Terdetik di hati bila terbaca kenyataan akhbar metro tentang Pusat Karaoke Haram Syurga Maksiat yang dirobohkan oleh Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia. Saya di sini bukan mencari musuh dengan sesiapa cuma bukankah keterlaluan perkara itu disebut SYURGA.Saya pernah ke tempat berkenaan bersama keluarga di taman Bolton dan ia adalah milik 'seorang pemimpin tempatan' yang juga adalah orang 30.Saya amat mengenali pemilik tersebut dan benarlah kata Imam Masjid Muhajirin bahawa tempat berkenaan bukanlah seperti yang digembargemburkan. Pengunjung boleh membawa sesiapa sahaja ke tempat berkenaan kecuali arak dan tidak dibenarkan berkelakuan kurang sopan. Pernah ada beberapa pasangan muda dihalau keluar oleh rakan2 pemilik di hadapan mata saya, termasuk beberapa orang pemuda yang membungkus arak dalam akhbar lama. Dan mengenai chalet yang digunakan untuk tujuan maksiat...chalet berkenaan adalah kosong,dua di bhgn bwh digunakan untuk membuat air dan tempat pembayaran,satu chalet diatas dipaku rapi dan di bahagian hadapan merupakan pejabat belia dll.
Kebanyakan pengunjung di situ adalah saudara 30 dan keluarga2 yang datang berhibur, dan setakat mana saya berkunjung di situ x pernah ada hal seumpama itu. Dari segi PREMIS HARAM pula, kalau betul haram kenapa sekarang baru nak kecoh2!Dah dapat hak pemilikan baru nak kecoh,sebelum ni x ambil peduli.Jangan kerana nak ambil alih tuduhan-tuduhan melampau dilemparkan untuk mengukuhkan kedudukan dan kenyataan diri sendiri.
Macam ni lah sekarang rupabentuknya keadaan kat Malaysia ni...........org banyak percaya dgn baca paper je........pasal malas nak explore sendiri......apa yg wartawan tulis..itulah yg sahih.....adilke kalo seolah-olah sang wartawan tu lak yg jadi hakim..........so...kalo nak citer real dan sahih yg dapat puaskan hati kita........keluarlah cari sendiri berita sahih tu..bahaya zaman sekarang ni adalah fitnah muncul dalam bentuk baru........fikir2kanlah......
__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.