NEW ORLEANS 8 Sept. - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) yang meningkatkan operasi kawalan di kawasan-kawasan dilanda taufan Katrina semalam, kini menyediakan sebanyak 25,000 beg mayat ekoran kebimbangan terbaru jumlah mangsa terkorban kemungkinan meningkat.
Pasukan keselamatan membuat persiapan untuk menghadapi potensi kemungkinan jumlah kematian akan meningkat berbanding 10,000 orang yang dijang-kakan sebelum ini.
Jurucakap Jabatan Negara, Bob Johannessen berkata, pasukan keselamatan mempunyai 25,000 beg di tangan mereka.
Ketika ditanya sama ada pihaknya mengharapkan jumlah kematian lebih besar, beliau memberitahu: ``Kami tidak tahu apa yang hendak diharapkan.''
Pengawal Kebangsaan AS pula dalam persediaan mencari beribu-ribu mangsa yang masih terperangkap di bandar New Orleans ketika White House menghantar pegawai tertingginya ke kawasan yang musnah dilanda Taufan Katrina.
New Orleans yang kini dalam keadaan melente dan sebahagian besar penduduknya yang terselamat kini berlindung di Lousiana, Mississippi dan Alabama.
Ketua polis New Orleans, Eddie Compass berkata, terdapat beribu-ribu penduduk mahu meninggalkan New Orleans dan menunggu bantuan.
Bagaimanapun sesetengah penduduk masih ingkar terhadap arahan perpindahan mandatori yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar, Ray Nagin.
``Mereka yang tidak mahu dipindahkan telah bersembunyi,'' kata Gregg Brown yang berasal dari Carolina Selatan yang terbabit dalam kerja-kerja mencari. - Reuters
sikit jer tu berbanding umat islam yg mereka zalimi di atas muka bumi ini.Katrina adalah balasan di atas keeegoan mereka dalam mentadbir negara dan gejala sosial yg terang2 berlaku serta pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan.Kita renungi kembali sejarah Nabi Nuh a.s yg kecewa dgn umatnya dan akhirnya menyebabkan banjir besar yg menghancurkan penduduk termasuk anak dan isteri yg engkar terhadap suruhan Allah s.w.t
Setuju dgn saudara mazwan...............besar mana pun angkatan tentera diorang tak leh lawan 'Tentera Allah' yg terdiri dari Ribut,Taufan,banjir,Kemarau,Petir,Kilat,Hujan dan banyak lagi unit2 'Tentera Allah' yg akan memusnahkan musuh2 Islam..................
__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.