SINGAPURA 8 Sept. - Pemilik rangkaian Hotel Shangri-La dari Malaysia, Tan Sri Robert Kuok merupakan individu paling kaya di Asia Tenggara dengan aset bernilai AS$5.3 bilion (RM19.61 bilion).
Pemilihan Kuok, yang juga pemilik syarikat akhbar South China Morning Post di Hong Kong dan syarikat hartanah, Kerry Properties, telah dijalankan oleh majalah Forbes.
Seorang lagi rakyat Malaysia, T. Ananda Krishnan menduduki tangga kedua dengan aset sebanyak AS$5.1 bilion (RM18.87 bilion).
Beliau ialah pemilik stesen televisyen satelit berbayar, Astro dan syarikat perkhidmatan telefon mudah alih, Maxis Communications selain turut menjalankan perniagaan pertaruhan lumba kuda di Malaysia.
Mereka merupakan dua daripada empat rakyat Malaysia menduduki senarai terbaru yang dikeluarkan oleh majalah tersebut.
Mmm...bukan sy nk dengki dgn kekayaan org lain tp yg bg depa kaya org kita jugak...apa kata kite tukaq kpd line celcom yg diterajui oleh org melayu dan tidak melanggan astro...kalo boleh buat laa...ini hanya pendpt saya jaa...