Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PM jamin kurangkan beban rakyat


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
PM jamin kurangkan beban rakyat


PUTRAJAYA 5 Sept. - Kerajaan memberi jaminan akan tetap membantu rakyat mengurangkan tekanan dan bebanan perbelanjaan ekoran kenaikan harga minyak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Kabinet akan membincangkan formula penyelesaian tersebut Rabu ini supaya kenaikan bahan api itu tidak menyusahkan rakyat.


Kerajaan, tegas beliau, akan menggunakan apa jua pendekatan untuk membantu rakyat pada masa rakyat memerlukan bantuan.


``Mudah-mudahan dengan apa (keputusan) yang akan diambil Rabu ini, kita akan dapat membuat sesuatu untuk melegakan rakyat disebabkan kesusahan yang dihadapi dengan kenaikan harga minyak yang sedang kita hadapi sekarang ini,'' katanya.


Abdullah berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini.


Bagaimanapun beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, dalam menghadapi `masa susah' seperti ini, rakyat perlu bersama-sama kerajaan dan bersedia membuat pengorbanan bagi memastikan pendekatan yang diambil kelak berjaya.


Beliau berkata: ``Masa senang kita boleh buat cara senang, masa susah, kita mesti berfikir bagaimana hendak mengatasi kesusahan itu.''


Perdana Menteri mengingatkan, kehidupan di mana-mana negara pun tidak akan selesa selama-lamanya.


``Kita kena faham apabila kita ada masalah, tindakan dalam menghadapi masalah tidak sama dengan yang apa kita buat masa kita hadapi situasi senang, masa susah lain, masa senang lain.


``Apa yang penting kita mesti berprinsip. Kita mesti tunjukkan sikap berusaha kita tanda sayangkan negara,'' tegas beliau.


Harga minyak mentah kini melebihi AS$60 setong dan ada kalanya mencecah AS$70 setong.


Minggu lalu Perdana Menteri berkata, kerajaan sedang menimbang untuk mengurangkan cukai jalan kenderaan dan tidak menaikkan kadar tol lebuh raya dalam usaha mengurangkan kesan kenaikan harga minyak kepada rakyat.


Dalam ucapannya, Abdullah turut menarik perhatian kakitangan awam agar bekerja bersungguh-sungguh untuk membantu kerajaan menghadapi persaingan di peringkat global.


Perdana Menteri menambah, persaingan di peringkat global bukan satu perkara mudah kerana ia perlukan persediaan yang rapi.


``Kita tidak boleh bertanding di peringkat negeri atau daerah sahaja. Kita tidak boleh sekadar jadi juara kampung.


``Saya bukan beri nasihat yang lama, ini bukan tajuk lama atau basi kerana persaingan inilah yang harus kita tempuhi dan hadapi,'' katanya.


Sehubungan itu, katanya, kakitangan kerajaan perlu menambah nilai kebolehan masing-masing dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran bagi menghadapi persaingan itu.




__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:


 


mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm


payah nak kata


susah nak komen



__________________


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 3
Date:

amat menyokong....


pak lah memang mementingkan kebajikan rakyat.....


hidup paklah....



__________________
sains..............


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

hidup paklah....




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum to all,


saper dgq berita...cukai jalan utk kenderaan 1000cc ke bwh...di kurangkan 50 %...dan ada lagi cth toll jambatan ppinang tak jadik naik sampai thn 2006...ada lagi lupa laa...


hidup paklah...camtu la bantu rakyat...jgn takek jer keja nya...



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Itulah diantara usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat. Disamping itu juga, Kenaikan harga minyak dunia memaksa kerajaan untuk menaikkan harga minyak di M'sia dan bukannya ia dinaikkan dengan sewenang-wenangnya.  

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Pak lah sedang buat kerja dia yg dijanjikan masa pilihanraya dulu...........kata org biar diam2 ubi tapi berisi.........insyaAllah...dalam masa beberapa tahun lagi..kadar kenaikan harga barangan dapur yg dok bebankan emak2 kita nanti akan turun ke paras stabil..........banyak2 la beli bawang.hehehehe


 


HIDUP PAK LAH..............HIDUP UMNO!!!!!!!!!!!



__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard