Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Berapa ramai suami yang boleh jadi imam???


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
Berapa ramai suami yang boleh jadi imam???



Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.


Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan


nanti mereka terasa hati.


"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"


Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan


sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat


belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya


disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di


asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur


membantu ibunya.


"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan


penuh semangat.


"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga


sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu


jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.


Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.


Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti


boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna


makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.


Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan


ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna


pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan


tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan


asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami


sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif


mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer


mereka rasa lebih perlu.


Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu


handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau


boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard


yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu


kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi


imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman


perumahan juga.


"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"


Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan


sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama,


selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah


wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.


Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut


bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan


isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri


sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula


apabila dirinya yang rugged menjadi imam.


Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan


wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus


boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak


goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah


sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

Memang lah ... lelaki wajib tahu menjadi imam ... nak jadi ketua keluarga memanglah harus.


p/s : kepada bakal2 lelaki yg ingin berkahwin tidak lama lagi, standby lah... mana tau nanti kalau bermalam di rumah mertua, kene sembahyang berjemaah, pak mertua suruh jadi imam... camne ? tak boleh malu... nak buat takut ... jadi bersedialah cukup2 ... jgn dok standby duit sahaja.



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Veteran

Status: Offline
Posts: 61
Date:

assalamu'alaikum


100% sokongan dari saya. tapi izinkan saya tambah sikit lagi.


ertikata IMAM bukan lah ketika sembahyang jemaah sahaja. malah harus difahami secara menyeluruh iaitu orang yang bergelar imam adalah orang yang menjadi ikutan orang dibelakangnya. oleh yang demikian lihatlah siapa yang sedang berada dibelakang kita. dan apa yang diikut oleh mereka.


wassalam



__________________
*ardmard*


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:

assalammualaikum


semua kaum lelaki boleh jadi imam cuma mereka memilah dijalan kiri atau jalan kanan... fikir fikirkan laaaa


 


p/s ujian demi ujian akan kita tempuh selagi kita bergelar MANUSIA di bumi ALLAH AMIN



__________________
marsos six time
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard