Alhamdulillah pihak R&D dan 10 anggotanya bersama ayahanda Hj Malek Ranting, Kekanda Hatta, Bedul dan Aziz telah melakukan kerja amal bergotong royong membersihkan kawasan bersama penduduk taman melati pada hari sabtu 3 sept yang lepas.
Ketibaan anggota r&d yang datang dengan seragam t-shirt putih dan seluar hitam kelihatan begitu menggembirakan ketua penduduk dan ajk masyarakat setempat. Nama YB Dato Fuad dan Hj Malek Ranting kelihatan di sebut sebut dengan memuji kehadiran R&D bersama masyarakat di situ. Yang lebih memilukan lagi ialah bila pengerusi penduduk mengucapkan kesyukuran kepada Kanda Mas di atas kehadiran r&d dari Kajang yang sudah cukup menggembirakan hati mereka, dan tidak di harapkan untuk membantu melakukan kerja.
Alhamdulillah, jelas Pekida telah mendapat pujian dari usaha itu.
syabas diucapkan kepada semua... ramai yer yang ambik bahagian hari tu... tapi kalau dihebahkan dilaman web kita ni saya yakin lebih ramai yang akan menyertai apa saja program yang diadakan.
:- harapan dimasa hadapan agar ada yang sudi menghebahkan program yang baik seperti ini dan lain-lain program ke laman web kita. saya yakin lebih ramai yang hendak menyertai tapi tidak mendapat maklumat mengenainya. tak adil jika sekadar memaklumkan mengenai kenduri saja. (bila disebut kenduri memang dah pasti ramai yang akan datang) tapi program sebelum dan selepas kenduri jugak perlu dihebahkan untuk menunjukkan kekuatan perpaduan dan kerjasama dari kita semua...
Rnd insyallah merupakan pemangkin kebangkitan agama dan bangsa melayu di tanah air yg tercinta.teruskan usaha bagi menaikkan martabat PEKIDA dimata rakyat Malaysia yg tercinta.
Rnd insyallah merupakan pemangkin kebangkitan agama dan bangsa melayu di tanah air yg tercinta.teruskan usaha bagi menaikkan martabat PEKIDA dimata rakyat Malaysia yg tercinta.