Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 40 KESILAPAN IBUBAPA


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
40 KESILAPAN IBUBAPA


Anak adalah anugerah dari Allah yang paling berharga..
Hargai dan sayangilah mereka
Kepada semua yang bergelar Ibubapa kita sama-sama renungkan....
 
1.  Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
 
2.  Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
 
3.  Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
 
4.  Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
 
5.  Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
 
6.  Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
 
7.  Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
 
8.  Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
 
9.  Kurang melahirkan kasih sayang
 
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
 
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
 
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
 
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
 
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
 
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
 
16. Tidak menggalakan dan menyediakan suasana suka membaca
 
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
 
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
 
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
 
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
 
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
 
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
 
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
 
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
 
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
 
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
 
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
 
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
 
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
 
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
 
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
 
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
 
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
 
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
 
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
 
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
 
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
 
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
 
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
 
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup berkerjasama
 
Dipetik dari buku '40 KESILAPAN MENDIDIK ANAK'
oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996


__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 61
Date:

assalamu'alaikum


bijak... bijak...


bak kata orang tua-tua... kalau nak kenal anak tengok mak-bapaknya. kalau nak kenal mak-bapak tengoklah anak-anaknya. demikianlah adanya sejak dari tujuh generasi terdahulu sehingga tujuh generasi akan datang. sama saja. sifat keturunan serta balasan akan berterusan dari 7th dahulu dan 7th akan datang. dari mak-bapak turun kepada anak dan anak dan anak dan seterusnya. itulah azab kubur yang sedang dideritai oleh orang yg terdahulu pergi. mereka bukannya tidur relax kat dalam kubur menanti hari perbicaraan tetapi salah satu azab kubur ialah di pertayangkan segalanya sehingga ada yang berkata 'itu adalah aku dulu', 'aku lah tu', 'dia buat apa aku buat' dan seterusnya. tetapi segalanya telah berlalu tidak dapat diperbuat apa-apa lagi. sehinggalah salah seorang anak yang benar-benar soleh/solehah berdoa kepada Allah 'Azzawajalla untuk mengubahnya. maka selamatlah 7th dahulu dan 7th akan datang dari azab Allah 'Azzawajalla.


:- pesanan kepada saya sendiri dan semua... marilah berdoa agar Allah s.w.t mengampunkan dosa kita sendiri, dosa ibu-bapa, datuk-nenek serta muslimin dan muslimat. semoga mendapat kebahagiaan dan kesejateraan didunia dan di akhirat.


wassalam.


 



__________________
*ardmard*


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

fear motivation

__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

Assalamualaikum,


Betul semua tu,kita kena renungkan segala yg tertera di atas,jika kita betul2 ibubapa yg prihatin dan mesra sesama anak sendiri,jika ibubapa tidak sepeti yg diharapkan maka anaknya pun akan terikut sama,jadi jika ada diantara kita yg bakal menjadi ibubapa,sentiasa bermesra dgn anak2 saudara sekalian..


Waalaikumusalam..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:

assalammualaikum


bang sikit aje tu... sebenarnya banyak lagi... tapi terima kasih... kerna info.. yang berguna



__________________
marsos six time


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

TERIMA KASIH BANYAK KERANA MEMBERI SEDIKIT SEBANYAK PENGETAHUAN?

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard