Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Ke arah menjadikan Malaysia pusat ICT global


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Ke arah menjadikan Malaysia pusat ICT global



PULAU PINANG 9 Sept. - Selepas sembilan tahun, Koridor Raya Multimedia (MSC) kini memasuki fasa kedua apabila tiga lagi bandar siber diwujudkan ke arah menjadikan Malaysia pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global.


Tiga bandar siber itu akan dibina di Melaka, Perak dan Pahang dalam proses mengembangkannya ke seluruh negara bagi memastikan manfaat ICT turut diterima oleh penduduk di luar Lembah Klang.


Langkah ini bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang kreatif dan inovatif serta mampu menjadi pencipta kepada produk dan perkhidmatan bertaraf dunia.


Selain bandar, kerajaan juga meletakkan sasaran mewujudkan lebih banyak pusat siber terutama di pekan-pekan kecil di luar bandar supaya setiap lapisan rakyat memperoleh manfaat daripada perkembangan ICT.


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, dengan itu, hasrat untuk menjadikan negara ini sebagai pusat atau hub ICT global menjadi kenyataan kerana ia mampu membangunkan sumber manusia yang menyeluruh tanpa tertumpu pada satu-satu kawasan.


``Kita ada objektif global iaitu mahu menjadi hub global (untuk ICT), jadi kena wujudkan pusat-pusat MSC kecil di seluruh negara termasuk di luar bandar terutama sekolah-sekolah,'' katanya pada sidang akhbar di hari terakhir mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa MSC (IAP-MSC) di sini hari ini.


Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua 34 ahli IAP yang menyertai mesyuarat itu.


Menurut Perdana Menteri, pada masa yang sama, Cyberjaya akan terus dimajukan sebagai pusat industri ICT dengan kerajaan akan terus menggalakkan pelabur sama ada tempatan atau luar negara melabur di bandar pintar itu.


Malah, katanya, mesyuarat IAP-MSC yang pertama kali diadakan di Pulau Pinang iaitu yang pertama juga diadakan di luar Kuala Lumpur menunjukkan kerajaan serius dalam membawa MSC terutama ICT kepada setiap lapisan rakyat tanpa mengira latar belakang.


Menurutnya, kerajaan sedia melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli IAP pada mesyuarat tiga hari itu.


Katanya, ia termasuk memastikan sistem pendidikan negara mampu melahirkan rakyat yang inovatif dan kreatif supaya mereka bukan setakat menjadi pengguna tetapi juga pencipta produk dan perkhidmatan berasaskan ICT.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

ALHAMDULILLAH



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard