Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BEZA ANTARA PEJUANG DAN PENGKHIANAT


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
BEZA ANTARA PEJUANG DAN PENGKHIANAT


Sesuatu percubaan untuk mengubah fakta sejarah, ia perlu dibuat melalui kajian ilmiah. Apatah lagi dalam soal sejarah kemerdekaan negara ini.

Tanpa bukti, tiada siapa pun berhak mendakwa bahawa Tunku Abdul Rahman dan para pemimpin UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan negara bukan pejuang sebenar.


Jika tujuan kenyataan dalam laman web rasmi DAP dikeluarkan untuk menerangkan kepada generasi muda di negara ini bahawa terdapat banyak lagi organisasi selain UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan negara, jangan ia dilakukan hingga mengelirukan sejarah.


Hakikat ini menggambarkan masih ada warganegara Malaysia yang buta sejarah tanah air sendiri. Kita bimbang jika rakyat tidak dapat membezakan antara pejuang, gerakan berhaluan kiri dan pengkhianat negara.


Bagaimana DAP boleh mengiktiraf Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipimpin oleh Chin Peng juga berperanan sebagai pejuang kemerdekaan. Bukti-bukti sejarah melalui rakaman filem, catatan perjanjian dan laporan di dalam surat khabar sudah cukup untuk membezakan siapa di sebelah pihak pejuang dan pemberontak.


Mana bukti menunjukkan PKM ingin memerdekakan atau membebaskan negara ini daripada penjajah? Memang benar kata Prof. Emeritus Datuk Khoo Kay Kim bahawa matlamat PKM bukan mahu mewujudkan negara merdeka tetapi hanya mahu mengusir penjajah Inggeris dan kemudian menjadikan Tanah Melayu sebagai negara komunis selaras dengan orde komunis dunia.


Jangan kita lupa sejarah tentang kekejaman anggota pengganas komunis yang dipimpin oleh PKM. Sejak tahun 1948 hingga 1960, PKM yang cuba mengucar-ngacirkan kestabilan politik dan ekonomi negara ini. Bahkan pengganas PKM juga sanggup membunuh dan merosakkan harta awam.


Ketenteraman dan keselamatan rakyat diancam semata-mata untuk mendesak orang ramai menyokong perjuangan menjadikan Tanah Melayu ini negara komunis dan bukan mewujudkan negara merdeka dalam erti sebenar daripada penjajahan mana-mana ideologi atau kuasa besar.


Jadi, bekas pemimpin dan anggota PKM sama ada yang masih hidup atau mati, bukan pejuang kemerdekaan negara kita.


Oleh demikian agak sukar untuk golongan ini dilabelkan sebagai nasionalis. Kita perlu faham bahawa banyak pihak mendakwa mereka nasionalis sedangkan mereka adalah pengkhianat dan petualang bangsa dan negara.


Namun kita bersyukur kerana ramai anggota PKM sudah insaf keburukan dakyah komunis dan kembali ke pangkal jalan.


Begitu juga dengan pemimpin dan anggota Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKKM) yang berhaluan kiri. Akibat terpengaruh dengan dakyah PKM, perjuangan kemerdekaan gerakan ini terpesong daripada haluan sebenar.


Ketika kita berada dalam suasana Bulan Kemerdekaan ini, jangan ada mana-mana pihak cuba mengelirukan fakta sebenar tentang peranan Tunku Abdul Rahman dan pemimpin UMNO lain yang kemudian mengajak pemimpin MCA dan MIC bergabung dalam Parti Perikatan untuk menuntut kemerdekaan negara ini.




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

mereka ni mungkin agen gerakan komunis dimalaysia.sebab tu sokong sangat komunis.

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:

 


Assalamualaikum...


Couldn't agree more with you anakomar...


but the question remains...


Apakah kah sebenarnya motive/objective DAP mengeluarkan statement sebegitu?  


Mengapa orang seperti Ronnie Liu (berfahaman radical) diamanahkan untuk mengetuai Biro Antarabangasa DAP?


and most important of all


berapa ramai dari kaum cina yang berkongsi pendapat dengan Ronnie Liu?


are our chinese friends really our friend?


ws



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

along513 wrote:


  Assalamualaikum... Couldn't agree more with you anakomar... but the question remains... Apakah kah sebenarnya motive/objective DAP mengeluarkan statement sebegitu?   Mengapa orang seperti Ronnie Liu (berfahaman radical) diamanahkan untuk mengetuai Biro Antarabangasa DAP? and most important of all berapa ramai dari kaum cina yang berkongsi pendapat dengan Ronnie Liu? are our chinese friends really our friend? ws


        Not all of chinese is our friend but certain chinese is a good friend...


       Actually,maybe this statement came from politic issue...


        This issue can made a "sentiment" for malay people...


I hope that this issue will slow down and perhaps that khairi jamaludin can handle this...


        P/S: If we don't to return back to our history,we must together...


 



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

ayuh rapatkan barisan.....................

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

saff

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:


anakomar wrote:


Sesuatu percubaan untuk mengubah fakta sejarah, ia perlu dibuat melalui kajian ilmiah. Apatah lagi dalam soal sejarah kemerdekaan negara ini. Tanpa bukti, tiada siapa pun berhak mendakwa bahawa Tunku Abdul Rahman dan para pemimpin UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan negara bukan pejuang sebenar. Jika tujuan kenyataan dalam laman web rasmi DAP dikeluarkan untuk menerangkan kepada generasi muda di negara ini bahawa terdapat banyak lagi organisasi selain UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan negara, jangan ia dilakukan hingga mengelirukan sejarah. Hakikat ini menggambarkan masih ada warganegara Malaysia yang buta sejarah tanah air sendiri. Kita bimbang jika rakyat tidak dapat membezakan antara pejuang, gerakan berhaluan kiri dan pengkhianat negara. Bagaimana DAP boleh mengiktiraf Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipimpin oleh Chin Peng juga berperanan sebagai pejuang kemerdekaan. Bukti-bukti sejarah melalui rakaman filem, catatan perjanjian dan laporan di dalam surat khabar sudah cukup untuk membezakan siapa di sebelah pihak pejuang dan pemberontak. Mana bukti menunjukkan PKM ingin memerdekakan atau membebaskan negara ini daripada penjajah? Memang benar kata Prof. Emeritus Datuk Khoo Kay Kim bahawa matlamat PKM bukan mahu mewujudkan negara merdeka tetapi hanya mahu mengusir penjajah Inggeris dan kemudian menjadikan Tanah Melayu sebagai negara komunis selaras dengan orde komunis dunia. Jangan kita lupa sejarah tentang kekejaman anggota pengganas komunis yang dipimpin oleh PKM. Sejak tahun 1948 hingga 1960, PKM yang cuba mengucar-ngacirkan kestabilan politik dan ekonomi negara ini. Bahkan pengganas PKM juga sanggup membunuh dan merosakkan harta awam. Ketenteraman dan keselamatan rakyat diancam semata-mata untuk mendesak orang ramai menyokong perjuangan menjadikan Tanah Melayu ini negara komunis dan bukan mewujudkan negara merdeka dalam erti sebenar daripada penjajahan mana-mana ideologi atau kuasa besar. Jadi, bekas pemimpin dan anggota PKM sama ada yang masih hidup atau mati, bukan pejuang kemerdekaan negara kita. Oleh demikian agak sukar untuk golongan ini dilabelkan sebagai nasionalis. Kita perlu faham bahawa banyak pihak mendakwa mereka nasionalis sedangkan mereka adalah pengkhianat dan petualang bangsa dan negara. Namun kita bersyukur kerana ramai anggota PKM sudah insaf keburukan dakyah komunis dan kembali ke pangkal jalan. Begitu juga dengan pemimpin dan anggota Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKKM) yang berhaluan kiri. Akibat terpengaruh dengan dakyah PKM, perjuangan kemerdekaan gerakan ini terpesong daripada haluan sebenar. Ketika kita berada dalam suasana Bulan Kemerdekaan ini, jangan ada mana-mana pihak cuba mengelirukan fakta sebenar tentang peranan Tunku Abdul Rahman dan pemimpin UMNO lain yang kemudian mengajak pemimpin MCA dan MIC bergabung dalam Parti Perikatan untuk menuntut kemerdekaan negara ini.


askum to all,


sokong kenyataan ini...ada udang disebalik mee...bukan nak usir penjajah jer....masa tu diorg takler tekan ideologi komunis...pasai dah rasmi ideologi diorg tak percaya tuhan....org melayu maner leh terima...so diorg kata la nak usir penjajah..byk melayu masuk pkm pasai nih ler nak usir penjajah...cth pertubuhan berhaluan kiri spt API dan mcm2 lagi..



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard