ISU perkahwinan dan perceraian di kalangan remaja Melayu menduduki tempat utama jika dibandingkan dengan rentetan isu lain seperti pelajar Melayu keciciran sekolah, pergaulan bebas dan penagihan dadah.
Selain keprihatinan yang ditunjukkan para pemimpin pemerintah baru-baru ini, kita juga seolah-olah dikejutkan dengan dapatan perangkaan yang disiarkan (BH, 3 September) mengenai isu itu.
Antara punca trend itu (cerai dan kahwin lagi) ialah pergaulan bebas, seks rambang, perbezaan peribadi, curang dan kurangnya persediaan meniti kehidupan berumah tangga.
Masyarakat kita umumnya sudah faham punca dan akibat jika trend sedemikian tidak ditangani secara tuntas. Ia boleh membawa kesan negatif ke atas bangsa, agama dan negara.
Pada masa yang sama, daripada peringkat akar umbi sehingga ke pemerintah, pelbagai program, kaunseling, bantuan kewangan serta penubuhan rumah peralihan/tumpa ngan disediakan bagi pasangan remaja yang menghadapi masalah seperti hamil di luar nikah.
Cuma apakah mungkin dengan menyediakan segala kemudahan sebegini memberi gambaran bahawa kita bersikap toleran ke atas pasangan remaja?
Dalam apa masalah sekalipun, selain meminta maklum balas orang ramai, penguatkuasaan undang-undang mungkin perlu bagi mencari huraian lebih menyeluruh.
Sebagai contoh, masalah penagihan di kalangan orang Melayu begitu tinggi pada satu masa.
Akan tetapi, selepas pelaksanaan undang-undang yang lebih berat, termasuk tempoh tahanan lebih lama, selain kempen pendidikan awam, kadar penagihan berkurang dengan banyaknya.
Dalam isu remaja ini, orang ramai mungkin dapat memberi maklum ba las dalam menyarankan beberapa penetapan undang-undang yang boleh diambil bagi membanteras masalah remaja kita.
Kedua, tindakan ibu bapa yang memaksa anak remaja yang sudah terlanjur supaya bernikah untuk menutup malu.
Sehingga kini, masih ramai ibu bapa yang kurang jelas akan pelaksanaan hukum ini - apakah ia akan mendatangkan lebih banyak manfaat atau sebaliknya?
Pihak Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM) telah pun menegaskan cara pernikahan seperti ini bukan huraian isu hamil luar nikah dan ibu bapa harus jangan terus menghantar anak mereka yang terlanjur ke ROMM untuk dinikahkan.
Ini kerana sebahagian besar pasangan remaja ini akhirnya kecundang dalam membina rumah tangga yang bahagia dan berakhir dengan perceraian.
Selain itu, fokus juga perlu diberikan kepada golongan remaja yang dikategorikan dalam kumpulan selamat.
Dalam perkara ini, institusi-institusi pendidikan boleh memperkenalkan beberapa langkah untuk mencegah trend pergaulan bebas dan seks rambang daripada meresap dan meracuni jiwa pelajar di sini.
Antaranya, boleh diperkenalkan sesi interaksi antara pelajar dengan guru dan ibu bapa mengenai cabaran golongan remaja termasuk masalah seks rambang.
Dapatan daripada sesi-sesi tersebut boleh memberi gambaran sebenar dan jelas tentang hakikat kehidupan, cabaran dan permasalahan yang dihadapi remaja dan pelajar muda kita.
Melalui maklumat lebih terperinci yang diperolehi, kita dapat mengorak langkah memperkenalkan program baru yang lebih berkesan bagi mencegah permasalahan remaja daripada berleluasa.
Akhir kata, untuk berjaya, sokongan setiap lapisan masyarakat amatlah diperlukan.
dalam islam, hukum hudud...."laki o pmpn bujang yg berzina, disebat 100x dkhalayak ramai... laki o pmpn berkahwin direjam dgn batu sampai mati dikhalayak ramai..... org islam yg minum arak disebat 40x."........ ini perintah allah yg wajib dlaksanakn........ contoh di arab saudi, ada x kes2 mcm ni berlaku??????? jarang dengor kn........ rasenyer nk tunggu tsunami sampai kot kt malaysia ni.. hahhaaaa
Hmmmmm...isu yg dah jadi darah daging sekarang ni..soal akhlak anak2 remaja kita.....harapan Program Khidmat Negara ilham dari Dato seri Najib Tun Razak tu dapat mengurangkan gejala2 tersebut....tapi hamba ada idea utk Dato Seri Najib.......hamba rasa kita patut buat Khidmat negara tu macam kat Korea Selatan la Dato Seri.........kita ajar diorang macam mana Askar2 Komando kita tranning..baru diorang rasa..hantar diorang kat Kem 21GGK (Gerup Gerak Khas) Sungai Udang Melaka...dekat je dgn rumah hamba..hari2 hamba nampak rekrut2 komando kita trainning.....setengah mati kita yg dok perati ni je........anak2 remaja kita ni dah terlalu senang sangat..tu yg naik lemak tu...jom kita kasi buang lemak tu..kita ganti dengan Sambal Belacan lak..heheheheh...
__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.