Ungkapan 'orang melayu mudah lupa' sering terngiang-ngiang ditelinga kita,semenjak Tun Dr.Mahathir Mohamad....bekas perdana menteri kita dahulu.Memang banar kata-kata beliau.Bukan aku nak peleceh bangsa aku sendiri......Ini kerana kita sendiri boleh tangok dengan kemajuan dan kemakmuran dinegara kita ini.....masyarakat melayu sekarang benar-benar sudah banyak melupakan diri & melupakan nilai-nilai ketimuran yang sedia ada dalam diri kita selama ini. Ada pelbagai jenis penyakit yang terdapat dalam diri orang melayu kita kini.Antaranya:-
1-Suka meniru-niru gaya hidup masyarakat barat
sedarlah kita bahawa kita ni datang daripada masyarakat yang penuh dengan nilai-nilai ketimuran.Cuba kita lihat anak-anak muda-mudi kita sekarang.Dari cara pemakaian & dari segi pergaulan mereka.Dari segi pemakaian....memang menjolok mata & amat memalukan.Mengenai dari segi pergaulan....hmmm....muda-mudi suka melepak & berpeleseran.Pergaulan bebas diantara lelaki & perempuan sudah macam tiada sempadan lagi......pelik...?
2-Mempunyai perasaan hasad dengki sesama bangsa.
Kita sudah sedia maklum bahawa masyarakat melayu kita dari dahulu hingga sekarang......memang banyak wujud perasaan dengki terhadap sesuatu kejayaan orang lain.Kalau bangsa lain tak mengapa,ini bangsa sendiri.Contoh nya laa.......dalam perniagaan.Jika kalau ada sesama bangsa berniaga disatu tempat......selang 2-3bulan kemudian....mesti ada salah satu nya akan tutup perniagaan.....Kenapa perlu wujud perasaan hasad dengki sesama bangsa.......Malulah dengan bangsa lain...?
3-Suka menjaga 'tepi kain orang'(menyibuk hal orang lain)
Memang masyarakat melayu kita sekarang suka sangat menyibuk tentang hal orang lain.Apa salah nya jaga hal kita sendiri.
4-Suka mempercayai terhadap khidmat bomoh(kurafat).
Memang pelik masyarakat melayu kita sekarang.Zaman dah maju pun masih percaya pada bomoh & perkara-perkara yang syirik ni.....?Asal sakit sikit sahaja......mula pikir kena buatan orang laaa......kena sampuk laaa....pastuh mula la.....mengelabah mencari sana-sini...bomoh yang power-power laaa.....Kunun-kunun la.....boleh mengubati sakitnya itu. Ingat laa......segala kejadian & musibah itu datang nya dari Allah.Kita sebagai Umat Islam tak payah lah percaya bulat-bulat terhadap perkara-perkara kurafat nih.Orang yang seperti ini umpama hidup 'biar la diri- sendiri yang makan bubur......asal kan bomoh yang dipuja dapat makan yang sedap-sedap...!!!Mereka suka perabih duit,hanya semata-mata utk melakukan perkara-perkara kurafat ini.......malu sih dengan bangsa lain...!!!
5-Suka rebut harta pusaka..!!!
Harta di atas muka bumi ini hanya lah sebahagian 'daki syurga'.Tetapi dalam masyarakat melayu kita sekarang.....pihak orang-orang tua laaa....yang selalu merebut-rebut harta pusaka.Diorang tidak pernah terpikir akan akibat yg akan datang & balasan di akhirat nanti.Diaorang tidak peduli laa.......tentang hak orang lain....sedang mereka sendiri tahu harta pusaka ini dah jadi satu 'hukum faraith'. Pelik......pelik,dah tua-tua pun masih nak ada duit yang banyak.Bukan nyer harta tuh boleh dibawa kedalam kubur pun......Malu.....aahhhh...!!
Kita bukan meniru tapi...DIAJAR supaya meniru cara pemakaian dan pergaulan masyarakat barat....jangan cakap anak-anak muda la yang tua-tua pun sama lebih-lebih lagi pemimpin kita yang memang mengikut cara barat.......pernah tak korang tengok pemimpin kita pakai baju melayu atau tunduk saja tanpa bersalam dengan berlainan jantina di persidangn atau function dengan orang asing????
Yang lain-lain tu aku malas nak komen....
TU LA MELAYU........
__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............
Manusia terlalu banyak berbincang mengenai sudut negatif, mengenai perkara yang tidak kena. Mengapa tidak cuba melihat dari sudut pandangan positif, menyentuh perkara tersebut dan mengembangkannya?