Air tulang anjing dan kapsul yang disumbat dengan najis ketua ajaran sesat Ayah Pin, disyaki punca utama menyebabkan pengikutnya patuh dan taat dengan ajaran sesat itu. Air tulang anjing dan pil najis Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Mohamad, 65, diberikan kepada individu yang mengunjungi markas Ayah Pin dengan alasan untuk menenangkan jiwa mereka.
*
Seorang guru yang enggan namanya dikenali berkata, rakannya yang juga bekas pengikut kanan Ayah Pin yang mendakwa pernah menjadi tukang masak untuk menyediakan jamuan himpunan kumpulan sesat itu memberitahunya individu yang kini masih menjadi pengikut kumpulan itu, termasuk golongan mewah akur dengan setiap arahan dikeluarkan Ayah Pin.Katanya, bekas tukang masak itu mendakwa individu yang mengunjungi markas Ayah Pin diwajibkan minum air sumpah dan menelan pil sebagai syarat utama menjadi pengikut ajaran ‘kerajaan langit’ itu.“Bekas pengikut Ayah Pin itu menceritakan kepada saya, dia ditugaskan menyediakan jamuan untuk pengikut ketua ajaran sesat yang datang untuk mendengar khutbah mingguan setiap malam Ahad beberapa bulan selepas Ayah Pin menerima wasiat sebagai pemegang kunci pintu syurga daripada bapa mentuanya dikenali dengan gelaran Hasan Anak Rimau, sekitar 1979.“Tiada ayat Quran dibacakan kepada individu mengunjungi markas kumpulan itu, sebaliknya diminta minum air sumpah dan menelan pil itu,” katanya ketika ditemui.
*
Bekas pengikut Ayah Pin itu dan beberapa rakan lain tidak sempat minum air dan menelan pil diberikan ketua kerajaan langit selepas menemui ketulan tulang anjing yang direbus dengan air dalam periuk besar di bahagian dapur kediaman ketua kumpulan itu. “Dapur tempat pemerosasan air sumpah dan pil itu adalah tempat rahsia dan hanya mereka tertentu termasuk dia dengan beberapa rakan dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan.“Ayah Pin amat percayakan bekas tukang masak dan rakannya yang lain kerana dia dianggap pengikut setia Hassan Anak Rimau,” katanya.
*
Guru itu juga mendakwa Ayah Pin ketika zaman remajanya suka berjudi, laga ikan, ayam dan pernah menyertai pertandingan suara burung merbuk. Berdasarkan sejarah kehidupan Ayah Pin, guru itu berkata, Ayah Pin dan seorang lagi rakan baiknya yang pernah membuka markas di Bachok, Kelantan, lebih 10 tahun lalu, adalah murid kesayangan arwah Hassan Anak Rimau.
*
**
Kumpulan ajaran sesat persenda ayat al-Quran
Kumpulan ajaran sesat Ayah Pin yang berpusat di Kampung Batu 13, Hulu Besut bukan saja menyebarkan fahaman salah kepada pengikutnya, malah didakwa turut mempersenda ayat suci al-Quran.Perkara itu dikesan menerusi beberapa jubin lantai yang dipasang di kawasan laluan pejalan kaki menghubungkan setiap binaan monumen besar di perkampungan berkenaan.Jubin yang dipasang di laluan itu tertera seakan kalimah Allah dan ayat 'Lailahaillallah' mengejutkan kumpulan wartawan yang membuat liputan di kawasan berkenaan selepas dimaklumkan pasukan keselamatan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari negeri, Muhammad Ramli Nuh, ketika dihubungi berkata, jika benar kumpulan Ayah Pin memasang jubin lantai mempunyai kalimah al-Quran, tindakan tegas boleh diambil bagi memperkukuhkan pendakwaan terhadap kumpulan itu.“Jika dakwaan terbukti benar, tindakan lebih berat terhadap kumpulan itu boleh dikenakan kerana mempersendakan ayat suci al-Quran dan hadis.“Bagaimanapun, kami menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan menyiasat perkara itu secara terperinci bagi memastikan kesahihannya,” katanya.Ramli berkata, jika siasatan itu benar, hukuman lebih berat boleh dikenakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.Mengenai jaminan kerajaan negeri merobohkan monumen di markas Ayah Pin, Ramli berkata, tindakan itu akan dilakukan berdasarkan bukti pihak berkuasa tanah.Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melawat perkampungan Ayah Pin atau Ariffin Mohamad, 65, bagi mengelak melanggar perintah mufti yang mengisytiharkan ajaran dan pegangan ketua kumpulan itu sesat.Katanya, siapa yang melanggar arahan Mufti boleh didakwa mengikut Seksyen 10 undang-undang Takzir dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.