Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Penat Tau Buat Kerja


Veteran

Status: Offline
Posts: 99
Date:
Penat Tau Buat Kerja


Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :


Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku:


Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang. 1.3 juta pula adalah golongan kanak˛ bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang.


Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.


Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.


Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.


Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja.... Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja surirumah, pekerja yang kena VSS, orang˛ tua, fresh university student, kena buang kerja dll).


Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja. Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).


Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja.... Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara (termasuk Saudara Anwar Ibrahim tapi dah di bebaskan dan sibuk dengan ceramah dan tuntutan mahkamah) dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja.


Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku... Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie... mana aku tak letih!!


Jadi sedarlah skit.... DAHHHH..!!! PI BUAT KERJA!!!


P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat˛ Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak.
------------------------------------------------------



-- Edited by uncleblues1963 at 18:24, 2005-08-23

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 28
Date:

Tahniah...


Nak kena highlight nama ko untuk anugerah pekerja harapan negara ni...




__________________
adieza


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Anugerah Pekerja Cemerlang...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 70
Date:

ok la lepas ni aku pi buat kerja...........ko la main komputer antar citer

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard