Pernah seorang ilmuan berkata kepada saya "Sebelum kamu belajar ilmu kebatinan carilah dulu siapa Raja segala Kebatinan. Ada satu ilmu bila engkau mendalami dan mengamalkannya maka akan dipermudahkan segala urusanmu, akan terhindar segala duka dan kepayahanmu, akan diselamatkan kamu daripada segala ancaman manusia, jin dan syaitan dan setiap jalanmu akan ditunjukkan jalanNya. carilah ia".
Dari secungkil pengalaman anak muda yang pernah merasa hebat kebatinan,membuat orang tunduk patuh dan segan,meniup bukan menumbuk,menghayun bukan menampar, menuding bukan menikam, mengetap gigi bukan marah... tetapi ilmu itu tidak kemana,rasa kekosongan menjadi2 dalam hati,di mana silapnya,di mana kurangnya, sehinggalah bertemu jawapan di satu daerah di Kelantan.
Aduss,pertama kali terkena memang seumpama penampar ke muka kerana ingin mencari kehebatan dunia,tetapi apabila difikirkan bernas sekali ayatnya. dan sekarang saya masih mencari dan mempelajari secubit ilmunya. Hadith dan Ayat Suci AL Quran dalam hafalannya,begitu juga huraian dan terjemahannya.Setakat ini, semakin ramai muridnya yang terdiri drpd Ustaz,Pegawai Tentera,Polis,Guru-guru silat dan tomoi dari utara,selatan dan barat berjumpa meminta nasihat dan pandangannya. Bukan AJARAN SESAT.TOLONG CLEARKAN FIKIRAN!!! Asal-usul PEKIDA dan Silat2 semua didalam dada dan ingatannya.
Pernah saya bertanya kepadanya tentang PEKIDA,aduh sekali lagi terkena,x banyak yang kita tahu tentangnya, malah ada ayahanda dan abang2 yang tidak dapat memberitahu tentangnya se'detail' beliau.Tetapi saya bertanya sudikah dia membantu PEKIDA apabila diperlukan,beliau berkata selagi dijalan yang betul apa salahnya jika ada yang mahu belajar,tetapi berapa ramaikah ahli kita yang sanggup???
Bukan mempromosi tetapi mengajak kearah kebaikan. Lillahitaala.
kalau jumpak 'beliau' tu lagi...cuba tanya cerita pasal bekas seorg kakitangan kerajaan nama Datuk Zaman Khan kutip peluru...kalau dia tau haah itu bonus la tu..
Satu je,bukan silat, bukan tomoi,bukan boxing atau kalari payat tapi...
Ilmu Ketuhanan
Namanya saudara Aswadi,Maulana Aswadi gelaran 'Harimau Berjemur'
Tumpat Kelantan.
Ada juga yang berminat, tapi betul kata beliau orang kita cakap hebat,buatnya tak...
Kalau saudara-saudara betul2 berminat dan bersedia saya akan membantu insyaAllah untuk berjumpa beliau dan tanya apa2 sahaja yang saudara2 nak tahu, mungkin akan bertemu jawapannya insyaAllah.
Ilmu ketuhanan ...Ilmu kenal diri lah ni....hmmmm!Bagus jugak.Tapi saya rasa lain padang lain belalangnya,lain penasihat (ilmu ni tak ada Guru),lain caranya.Asalkan sama silibus ok la tu.
Assalamualaikum, Satu je,bukan silat, bukan tomoi,bukan boxing atau kalari payat tapi... Ilmu Ketuhanan Namanya saudara Aswadi,Maulana Aswadi gelaran 'Harimau Berjemur' Tumpat Kelantan. Ada juga yang berminat, tapi betul kata beliau orang kita cakap hebat,buatnya tak... Kalau saudara-saudara betul2 berminat dan bersedia saya akan membantu insyaAllah untuk berjumpa beliau dan tanya apa2 sahaja yang saudara2 nak tahu, mungkin akan bertemu jawapannya insyaAllah.
tasawuf tu lain..ilmu makhrifat tu pulak lain.Tasawuf tu bg aku yg bodoh gaban ni kajian awal agama...makhrifat tu pulak lebih kearah kajian dan pengajian Alam halus
DewaPetir wrote: askum, nih ilmu makrifat kot...ala mcm tasawuf lerr...ilmu wali2 nih...jgn terpesong dah...jadik ayah pin lak.... waalaikummussalam... DewaPetir, tasawuf tu lain..ilmu makhrifat tu pulak lain.Tasawuf tu bg aku yg bodoh gaban ni kajian awal agama...makhrifat tu pulak lebih kearah kajian dan pengajian Alam halus
Ang Loong mcm best ja ilmu ni...Kalau betoi nak juga belajaq...Asalkan tidak sesat...
Banyak gunanya ilmu ni dlm kehidupan...Baru boleh Melayu maju kehadapan...
Bawak2 bersabar semua,bukannye ayah pin atau mana2 ilmu karut marut yang lain.Nak terangkan kat sini nanti lain pula pemahamannya. Dia bukan guru saya,lebih kepada seorang kawan...tetapi dialah orang pertama yang menumbangkan saya dulu, dengan pukulan lutut terbang ke muka dan menenggelamkan kepala saya ke dalam pasir.Tuhan saja yang tau sakitnya.Satu pengajaran yang berguna...jika kita hebat ada lagi yang lebih hebat..dan yang terhebat di kalangan manusia ialah yang mendekatkan dirinya dengan Allah dan mengingati mati.(Kejadian ini berlaku ketika perlawanan silat jurus kebatinan suatu masa di tahun 1990-an) Lepas kejadian tu, dia bawak saya untuk berbincang dan menerangkan tentang 'kembali kepada asal' asal usul kewujudan manusia dan tujuan dihidupkan.Untuk amalan hizib, zikir dan mempelajari kitab (dari asas feqah dan ke atas,bimbingan diberikan dari awal) memerlukan masa dan komitmen.Tetapi sekurang-kurangnya kita tahu arah tujuan hidup dan basic agama mesti ada pada setiap muslim sebelum menggelarkan diri mereka 'Tentera Fisabilillah'. Siapa kata ilmu x de guru?Kalau ilmu x de guru,maka setanlah guru kita. Dia juga ada membuka pondok untuk muda mudi yang berminat. Untuk amalan perlukan satu jemaah melebihi 4 orang,tujuannya untuk saling menegur jika ada yang melakukan kesilapan melanggar syarak dan untuk motivate rakan2 supaya beramal dan membersihkan diri.
Pemimpin Islam wajib diikuti dan dipatuhi kerana Islamnya dan selagi tidak bertentangan dengan syarak.
Jika betul-betul berminat kita akan buat pertemuan nanti, Kalau RnD berminat pun lagi elok...tetapi terpulanglah
saya sokong semua tu...tapi kat bab yg kata semua ilmu ada guru..mmg betul,tapi ada org yg penah saya ckp dia bukan guru,cuma penunjuk jalan.Dia buka guru sebenar.So panglima faham tak maksud guru yang sebenar benar guru....yakni guru asal...guru yg mengajar tajjali kepada kita...haaaa...ilmu tajjali ni mana ada guru...dan setan bukan lah gurunya.
semuanya betul...tapi seelok eloknya bendabenda macam nie kena bercakap face to face..baru syok.kita takleh cakap kita betul,dia salah..kerana mungkin pemahaman dia baru setakat tu.pasal tu perkara macam nie tak boleh nak open sangat.nanti ader org kata sesat...
ni yg paling paling paling betul sekali....mmg org akan kata sesat.Hati hati kalau nak sebarkan ke umum...kalau nak discuss pun jaga2.hehehehehe.TQ daud sbb igt mengingatkan.
saya setuju ngan saudara daud dan ang loong, perkara2 camni kalau cerita face 2 face lagi senang sebab topik2 camni bukan leh main cakap je tapi perlukan penerangan,nak pulak kalau org yg kurang pandai mcm saya ni...pening jugak la nak paham...hehehehhehe, kalau bawak duduk semeja insyaAllah senang skit paham pasal leh dapat pandangan dari lebih dari satu pihak........kalau tersilap bahasa harap dimaafkan...wassalam
Lang pada pandangan saya,berhati hati sewaktu berkenalan dgn individu yg baru sbb kadang kadang mmg ada org yg satu jalan ni hendak menguji kita...org penang kata "saja nak sudi...".....tapi saya pegang satu saja...kalau niat kita ikhlas,tuhan akan bg petunjuk dan rahmah berupa bantuan yg nampak(kasar) atau yg ghaib (halus).
