Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: DAP niat jahat


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:
DAP niat jahat


DAP niat jahat - Pemuda -- Dakwa Tunku Abdul Rahman bukan pejuang sebenar kemerdekaan

Oleh HAIRULAZIM MAHMUD dan ZABRY MOHAMAD



KUALA LUMPUR 4 Sept. - Pergerakan Pemuda UMNO menganggap DAP berniat jahat dan cuba menafikan sejarah negara apabila mendakwa pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu termasuk Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra bukannya pejuang sebenar kemerdekaan.


Laman web rasmi DAP sebaliknya menyebut pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan, Chin Peng, turut menyumbangkan kepada kemerdekaan negara.


Tindakan parti pembangkang itu, tegas Pemuda UMNO, hanya mahu mengelirukan rakyat dan menafikan catatan sejarah sambil mengiktiraf perjuangan PKM kononnya berperanan sehingga Tanah Melayu diberi kemerdekaan oleh British.


Pemuda UMNO mengingatkan DAP, matlamat PKM sebaliknya ialah untuk mewujudkan sebuah negara komunis.


Pergerakan itu turut terkejut apabila isu tidak berasas tersebut dibangkitkan secara membuta tuli, sejurus selepas rakyat meraikan Hari Kemerdekaan ke-48 dengan penuh semangat cintakan negara.


Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sehubungan itu mencabar Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang yang juga bekas Pengerusi DAP membangkitkan perkara itu di Parlimen bagi memperjelaskan kenyataan tersebut adalah pendirian parti, bukannya kenyataan individu.


``Kita cabar Kit Siang sebut perkara ini di Parlimen pada sidang akan datang sebab kita nak tahu adakah ini pendirian DAP atau pandangan peribadi semata-mata.


``Jika dia berdiam sekali pun, kita anggap dia bersetuju (Kit Siang) dengan kenyataan itu dan tindakan selanjutnya akan kita buat.


``Dengan itu juga, rakyat boleh menilai dan sedar sendiri siapa DAP ini sebenarnya yang cuba menulis semula sejarah,'' tegasnya pada sidang akhbar khas di ibu pejabat pergerakan itu di sini hari ini.


Beliau mengulas kenyataan oleh Setiausaha Biro Antarabangsa DAP, Ronnie Liu yang mendakwa bahawa buku teks sejarah yang dipelajari di sekolah-sekolah ketika ini tidak memberi gambaran sebenar tentang kemerdekaan negara.


Sebaliknya, Ronnie berkata, pemimpin-pemimpin UMNO pasca merdeka adalah para pegawai kanan penjajah British.


Kenyataan bertajuk `Pejuang-pejuang sebenar kemerdekaan' yang dikeluarkan Sabtu lepas itu menyebut, mereka yang dimaksudkan itu termasuk keempat-empat Perdana Menteri sebelum ini iaitu Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Paling mengejutkan, Ronnie mengiktiraf peranan puak komunis pimpinan Chin Peng dengan mendakwa tanpa desakan dan tekanan PKM, British tidak akan memberi kemerdekaan tanpa peperangan yang dikecapi sehingga kini.


Khairy berkata, Pemuda UMNO kesal dengan sikap Ronnie yang mengiktiraf PKM sedangkan puak itu adalah punca banyak penduduk Tanah Melayu terkorban kerana benci dan menentang komunis.


``Kita bimbang dengan cara pengiktirafan ini diberikan oleh pembangkang dan ini kita boleh katakan sebagai ekstrem,'' tegasnya.


Sementara itu pakar sejarah dari Universiti Malaya, Profesor Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim berkata, tindakan DAP itu adalah untuk menafikan bahawa Parti Perikatan atau sekarang Barisan Nasional sebagai juara kemerdekaan tanah air.


``Lagipun, perlu dijelaskan bahawa matlamat PKM bukan mahu mewujudkan negara merdeka tetapi mengusir penjajah dan menjadikan Tanah Melayu sebagai negara komunis selaras dengan orde komunis dunia.


``Jika negara komunis wujud maka nasionalisme tidak wujud,'' katanya.


Jelasnya, masyarakat tidak seharusnya lupa bahawa rundingan kemerdekaan diketuai sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.


Penganalisis sejarah, Datuk Ramlah Adam berkata, dakwaan DAP itu tidak benar dan tidak berasas kerana UMNO merupakan parti yang bertanggungjawab sehingga Tanah Melayu merdeka.


Katanya, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang berhaluan kiri sebenarnya tidak memperjuangkan Tanah Melayu merdeka sebaliknya bekerjasama dengan PKM.


Sementara itu, Ronnie ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini berkata, kenyataan yang dikeluarkan itu merupakan pandangan peribadi beliau dan bukan mewakili parti.


Jelasnya, sudah menjadi kebiasaan dalam parti di mana pemimpin-pemimpin DAP membuat kenyataan sedemikian.


Beliau memberitahu, tujuan kenyataan itu dikeluarkan untuk menerangkan kepada generasi muda di negara ini bahawa terdapat banyak lagi organisasi selain UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan negara.


___________________________________________________________________________




Tanniah kepada saudara Khairy Jamaluddin kerana berjaya membangkitkan isu ini.



 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:

salam..


aku rasa la kan,Ronnie ni pun mmg suku sakat org komunis.


 



__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum to all,


DAP nih pun adik beradik komunis gak....pasai tu nak bawak masok abang besar diorg....kot ada chance dapat pengampunan ka....bukan tak tau....Time mahathir dulu sapa pun tak berani angkat muka...time paklah nih satu2 diorg bwk kluaq....paklah kena tegas skit nih....lembut sgt diorg pijak kepala....tau saja depa nih diberi betis nak paha....



-- Edited by DewaPetir at 10:15, 2005-09-06

__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

kita semua mesti mainkan peranan untuk pertahankan tanah air dari anasir jahat

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

busuk punya kaki..............


puak ni memang cam turrrrrrrrrrrr.................///



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:

 
Follow up kepada berita semalam
DAP dituntut mohon maaf

Oleh Mustafa Kamal Basri dan HERMAN HAMID



KUALA LUMPUR 5 Sept. - Para pemimpin Barisan Nasional (BN) menuntut DAP memohon maaf kerana membuat kenyataan tidak mengiktiraf Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan tiga bekas Perdana Menteri sebagai pejuang sebenar kemerdekaan.


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga mendesak DAP mengeluarkan dengan serta-merta artikel yang ditulis oleh Setiausaha Biro Antarabangsa DAP, Ronnie Liu berhubung perkara tersebut, dari laman web rasmi parti itu.


``Pemuda UMNO juga mencabar parti-parti pembangkang yang bersekongkol dengan DAP untuk menjelaskan pendirian masing-masing sama ada bersetuju dengan DAP yang mendakwa komunis juga merupakan pejuang kemerdekaan.


``Bagi kita, artikel Ronnie itu adalah sangat jahat dan ia ternyata bermain dengan api.


``Pemuda UMNO tidak akan membiarkan DAP berterusan memperlekeh dan menidakkan pengorbanan para pejuang kemerdekaan negara,'' katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di sini hari ini.


Turut hadir Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan kesemua Exco Pemuda yang lain.


Semalam, Khairy mendedahkan mengenai artikel Ronnie itu yang menyebut pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan, Chin Peng turut menyumbangkan kepada kemerdekaan negara.


Sebaliknya, Ronnie berkata, pemimpin-pemimpin UMNO pascamerdeka yang merupakan para pegawai kanan British adalah rakan rapat penjajah.


Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Kiat juga mengecam DAP dan mahu parti itu memohon maaf kepada rakyat Malaysia terutama generasi muda kerana cuba mengelirukan fakta dan memutarbelitkan sejarah.


``Sejarah tidak boleh menafikan perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu seperti Allahyarham Tun Razak, mendiang Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan dalam memperjuangkan kemerdekaan negara,'' katanya.


Katanya, kesemua pemimpin itu telah bersama-sama membantu Tunku dalam menuntut kemerdekaan daripada British.


``Hanya orang yang buta sejarah sahaja akan menafikan kenyataan sejarah itu,'' katanya.


Tee Kiat berkata, DAP tidak boleh samakan perjuangan PKM menentang Jepun dengan perjuangan Tunku dan rakan-rakannya bagi menuntut kemerdekaan.


``Dalam perjuangan menentang Jepun, bukan PKM sahaja terlibat malahan banyak pihak lain termasuk orang Melayu, Cina dan India telah turut sama,'' katanya.


Ketua Pemuda Gerakan, Datuk Mah Siew Keong turut mahu DAP memohon maaf kerana mempolitikkan isu itu.


Katanya, DAP tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sehingga menjejaskan ketokohan Tunku dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain.


Sementara itu Naib Presiden MIC, Datuk S. Veerasingam mengecam DAP kerana menafikan perjuangan rakyat yang dipimpin oleh Tunku dan pemimpin-pemimpin Perikatan lain dalam menuntut kemerdekaan.


``Tunku dan pemimpin lain sehinggalah Dr. Mahathir telah banyak berjasa kepada negara,'' katanya.


``DAP harus bertanggungjawab atas perbuatannya mengelirukan rakyat tentang perjuangan kemerdekaan sebenar,'' katanya.




______________________________________________________________________________


 


Pendapat Peribadi saya...


Selain dari Pemuda Umno, NGO Melayu dan Persatuan Belia Melayu (Belia 4B dll) yang lain juga perlu lantang menyuarakan pendapat mereka dalam isu sesensitif ini.


Biar masyarakat amnya sedar bahawa SUARA LANTANG MELAYU akan kedengaran jika isu-isu seperti ini dibangkitkan.


Ws



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:

cuba tengok dari sudut pandangan yang lain.......


Khairy Jamaluddin has twisted my statement, Ronnie Liu
Monday, September 05 @ 20:00:48 MYT


By Ronnie Liu Tian Khiew


I refer to my statement written on the history of Merdeka on 1 September, 2005 which was twisted and distorted by UMNO Youth Deputy President to make himself as a hero of the Malays.


I wish to state categorically that I have never rejected Tunku Abdul Rahman as Bapa Merdeka. Never in my statement are such words found and I challenge Khairy to a public debate to prove that I had rejected Tunku Abdul Rahman as Bapa Merdeka.

Apart from accepting Tunku Abdul Rahman as Bapa Merdeka, I had also stressed that Independence was achieved not only by UMNO but also by other Malaysians, including non-Malays and Malays not in UMNO.

The reason for writing the statement was to get Malaysians in general and young generations in particular to understand the history of Malaysia .I wanted to remind Malaysians that we have what we have today, a beautiful Malaysia, was the fruit of blood, sweat and tears of our forefathers of all races.

I wanted young Malaysians to know the history of independence, and I believe that we should not take for granted for what we have today.

It's my hope that all Malaysians will continue to work together for a better Malaysia in the true spirit of Muhibah and Merdeka.

I was shocked and saddened to learn that Khairy Jamaluddin, UMNO Youth deputy chief, has twisted the facts of my statement in his press conference on Sunday.

His story was carried by Utusan Malaysia on its front page today. Several English and Chinese dailies also carried the story briefly. I was told that Khairy's story was also featured over the news segment by some local TV stations.

He has accused me of not recognizing Tunku Abdul Rahman as the Bapak Merdeka (Father of Independence), but instead recognizing Chin Peng as the real fighter for independence in the said statement. These serious accusations are untrue and unfair to me. I reiterate that I never said that our late Tunku was not the Bapak Merdeka (Father of Independence) in my statement. Further, I had only quoted then IGP Tan Sri Rahim Noor's remarks on Chin Peng on signing the peace accord with the MCP.

Just like all other Malaysians, I too recognize Tunku Abdul Rahman as our Bapak Merdeka. The late Tunku had led Malayans (now Malaysians) of all races in the struggle for independence, to free our nation from the stranglehold of the British colonials.

Perhaps my way of writing and the choice of words were not polished and well-rounded as it should be.

I suggest those who are interested in understanding the issue to also read the Form 5 History textbooks (published by Dewan Bahasa Dan Pustaka) currently used in national secondary schools. Most of the Merdeka fighters mentioned in my earlier statement could be found there.

I hope that Khairy has the courage to debate with me to either back up his false accusations against me or any other matter he may desire. I leave it to Khairy to set the time and place, anytime, anyplace, and anywhere.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:

satu lagi view...


Khairy menggemis publisiti murahan
Tuesday, September 06 @ 14:44:01 MYT


Oleh ROSLAN SMS
roslan_s@yahoo.com


Akhbar UTUSAN MALAYSIA semalam sebagaimana biasa bertindak sebagai dapur membakar api yang dicucuh oleh Umno. Kali ini giliran Khairy Jamaluddin Naib Ketua Pemuda Umno untuk mencucuh.

Tajuk utama UTUSAN semalam:

DAP niat jahat Dakwa Tunku Abdul Rahman bukan pejuang sebenar kemerdekaan :Pemuda

Kononnya atas sikap penuh prihatin menantu Pak Lah itu mendedahkan bahawa Ronnie Liu, Setiausaha Biro Antarabangsa DAP telah mendakwa pertama: bahawa Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman bukannya pejuang sebenar kemerdekaan. Dan keduanya: pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan, Chin Peng, turut menyumbangkan kepada kemerdekaan negara.

Lalu dengan berang dan marah di depan kaca TV Khairy mencabar pemimpin DAP yang juga Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang untuk berbahas berkenaan perkara ini di Parlimen. Kata Khairy kenyataan Ronnie itu mengelirukan rakyat dan menafikan catatan sejarah sambil mengiktiraf perjuangan PKM.

Dan dalam akhbar UTUSAN hari ini pula (yang masih menjulang-julangkan api di dapur kayunya itu) Ketua Pemuda Hishamuddin Tun Hussien menuntut agar DAP memohon maaf, dan gesaannya turut disahut oleh kalangan rakan-rakannya dalam komponan BN. Malah Hishamuddin turut mencabar:

Pemuda UMNO juga mencabar parti-parti pembangkang yang bersekongkol dengan DAP untuk menjelaskan pendirian masing-masing sama ada bersetuju dengan DAP yang mendakwa komunis juga merupakan pejuang kemerdekaan.

Soalnya di sini apakah sebenarnya yang telah ditulis oleh Ronnie itu ? Benarkah dakwaan Khairy? Siapakah yang berbohong dan mengelirukan rakyat?

Saya telah membaca sepenuhnya artikel Ronnie yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu. Tajuk artikel Ronnie adalah:

The real fighters for MERDEKA ataupun Pejuang KEMEREDEKAAN yang sebenar

Artikel Ronnie bermaksud khusus menyuluh kembali sejarah kemerdekaan tanahair dan pejuangan menujunya. Benar sebagaimana Ronnie menulis:

The history textbooks they studied in schools do not give them the real picture.

Buku- buku sejarah anak-anak kita di sekolah tidak menggambarkan keadaan sebenar darihal perjuangan menuntut kemerdekaan.

Ronnie di dalam artikelnya tidak sekali-kali menafi kedudukan Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan. Cuma yang dibangkitkan beliau adalah peranan banyak pihak lain yang sebenarnya telah memungkinkan kemerdekaan itu dicapai.

Kata Ronnie:

Umno leaders were treated as friends of the British. Together with the leaders of MCA and MIC, they cooperated with the British master to negotiate for the Independence of Malaya.






Advertising



Memang penjajah British senang dan selesa dengan tokoh-tokoh Umno, MCA dan MIC, kecuali Khairy boleh mengemukakan fakta menafikannya. Yang British bimbang, yang British gusar menurut sejarah adalah golongan di luar Umno yang ketika itu turut aktif, malah antara yang terawal melaungkan laungan MERDEKA! Mereka ini dari golongan kelas bawahan dan mendapat sokongan rakyat jelata.

Mereka ini British cap sebagai ektrimis, golongan kiri dan apa sahaja gelaran yang boleh mematahkan simpati dan sokongan orang ramai terhadap mereka. Mereka adalah Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang melahirkan Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), BATAS, MATA dan lain-lain termasuklah Hizbul Muslimin iaitu antara parti Islam yang terawal. Sedangkan ketika itu Umno sekadar asyik dengan slogan HIDUP MELAYU nya sahaja.

Hakikatnya Umno dan kerabatnya dalam Perikatan dianugerahkan kuasa dalam suasana tiada saingan. Kerana segala saingan yang ada telah berjaya dipatahkan oleh pihak British. Itulah yang cuba dikemukakan oleh Ronnie, suatu fakta yang Khairy boleh dapati kalau dia merujuk kepada tulisan para pengkaji sejarah yang lain selain dari teks sejarah di sekolah-sekolah.

Britishlah yang telah mengisytiharkan darurat pada 20 Jun 1948 atas alasan suasana negara ketika itu tegang dan telah menangkap hampir keseluruhan pimpinan parti-parti yang dianggapnya kiri. Kesemua parti-parti ini kemudiannya diharamkan sehingga tinggallah Umno, MCA dan MIC tanpa saingan untuk memudahkan British mengalihkan kuasa negara Malaya Merdeka kepada mereka.

Ketika itulah juga laungan Hidup Melayu yang dimainkan Umno tiba-tiba ditukar kepada Merdeka.

Tak perlulah Khairy dan Hishamuddin cabar-mencabar sesiapa, kerana demikianlah hakikat dan fakta sejarah yang tidak boleh dipadam atau dirobah oleh sesiapa pun. Upahlah mana-mana professor kangkong untuk bersetuju dengan mereka namun ianya tidak dapat memendamkan apa yang sebenarnya telah berlaku.

Kesimpulannya tiada siapa yang menafikan Almarhum Tunku (yang dipenghujung hayatnya telah diserang dan dibuang oleh Umno sendiri) tegak berdiri dalam sejarah sebagai Bapa Kemerdekaan. Namun sejarah juga membuktikan bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan itu sebenarnya tidak melibatkan Tunku dan Umno sahaja, tetapi banyak pihak lain yang telah menderita berkorban nyawa dan airmata, merengkok dalam penjara semata-mata kerana mahu memerdekakan negara.

Dan dalam bab PKM pula, Ronnie sebenarnya memetik apa yang telah diperakui oleh bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor bahawa pihak British sesungguhnya tidak akan menyerahkan kemerdekaan negara kiranya tiada tekanan dari pihak PKM yang diketuai oleh Chin Peng.

Janganlah mencari publisiti murahan sehingga terpaksa menangguk di air keroh. Saya pasti banyak lagi agenda Melayu yang belum atau gagal dibereskan oleh Pemuda Umno, berilah tumpuan kepada perkara itu, tak perlulah mengemis publisiti murahan seumpama ini.

Dan Khairy pula kalau nak mencabar Kit Siang berdebat di Parlimen, mintalah Pak Lah kosongkan kerusi Kepala Batas terlebih dahulu agar boleh beliau bertanding dan menjadi ahli parlimen, barulah boleh berdebat di Parlimen!

Tak tahulah berapa lama dapur UTUSAN akan terus membara, yang pastinya melalui publisiti ini dapatlah menantu Pak Lah menonjolkan diri kononnya sebagai wira bangsa Melayu (itupun bagi mereka yang boleh percaya).



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

La ni sapa yg betul sebenarnya???



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum to all,


kalo dah pembangkang tu mesti dier sokong pembangkang....tak kire ler syaitan ka apa ka...ader la org pembangkang bagitau aku....baru jadik pembangkang sejati katanye....



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:

selidik la dulu berita yang disampaikan...  dari orang macamana... jangan suburkan fitnah... jangan aniaya org...


not an UMNO... bukan org PAS...



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:

 


Assalamualaikum Semua.


Firstly thanks tontoyo atas penjelasan yang diberikan.


Memang tidak dinafikan kemungkinan Saudara Khairy Jamaluddin memutar-belit fakta atas dasar ingin mendapatkan "mileage politik".


But still ... Perkara yang sama juga mungkin dilakukan oleh Ronnie Liu.


Quote Ronnie sendiri:


I hope that Khairy has the courage to debate with me to either back up his false accusations against me or any other matter he may desire. I leave it to Khairy to set the time and place, anytime, anyplace, and anywhere.


My personal view is:


IF MR RONNIE THINK THAT KHAIRY IS DEFAMING HIM BY TWISTING THE FACTS OF HIS STATEMENT THEN MAYBE RONNIE SHOULD TAKE HIM TO COURT.


At least... ada juga suara-suara yang berani memperjuangkan status quo orang-orang melayu. (Orang-orang yang lantang perlu ada agar bangsa-bangsa lain sedar tempat mereka di Malaysia)


Kalau tak, lambat-laun akan ada juga manusia yang akan berani mendesak agar HAK ISTIMEWA MELAYU dibubarkan. (Dah ada pun sebenarnya ... tuntutan suqiu dan M.Kayveas contohnya)


Apapun... tontoyo mungkin boleh dapatnya teks asal statement Ronnie Liu didalam webpage DAP untuk kita kaji bersama samada kenyataan Ronnie itu diputar belit atau pun tidak.


Hairan kan, kenapa kenyatan asal Ronnie di tarik dari website DAP setelah perkara ini di highlight oleh Saudara Khairy?


 


 



-- Edited by along513 at 17:15, 2005-09-07

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:

 


Assalamualaikum...


Satu lagi view


sedarkah saudara tontoyo sedang menyokong sebuah parti berasaskan socialism yang merasakan pemberian HAK ISTIMEWA MELAYU merupakan sesuatu yang RACIST dan TIDAK ADIL.


 


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:

DAP tetap DAP... apalak kena mengena dgn saya... tapi nak buat apa ikut anjing menyalak... nak kata pembela melayu tak juga... pembela islam jauh sekali.... jgn la kita pulak tolong jadi batu apinya...



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 14
Date:

along513 wrote:


Hairan kan, kenapa kenyatan asal Ronnie di tarik dari website DAP setelah perkara ini di highlight oleh Saudara Khairy?    -- Edited by along513 at 17:15, 2005-09-07


 




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:

yang lebih menghairankan walau apa pun yang di labelkan pada DAP... DAP tetap wujud... ...


apa pentingnya DAP ni pada UMNO



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


NO comment...Politic ni saya tak amik port...tapi jagalah setiap benda yg anda tulis kerana web ni dipantau oleh org atasan...Harap semua faham...


 


P/S:Jaga2 nanti kena bann...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:

terima kasih diatas peringatan....


respond spontan disebabkan isu2 begini yang mengeruhkan keharmonian saya dgn jiran tetangga yg bukan melayu...


p/s btw kita penah jumpe ke?



-- Edited by tontoyo at 12:26, 2005-09-08

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 14
Date:

tontoyo wrote:


yang lebih menghairankan walau apa pun yang di labelkan pada DAP... DAP tetap wujud... :biggrin:... apa pentingnya DAP ni pada UMNO


DAP tetap wujud adalah disebabkan oleh sokongan rakyat terhadap pendirian mereka (rata-ratanya anti melayu)


Pentingnya DAP ini pada UMNO... to play the devil advocate....hehe...


Sengaja sebenarnya diwujudkan isu agak dapat digembar-gemburkan dalam media.


It's a win-win situation for both party actually, both UMNO and DAP akan mendapat popular support dari targeted audience mereka tanpa berebut undi sesama mereka.


 


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:

alhamdulillah tajalli30,


anda boleh nampak dgn jelas...



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:

tontoyo wrote:


 respond spontan disebabkan isu2 begini yang mengeruhkan keharmonian saya dgn jiran tetangga yg bukan melayu...:Edited by tontoyo at 12:26, 2005-09-08


Assalamualaikum...


Saya harap semua kat sini tak payah lah jadi hipokrit... Scenario yang saya quote kat atas tu hanya akan terjadi sekiranya wujudnya ketidakharmonian racial...


If racial harmony was a true reality in Malaysia, takkan ada perasaan sebegitu atas pihak saudara tontoyo sendiri. (Saudara sendiri mengaku sedikit sebanyak keharmonian itu tergugat... sila explain sekiranya saya tersalah paham erti statement yang saya quote diatas..)


Saya harap semua di sini boleh mendapatkan satu salinan buku "The Malay Dilemma" tulisan Tun Dr Mahathir  yang ditulis selepas kejadian 13 May (513). Beliau men-highlight keadaan social "masyarakat majmuk" malaysia sebelum kejadian 13 Mei.


Jika diperhatikan apa yang diutarakan oleh beliau di dalam buku tersebut  dengan realiti keadaan social-politik semasa masih banyak persamaan nya walau pun sudah 36 tahun berlalu.


saya akhiri posting ini dengan update terkini berkenaan isu ini. Also thanks for all atas feedback semua terutama Saudara Tontoyo dan saya memimta maaf sekiranya ada tersalah bahasa dengan saudara.


Just trying to prove my point.


Dr. M: Tindakan DAP seperti episod wayang kulit

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan DAP mengiktiraf pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan seperti satu episod wayang kulit.


Bekas Perdana Menteri berkata, PKM yang diharamkan itu bukan sahaja mahu menubuhkan kerajaan autoritarian tetapi juga mahu menyemai ideologi komunis.


``Chin Peng mahu menubuhkan rejim komunis dengan dia sendiri menjadi pemimpinnya, dan saya tidak fikir rakyat menyokong idea itu,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Hari Hak Asasi Manusia Malaysia anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di sini hari ini.


Mengenai hak Chin Peng untuk kembali ke negara ini, beliau berkata, terpulanglah kepada mahkamah membuat keputusan berhubung perkara itu.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

mungkin masyarakat Malaysia pun tidak akan menerima chin peng,setelah apa yang dilakukannya terhadap rakyat Malaysia satu ketika dulu..

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:

waalaikumussalam,


kalau tak ada "sumbangan" drpd orng2 politik ni pun kita dah duduk dlm keadaan berburuk sangka, dari masa ke semasa suasana (keadaan berburuk sangka) itu akan disegarkan (untuk mengekalkan konsep "pecah dan perintah") supaya tidak berlaku pernyatuan diantara kaum yang boleh menggugat pemegang kuasa.


pkm dulu disokong british sebab british pun tak nak berperang dgn jepun. pkm diajar peperangan secara gerila, diberi bantuan senjata dll... takkanlah dgn "pengorbanan" pkm, pkm tak nak apa2...


sesungguhnya allah tak menjadikan sesuatu itu sia2... tekanan dari pkm dan tuntutan kemerdekaan dari pelbagai pihak telah berjaya memerdekakan malaysia... cuma pkm tetap dgn agendanya sendiri. kita wajib menolak pkm disebabkan ideologi dan jenayahnya. kita pun tak perlu menerima chin peng kembali ke sini.


tapi kita kena ingat dengan pembubaran pkm, pkm tidak lagi berupa atau berbentuk dan menjadi lebih merbahaya kecualilah ideologinya turut pupus.


keharmonian kaum tak kan wujud selagi tiada usaha untuk mewujudkannya secara serius... sumbangan setiap individu diperlukan... dan perubahan pun bukan sekelip mata... semoga 36 tahun dulu tidak tetap sama dgn 36 tahun akan datang....


yang wajib kita usahakan ialah mendapatkan keredaan allah untuk hidup di buminya...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:

Komunis: Bila terkena batang hidung MCA Pemuda Umno sepi menikus
Wednesday, September 14 @ 12:48:56 MYT


ROSLAN SMS
roslan_s@yahoo.com

Dalam keghairahan Pemuda Umno menuduh DAP bersimpati dan menjulang nama dan perjuangan kominis ekoran isu siapa pejuang kemerdekaan sebenarnya, tiba-tiba MCA pula dituduh komunis.

Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, Pemuda Umno sepatutnya siasat rakan karibnya MCA terlebih dahulu kerana menurut laporan (sila lihat Malaysiakini) MCA bercadang mewujudkan sekolah latihan berdasarkan model sekolah latihan perkaderan komunis yang terdapat di Republik Rakyat China.

Laporan kenyataan Husam oleh Harakahdaily

Malah satu rombongan pemimpin kanan MCA diketuai Setiausaha Agung MCA Ong Ka Chuan (abang kepada Presiden MCA Ka Ting) dan Dr Hon Choon Kim telah pun mengunjungi China minggu lalu bagi tujuan ini.

Soalnya mengapa perlu belajar dari sebuah parti yang jelas mendukung dan memperjuangkan ideologi komunis, yang dibenci dan ditentang sangat-sangat oleh Pemuda Umno sejak kebelakangan ini?

Mengulas kenyataan Husam, Ka Ting dalam akhbar THE SUN hari ini menjelaskan:

He said MCAs cadre training concept, which PAS said was inspired by the Chinese Communist Party, has been around for umpteen years and it is our internal affair.

Kata beliau konsep latihan perkaderan MCA, yang PAS tuduh sebagai diilhamkan dari Parti Komunis China, sebenarnya telah wujud sekian lama, dan ini merupakan masalah dalaman kami.

Bila Ronnie Liu dari DAP menyentuh sedikit darihal sumbangan PKM terhadap kemerdekaan negara (itupun memetik kata-kata bekas KPN Rahim Nor) melompat dan melatah Pemuda Umno, menghujankan DAP dengan maki hamun dan pelbagai tuduhan termasuklah anti nasional dan seumpamanya.

Akan tetapi bila rakan mereka sendiri yang tidur sebantal dengan mereka bertindak lebih jauh dari itu, pakat senyap membisu dan menikus sahaja Pemuda Umno.

DAP baru menulis satu artikel itupun oleh seorang pemimpinnya, sedangkan MCA bertindak mempelajari dan menimba ilmu Parti Komunis Cina atas keputusan dan restu parti secara keseluruhan!

Kalau dengan satu artikel dah jadi anti nasional, bagaimana bila berkongsi modul latihan dan gerak kerja?

Kasihan Pemuda Umno asyik leka bersilat tak sedar ikatan kain dipinggang dah terlondeh sampai ke buku lali!

JEMPUT KE BLOG ROSLAN SMS



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Saudara Tontoyo seorang yg berani dan ternyata ada pandangan tersendiri beliau atas isu ini....memang isu ni agak kontroversi..kadang2 kita seperti bergaduh sesama kita....hmm..entahlah...ada yg mengikut arus..ada yg menongkah arus...tapi apa yg penting jaga kekuatan ikatan bangsa melayu tercinta ini.....soal isu ini....saya tiada komen selain pendapat peribadi yg hanya saya yg tahu...tapi sebagai anak melayu..kesetiaan yg teramat tinggi diberikan kepada DuliYgTeramat MuliaYg DiPertuan Agong yg mengetuai adatistiadat melayu dan Agama Islam di Malaysia dan paling penting Baginda adalah Fil Marsyal( pemerintah mutlak ) Angkatan Tentera Malaysia...selagi Melayu menjadi bangsa yg menguasai Tentera..kita tidak perlu risau..Kuasa Penggempur dalam tangan kita...........HIDUP MELAYU!!!!!!


salam perjuangan..............



__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:

terima kasih saudara sang simba... kita sepatutnya ada objektif dan tidak terburu-buru dalam memberi sokongan atau menentang... tidak ada kekuatan pada melayu itu kalau islamnya lemah...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard