Di atas robohan Kota Melaka Kita dirikan jiwa merdeka Bersatu-padulah segenap baka Membela hak keadilan pusaka
Janganlah kita sia-siakan pengorbanan mereka yang telah bertaruh nyawa dan berkorban keringat dan airmata untuk membebaskan diri dan bangsa dari cengkaman penjajah. Pejuang kemerdekaan tidak mengharapkan kalungan bunga, malah ramai yang hidup merempat, yang hidup melarat seolah-olah pengorbanan yang mereka lakukan itu tidak mempunyai sebarang nilai di kalangan masyarakat kita hari ini setelah negara mencapai kemerdekaan serta mati tidak dikenang sesiapa Mungkin terdapat ramai lagi pejuang kemerdekaan yang masih hidup tetapi tidak mahu menonjolkan diri mereka atas sebab-sebab tertentu.
Cukuplah jika roh perjuangan mereka kita warisi dengan mengisi kemerdekaan negara dengan janji sumpah untuk mempertahankan kedaulatan negara, menjunjung tinggi bahasa dan budaya, serta berpegang teguh dengan agama dan syari'at Allah. Dalam perjuangan, kita hendaklah berwaspada terhadap musuh terutamanya musuh di dalam selimut yang terdiri daripada pihak kita sendiri. Atas dasar wang atau kepentingan diri terdapat pihak yang sanggup menggadai maruah bangsa dan agama mereka sendiri.
Sekalung budi kepada semua pejuang kemerdekaan. Tak terbayar hutangmu kepada nusa. Moga Allah merahmati dan digolongkan dalam kumpulan orang-orang yang soleh.
Terasa seronok dan terharu dengan penjelasan padat berilmu dari kekanda Mas tentang kemerdekaan dari pandangan Islam... syukur berpeluang hadir di program ceramah MERDEKA anjuran R&D.
Esoknya dapat pulak join retreat MERDEKA di Resort Semenyih...
SEGALA PERSOALAN TENTANG MERDEKA yang selama ini berlegar di kepala saya telah terjawab dengan jelas sejelas jelasnya.... termasuk LIRIK BAHTERA MERDEKA... habis isi lagu tu di telanjangkan... tersirat tersurat semua dijelaskan... Habis lagu negaraku, lagu Pekida, semua di kupas .... errrrkkkkkkkkkkkk terasa nikmat... terasa kenyang dengan santapan ilmu...