Saya nak bagi pendapat sket... tentang ilmu batin ni... ada yang bagus, ada yang tak, kan. Cumanya pada saya, berdasarkan apa yang terjadi pada kawan2 saya....
Belajarlah ilmu agama dahulu.... yang manis jangan terus ditelan, yang pahit jangan terus dibuang... ilmu agama itulah modal untuk kita menilai sesuatu perkara...
Pada yang muda2, iman tak kuat, elakkan lah belajar ilmu2 mcm ni, putih ke, hitam ke.. kalau hitam, dah tentu melanggar syariat agama... kalau putih pulak, bimbang kalau2 terlanggar pantang, ataupun amalan ibadah kurang, kerana ilmu2 ni biasanya 'panas'. kalau kurang 'penyejuk'nya bimbang pulak overheating nanti... mcm kereta tersadai kat tepi jalan. Kreta ada, tapi rosak. dah tak siuman.... muda2 dah kureng.. hidup hari ni penuh dengan dugaan. perempuan... duit... arak... judi... dan sifat malas... hehehhe... tak payah tunggu setan, kalau dah malas memang tak smbahyang...
Kenali guru... walaupun berguru, kenal dulu guru, kerana ada yang bukannya guru, tapi mahu 'membuang'...
Dan, hati2..... pernah dengar Zikir Saidina Ali? zikir inilah yang digunakan oleh Saidina Ali sewaktu berperang suatu masa dahulu.... di malaysia, ia dibawa oleh Guru Kiai Salleh Batu Bara... beliau diijazahkan di Mekah sewaktu belajar di sana... dan di tanah melayu kita, ilmu ni pernah dipraktikkan, dengan nama selendang merah...
Selepas itu, ada yang mempraktikkan zikir ini tanpa ilmu, tanpa guru... hanya zikir semata. Tiada lesen tetapi bawa kapal terbang, ibaratnya. Maka, mimpi yang dinanti2 bukan mimpi yang sebenarnya... sudah mula bercampur aduk.... dan apabila kurang pegangan, hanyut....
Dan, akhirnya, ilmu ni diharamkan... saya tak nak sebut apa namanya... cuma... pesan saya, kepada saudara2 tersayang yang bersaudara dan seagama, ingatlah... jangan terlalu taksub mencari sesuatu. Yg dicari pasti datang, cuma masa,dan keizinan darinya. Carilah sesuatu yang sememangnya telah diwajibkan kepada kita... fardu ain misalnya, wajib tu! Cukupkan syariat kita. Jangan syariat pun tak cukup, sudah mahu mencari tareqat, mencari maarifat dan hakikat... isim nanti....
Maaf kalau ada yang tersalah cakap...
Semoga tiada lagi saudara seagama sebangsaku yang rosak begitu sahaja..... hilang begitu sahaja, tersalah pilih, missing in action orang putih kata.....
Dah terlanjur bercerita bab ilmu kebatinan ni, nak tanyalah saudara2 semua...
Pernah dengar amalan "qulhuallah 100 ribu kali"? amalan ni boleh kita dapati dari salah satu pertubuhan silat yang terkenal di negara kita.
Amalan ni juga akan membolehkan seseorang itu memperolehi pelbagai kelebihan yang tak perlu saya ceritakan disini. Tetapi, ia memang hebat. Dan, pelajar2 yang mahu mengamalkan ilmu atau amalan ini perlu mengkhatamkan qulhuallah seratus ribu kali sebelum dikhatam susu..
Ermm.. mungkin ada juga dikalangan yang berforum pernah dengar, dan mungkin ramai juga yang dah dapat ilmu ni..
Amalan ini bagus, pada saya, tak ada salahnya. Cuma, dalam Islam, kita ditekankan untuk melakukan sesuatu dengan niat, atau nawaitu.
Dan persoalannya, adakah seseorang pengamal itu, mengamalkan amalan ini kerana allah, ataupun hanya kerana nak jadi terer... Inilah persoalan dari segi agamanya. Tidak salah amaln ini, tetapi ia akan jadi salah jika tidak kena caranya....
Pada saya, Guru Tua ataupun Mahaguru yang mengamalkan ilmu ini tidak salah, sedikitpun tidak. Tapi, bila ada yang cuba mengamaklan ilmu ni tanpa berguru... hmm... tu yang jadi karutt... saya rasa anak2 murid semua tak ada yang salah amal, tetapi mereka yang dengar2 tentang ilmu ni, 'pandai2' nak beramal...
Ingatlah, Allah Maha Pemurah... kalau dah niat mengamalkan amalan ni kerana Allah, alhamdulillah. Tapi, kalau niat kerana nak jadi terer atau jadi 'ultraman', mungkin akan dikabulkan, tapi, takde la pahalanya, kerana perlakuan itu bukan lagi kerana allah, maka ia tidak dikira sebagai ibadat...
Pengajarannya disini, berbuat seseuatu, hendaklah kita niatkan kerana Allah. Malah, kita berforum pun, jika kerana Allah, insya allah, pahala ganjarannya kerana rahmat Allah itu amat luas.Semoga kita sentiasa berada di landasanNya, dan moga2 tuhan tidak memesongkan hati kita setelah diberi petunjuk... Amin.
Dan, hati2..... pernah dengar Zikir Saidina Ali? zikir inilah yang digunakan oleh Saidina Ali sewaktu berperang suatu masa dahulu.... di malaysia, ia dibawa oleh Guru Kiai Salleh Batu Bara... beliau diijazahkan di Mekah sewaktu belajar di sana... dan di tanah melayu kita, ilmu ni pernah dipraktikkan, dengan nama selendang merah...
-faizal
Inilah yg menyebabkan perpecahan dikalangan umat Islam ketika mangkatnya Saidina Ali a.s. Dan itu juga penyebab terjadinya 2 puak iaitu puak Sunnah dan puak Syiah. Puak syiah terjadi disebabkan penyokong Saidina Ali yg begitu fanatik dan taksub kepada Saidina Ali. Selepas kemangkatannya, beliau digantikan oleh Saidina Umar al-Khatab (kalo tak salah saya) yakni datuk kepada Saidina Abd Aziz. Disebabkan itu, pengikut2nya marah dan mengatakan kenapa pengganti Saidina Ali bukan dari keturunan yg sama. Dan mereka membuat pegangan mereka sendiri, pernah juga dikatakan bacaan tahhiyat yg dibaca mereka ditambah dgn selawat keatas Saidina Ali. Sebenarnya Saidina Ali sememangnya insan yg warak, zuhud dan mulia. Hanya kerana pengikutnya shj yg begitu taksub. Ada juga cerita mengatakan, pada satu ketika, perdana menteri Iran (Iran adalah sebuah negara paling ramai puak Syiah) datang ke mesir utk melawat makam Rasullah s.a.w dan para sahabat. Kedatangan perdana menteri tersebut diiringi oleh Mufti besar mesir ketika itu. Sampai shj dikawasan makam, perdana menteri tersebut melawat makam Saidina Ali, dgn penuh kesedihan, keinsafan dan kerinduan yg teramat sgt perdana menteri tersebut ketika membaca doa dan di ikuti makam Rasullah s.a.w. tetapi bila sampai shj dihadapan makan Saidina Umar Al-Khatab, dia mula memaki hamun. Mufti yg mengirinya terkejut namun tak dpt berbuat apa2 krn rasa hormatnya kpd tetamu besar itu. setelah selesai, mufti itu pun pulang kerumah. mlm tersebut mufti itu bermimpi didatangi Rasullah s.a.w yg menyatakan baginda amat terkilan dgn sikap mufti itu yg berdiam diri ketika ada orang mencaci sahabat baginda. Dgn rasa kesal, pada kutbah Jumaat, Mufti tersebut menceritakan segala yg berlaku kepada sidang jemaah. Terkejut dgn tindakan itu, kerajaan Mesir memecatnya dari menjadi mufti.
Itulah sedikit sebanyak yg saya tau. Moralnya, jgn begitu taksub keatas apa2 perkara skalipun.. kerana yg maha kuasa hanyalah Allah s.w.t.
-Selamat Hari Raya A'idil Fitri, Salam Tulus Ikhlas dari saya - Eddy. Maaf Zahir batin.. (tumpang wat ucapan, hehe)
menarik sungguh cerita dan nasihat yang diberi, nasihat saya cuma lengkap kan diri dengan yang asas sebelum nak mendalami sesuatu ilmu kebatinan. allah anugerahkan kita akal untuk berfikir, sebelum terima sesuatu ilmu fikir dulu baik buruknya.