Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sejuta hilang pekerjaan


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Sejuta hilang pekerjaan



WASHINGTON 8 Sept. - Taufan Katrina yang melanda selatan Amerika Syarikat (AS) 10 hari yang lalu telah menghapuskan hampir satu juta peluang pekerjaaan.


Malah malapetaka tersebut juga mengancam pertumbuhan ekonomi yang sebelum ini telah diramal akan mengalami kejayaan dalam pentadbiran Presiden George W. Bush.


Menurut Pejabat Bajet Kongres, taufan tersebut dijangka menyebabkan kehilangan 400,000 peluang pekerjaan.


Bagaimanapun beberapa anggaran yang dikeluarkan oleh agensi swasta meletakkan perkiraan yang lebih tinggi sehingga mencecah satu juta.


Ramalan-ramalan tersebut turut menggoncang pentadbiran dan para pemimpin Kongres memandangkan tidak banyak tindakan dapat dilakukan bagi memulihkan keadaan berikutan kurangnya projek pembinaan awam.


Berdasarkan sejarah ramai beranggapan New Orleans dan kawasan Teluk Mexico yang terjejas akibat Taufan Katrina boleh dibangunkan semula.


Namun kerosakan yang dahsyat akibat taufan bakal membahayakan ekonomi dalam jangka panjang.


``Semasa berlakunya bencana alam pada masa-masa lalu, penduduk yang terjejas mampu bekerja semula dan membina kehidupan baru.'' kata pengarah penyelidikan di Institut Dasar Ekonomi, Lee Price.


``Itu tidak akan berlaku kali ini. Ada beratus-ratus ribu orang yang hilang pekerjaan, meninggalkan kerja, tidak ada pekerjaan atau tempat tinggal. Ramai yang tidak ada sesiapa yang boleh pergi ke tempat kerja masing-masing,'' jelasnya.


Penilaian kerajaan terhadap impak ekonomi kebangsaan mendapati Katrina akan membantutkan pertumbuhan ekonomi pada peratusan penuh serta menyebabkan kenaikan harga minyak sebanyak 40 peratus pada bulan ini.


Sebelum taufan, pertumbuhan ekonomi AS pada penggal kedua tahun ini diramalkan antara tiga hingga empat peratus berbanding 3.6 peratus semasa enam bulan pertama.


Ketua seksyen pekerjaan Statistik Buruk Jabatan Biro Buruh, Tom Nardone berkata, masih terlalu awal untuk mengatakan proses pembangunan semula New Orleans dan kawasan yang terjejas akan menambah peluang pekerjaan.


Bekas Setiausaha Buruh semasa pentadbiran Bill Clinton, Robert Reich meramalkan akan berlaku `tempoh menganggur yang lama' di kalangan penduduk yang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.


``Kita perlu mengadakan program besar-besaran bagi menyediakan kediaman tetap, secara idealnya berhampiran penempatan asal mereka, memberikan peluang pekerjaan, membantu memulakan perniagaan dan menyediakan pengangkutan,'' ujarnya. - AP






__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

APALAH DEPA NAK LPAS NI!!!!!!!!!!!!KEJA PON TARAK??????????



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

datang ke Malaysia la pulak.Kasi diorg lak duduk estet tanam getah..ki..ki..ki...

__________________
nor mazwan bin mazlan


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Walau sekuat mana pun polis dunia ni... kalah juga ngan pembalasan dari Allah swt.

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard