KUALA LUMPUR 9 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan DAP mengiktiraf pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan seperti satu episod wayang kulit.
Bekas Perdana Menteri berkata, PKM yang diharamkan itu bukan sahaja mahu menubuhkan kerajaan autoritarian tetapi juga mahu menyemai ideologi komunis.
``Chin Peng mahu menubuhkan rejim komunis dengan dia sendiri menjadi pemimpinnya, dan saya tidak fikir rakyat menyokong idea itu,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Hari Hak Asasi Manusia Malaysia anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di sini hari ini.
Mengenai hak Chin Peng untuk kembali ke negara ini, beliau berkata, terpulanglah kepada mahkamah membuat keputusan berhubung perkara itu.
Bahaya untuk jangkamasa panjang jika dibenarkan Chin Peng masuk Malaysia............sekarang memang tak nampak.........nanti lama2..........fikirlahh...........
__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.