Unit R&D Pekida Malaysia selamat mengadakan program retreat/picnic di sebuah Resort berhampiran pusat peranginan air terjun di Semenyih.
Ayahanda Masrur, Ayahanda Hudari dan Kekanda Dr Mas turut hadir. Acara di mulai dengan alunan lagu negaraku dengan semua yang hadir berdiri hurmat. Kemudian di serikan lagi dengan ucapan dan penjelasan erti Merdeka oleh setiap ahli dan di sempurnakan ulasan oleh Kekanda Mas, ayah Masrur dan ayahanda Hudari, lengkap dengan nas dan dalil.
Kemudian di putarkan pula lagu BAHTERA MERDEKA nyanyian Ahmad Jais, Lagu Negara ku, juga Lagu Pekida Malaysia ciptaan dan nyanyian Tok Ki, juga turut di jelaskan pelajaran di sebalik lagu dengan panjang lebar itu oleh para ahli dan pemimpin.
Selesai memainkan dan menjelaskan erti kemerdekaan, serta penjelasan misi dan visi Pekida, semua ahli MELAUNGKAN SERUAN MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA sekuat hati, sahingga menggegarkan suasana hening resort itu. Lebih menyeronokkan lagi apabila pengunjung lain di resort itu turut memerhati dan melaungkan seruan MERDEKA yang kami laungkan.
setelah itu, setiap peserta di minta memilih sebuah lagu, menyanyikannya dan menjelaskan pelajaran di sebalik lagu pilihan masing masing.
Majlis berakhir kira kira jam 6.30 ptg, di akhiri dengan sesi kesan dan pesan setiap peserta yang rata rata menyatakan kelainan dalam menyambut Kemerdekaan, bahkan merasa bertuah kerana dapat memahami erti kemerdekaan sebenarnya.
Ia kemudiannya di tutup dengan doa yang di bacakan oleh Utz Hafiz.
Untuk melihat sebahgian dari Gambar kenangan sila klik di.
Terasa seronok dan terharu dengan penjelasan padat berilmu dari kekanda Mas tentang kemerdekaan dari pandangan Islam... syukur berpeluang hadir di program ceramah MERDEKA anjuran R&D.
SEGALA PERSOALAN TENTANG MERDEKA yang selama ini berlegar di kepala saya telah terjawab dengan jelas sejelas jelasnya.... termasuk LIRIK BAHTERA MERDEKA... habis isi lagu tu di telanjangkan... tersirat tersurat semua dijelaskan... Habis lagu negaraku, lagu Pekida, semua di kupas .... errrrkkkkkkkkkkkk terasa nikmat... terasa kenyang dengan santapan ilmu...
mazwan wrote: Tahniah.....Semoga semangat yg begini yan kita harapkan dari pelbagai golongan dan umur... Perjuangan tetap akan diteruskan
lain juga retreat... piknik yang di anjurkan oleh orang yang memilikki pengetahuan... memilikki ilmu kepimpinan. Tahniah kepada jemaah R&d. kalian jadi contoh kepada jemaah yang lain.
Tak tau lah kalau ini pun di jadikan bahan ejekan dan cemuhan terhadap rnd... lama lama perhati tak tahan jugak akhirnya tengok gelagat penyangak cyber niiii...