Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: renungkan...


Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:
renungkan...


Renungkan....                                                              
Hayati dan fahami....
Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah
kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke
dalam air begitu sahaja....kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak
pengharapan kepada seseorang...setelah ia mula
menyayangimu, hendaklah kamu menjaga
hatinya....janganlah sesekali kamu terus
meninggalkannya begitu
sahaja....kerana dia akan terluka oleh
kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya
selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadarkeperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk
kamu menampalnya semula....akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang


terima lah seadanya....Janganlah kamu terlalu
mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa....anggaplah
dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya
kamu kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi
hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang
kamu pasti baik untuk dirimu, Mengenyangkan,
Berkhasiat,
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari
makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu
akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.


Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan
seorang insan.....


yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.Mengapa kamu
berlengah, cuba membandingkannya
dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia
menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan
menyesal.....


 


 


 


 


IEna_ilnaZS


 



__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

terima kasih saudari ienailnazs,saya sebagai remaja patut merenungkan apa yg saudari tulis disini,mmg benar apa yg saudari tulis di sini,pengajaran disini jgn kita abaikan insan yg kita sayangi tanpa sebab dan sentiasa sayang menyayangi satu sama lain,dgn cara begini hubungan kita akan rapat dan insyaallah akan berkekalan,jgn kita jadi org yg terlalu memilih pada rupa,itu semua hanyalah rupa,bagai syaitan menyerupai manusia,harap tak ada yg terasa,ini untuk renungan juga,dah byk zaman sekarang ini begitu baik kaum hawa ataupun kaum adam..


Harap semua faham akan maksud saya,minta maaf jika ada yg terasa..


 



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard