang, ikhlaskan hati ketika beribadah dan baiki perangai kerana semuanya tidak mustahil," katanya ketika mengulas pengedaran e-mel bertajuk 'Tahun Gempar 2005' itu yang meramalkan hari kiamat akan berlaku selepas fenomena gerhana berpasangan pada Oktober.
Ia disebarkan sejak awal tahun lalu menerusi laman web forum tempatan.
Antara kandungan e-mel itu, manusia akan menghadapi konflik besar selepas kematian pemerintah Arab Saudi sekarang. Sebaik saja kematiannya, manusia akan dikejutkan dengan peristiwa langit yang menakjubkan pada Ramadan yang juga Oktober tahun ini.
Peristiwa langit yang didakwa akan berlaku adalah fenomena gerhana berpasangan pada satu bulan, tahi bintang jatuh di Amerika Syarikat menyebabkan kemusnahan teruk. Sementara itu, Pensyarah Ilmu Falak Syarie di Institut Agama Islam Negeri Kedah (Insaniah), Abdul Ghani Salleh, berkata fenomena gerhana berpasangan sudah banyak berlaku dalam takwim Islam dan banyak pihak cuba mengambil kesempatan daripada kejadian itu.
"Fenomena gerhana berpasangan iaitu gerhana matahari dan bulan yang berlaku pada satu bulan tiada kaitan dengan petanda akhir zaman. Ini kerana ia sesuatu kejadian semula jadi ditetapkan hukum Allah.
"Kejadian gerhana tidak ada kena-mengena dengan petanda akhir zaman. Apa yang didakwa dalam e-mel itu hanya rekaan kerana ingin menipu umat Islam dengan mengambil kesempatan daripada fenomena gerhana berpasangan," katanya.
Oleh itu, bagi mengelakkan diri ditipu, teraniaya atau dizalimi golongan yang cuba mengambil kesempatan, umat Islam wajar mengetahui ilmu falak syarie, terutama berkaitan fenomena gerhana berpasangan.
Beliau berkata, pengarangnya mungkin berniat negatif untuk menakutkan umat Islam, misalnya, meramalkan peperangan berlaku pada bulan haji supaya mereka takut ke Makkah. Abdul Ghani berkata, memang ramai bertanya kepadanya mengenai hal berkenaan, namun mereka yang tidak mendalami ilmu falak syarie mudah salah faham dan terpedaya.
Katanya, berdasarkan hitungan falak tahun ini, ada empat kejadian gerhana tetapi tiada yang berlaku berpasangan pada Ramadan. "Kejadian gerhana terbaru adalah pada April lalu iaitu gerhana matahari pada 8 haribulan dan gerhana bulan pada 24 haribulan.
"Berikutnya, gerhana matahari pada jam 4 petang, 3 Oktober tetapi tidak kelihatan di Malaysia kerana ia akan melalui Utara Afrika dari Lautan Atlantik seterusnya ke Gibraltar dan Somalia sebelum ia mati di Lautan India, manakala gerhana bulan pada 17 Oktober jam 8 malam tetapi hanya 28 peratus saja boleh dilihat," katanya.
Beliau berkata, ilmu falak syarie penting kepada umat Islam kerana ia menerangkan mengenai hakikat alam dan kaitannya dengan perlakuan ibadat. Mendalaminya boleh dianggap satu ibadat kerana ia dapat menimbulkan rasa keinsafan dan mendekatkan diri kepada Allah.
"Namun, apa yang dikesalkan generasi muda sekarang seolah-olah tidak berminat mempelajarinya dan jika ada pun hanya separuh jalan, sedangkan pengkajian dalam ilmu ini membolehkan ibadat solat, puasa dan haji dijalankan dengan sempurna kerana masa yang menjadi syarat sah kepada ibadat berkenaan dapat ditentukan seperti yang dikehendaki," katanya.
bro klu nak kiamat bila2 pun boleh... makna kiamat pada orang yang dah mati imannya.... yang kuat imannya akan hidup sampai bila2 sehingga ke syurga... amin...
buat apa dirisau pasal kiamat, sbb kiamat tu pasti datang jugak.. yg penting apabila kita mengingati kiamat itu akan mendatangkan keinsafan pada kita.. tu yg penting... lagi satu, lebih baik kita fikirkan mengenai ajal kita... ajal akan datang tak mengira masa... baik kita bersedia sebelum dia tiba.. banyakkan beribadat... tu yg penting.. kiamat urusan Allah... Dia yg tentukan.. kita tak perlu risau sbb janjiNya pada kiamat nanti dah tak de org beriman lagi..
yg suspen tu tanda2 yg disebut dlm email tu satu2 terjadi..mmg jadi...tu yg suspen...dia sebut pasai kematian yg byk di asia(tsunami),kematian raja arab...dll lupa dah...sedang dok tunggu nih..tanda2 yg dia bagik tu mai semua dak.....bukan takut...kiamat akan jadi dan kita kena beriman dgn nya...cuma suspen....
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
Setelah selama 6 hari 6 malam Allah menciptakan sekalian langit dan bumi,Allah jua menciptakan sangkakala(tanduk besar) iaitu seperti trompet yg Allah meletakkan tanggungjawab menjaganya dan mengikut perintahNya kepada Malaikat Israfil apabila tiba masanya.Malaikat tersebut sentiasa memandang keArash untuk 'Sami`na Wa`ato`na' iaitu dengar dan patuh akan arahan Allah s.w.t.Apabila tiba waktunya akan ditiupkan dengan tiupan yg cukup kuat seperti yg digambarkan dalam kitab2 leher setiap manusia mampu terputus diantara satu sama lain.Jadi kita jangan mudah terpedaya dgn da`yah yahudi dan Nasoro(kristian)akan kehadiran kiamat.Kiamat pasti datang.Sebelum ia datang perbanyakkanlah bekalan didunia untuk menjengah keyaumul mahsyar..
kalau banyak mereka tahu pekara ghaib ,pasti amalan baik saja yang dilakuaan mereka dan meninggalkan perkara2 keji serta mereka tiada sakit dan mempunyai penyakit.
sbenarnye tak salah nak mengetahui yg ghaib kerna yg ghaib itupun ciptaanNya.. untuk nampak sesuatu yg ghaib pun tak mustahil.. utk pengetahuan, jasad kita ini dilitupi hijab yg mana menghalang kita utk melihat sesuatu yg ghaib yakni syaitan dan iblis mahupun alam jin itu sendiri.. mereka (makhluk ghaib) hanya dapat berkomunikasi dgn kita melalui perantaraan yakni menggunakan medium2 yg membolehkan mereka berinteraksi dgn kita.. biarpun begitu, ada juga insan2 terpilih yang Allah swt bukakan hijab yang menutupi mereka lantaran itu membolehkan mereka merasai, melihat dan kadang kala saling berhubungan dgn alam ghaib tersebut..segala yg terjadi ada hikmahnya..Allah swt mempunyai sbb atas segala kejadian yg berlaku..
huhhh...kadang2 yg tersebar melalui laman web atau pun email mengenai kiamat.. benda2 ghaib dan sebagainya.. adalah hanya sbg rumors dan kita tak sepatutnya 100% mempercayai semuanya.. pernah tak kita siasat dari mana datangnya, siapa yg memulakan atau apa bukti2 sahih mengenai apa yg disebarkan? hurm.. fikirkan la sendiri...
salam kalau banyak mereka tahu pekara ghaib ,pasti amalan baik saja yang dilakuaan mereka dan meninggalkan perkara2 keji serta mereka tiada sakit dan mempunyai penyakit.