PERHUBUNGAN tembakau dengan barah paru-paru telah banyak membayangkan kebenaran bahawa tabiat merokok adalah penyumbang kepada penyakit jantung dan penyakit-penyakit saluran darah yang lain. Risiko kematian dari penyakit jantung adalah 2 hingga 3 lebih besar terhadap perokok dibandingkan dengan yang tidak merokok.
Risiko Serangan Jantung
* Atherosclerosis dari coronary arteries lebih lazim pada perokok dibandingkan dengan yang tidak merokok. * Menghisap rokok menjadi sebab utama kematian yang tiba-tiba, terutama sekali pada orang-orang lelaki di bawah umur 50 tahun.
* Risiko bertambah setingkat demi setingkat pada perokok yang juga mengalami hypertensi atau darah tinggi dan risiko kedua-duanya adalah paling tinggi pada perokok. * Wanita-wanita yang mengambil ubat pencegah kehamilan yang juga kuat merokok, boleh menambah risiko serangan jantung mereka hingga 20 kali. * Lebih banyak anda merokok , (dan lebih tinggi tar/nikotin) lebih besar risikonya.
Berita Baik ! Kebalikan Risiko
Orang-orang yang berhenti merokok boleh mengharapkan kebalikan risiko kematian serangan jantung dengan cepat. Dalam masa setahun berhenti merokok, risikonya berkurangan hampir sama dengan orang yang tidak pernah merokok. Bancian insuran menunjukkan bahawa seseorang yang berumur 32 tahun yang tidak merokok, boleh mengharapkan hidup lebih kurang 7 tahun lebih lama daripada seorang perokok yang sama umurnya.
Bahaya-Bahaya Lain Pada Merokok
Barah paru-paru, barah mulut, barah kerongkong: Pengaruhnya lebih tinggi pada perokok; 90% barah paru-paru berlaku pada perokok. Demam paru-paru dan Emphysema: Paru-paru yang telah dirosakkan oleh asap rokok lebih mudah kena jangkitan dan dan juga menyedut kurang oksigen. Kehamilan dan bahaya kepada bayi yang baru lahir: Ibu-ibu yang menghisap rokok mengahadapi bahaya melahirkan anak sebelum waktunya, bayi mati kelahiran atau berat badan bayi yang dilahirkan itu sangat berkurangan. Penyakit mulut: Perokok mungkin mendapati penyakit berkaitan dengan pergigian dan kehilangan gigi.
Nikotin
Racun ini pernah digunakan sebagai racun serangga, tetapi sekarang penggunaannya dilarang kerana ketinggian racunnya kepada manusia. Biasanya rokok mungkin mengadungi dengan jumlah yang tidak terbatas dan mudah pula didapati. Nicotin adalah 10 kali lebih toxic daripada DDT. Dihisap bertalu-talu 40 hingga 50 batang boleh membawa maut dalam beberapa minit disebabkan gagal bernafas. Oleh kerana jumlah nikotin itu kecil sahaja pada sekali sedutan, kesannya tidak membawa maut tetapi masih merbahaya pada jantung dan peredaran darah.
Kesan Yang Merbahaya Dari Nikotin
* Menambah tekanan darah dan kadar jantung: hari bekerja lebih kuat. * Boleh menyuburkan atherosclerosis. * Boleh menambahkan pembekuan dalam saluran darah. * Boleh mengganggu denyutan jantung yang normal.
Karbon Monoksida
Gas toxic yang serupa berlaku pada asap kereta juga berlaku pad asap rokok. Karbon monoksida dalam badan mengurangkan kemampuan darah untuk menyerap oksigen dari paru-paru. Ini adalah kerana sel darah merah (pembawa oksigen) lebih suka mengambil karbon monoksida daripada oksigen. Lebih banyak anda merokok. lebih besar jumlah karbon monoksida menyerap ke dalam aliran darah anda. Ingatlah! "
tak sedaq diri lagi perokok...anda sedang membunuh diri anda....You all just apply passport to Hell......ingatlah org tesayang.....aku dah letih nak nasihat.....
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
untuk menyelamatkan keadaan kanda Mas dan mula arahkan premis r&d sebagai tempat / zon larangan merokok sejak seminggu lalu. sedikit demi sedikit langkah di ambil untuk mengurangkan dan memberhentikan tabiat merokok.
untuk menyelamatkan keadaan kanda Mas dan mula arahkan premis r&d sebagai tempat / zon larangan merokok sejak seminggu lalu. sedikit demi sedikit langkah di ambil untuk mengurangkan dan memberhentikan tabiat merokok.
askum to all,
satu langkah yg baik tlh dimulakan oleh RnD...semoga perokok kat RnD tu...kurang2kan lah hisap rokok...puasa pun dah dekat elok ler tu...kalo ada niat nak berhenti ...elok sgt lerr ...hari baik bulan baik......kalo bulan lain kot susah nak berenti kot.........sapa yg nak berenti..doa saya bersama anda....semoga berjaya....
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
Dalam banyak banyak arahan kanda Mas... arahan berhenti merokok ni yang agak berat sikit. Tapi beliau pun turut sama berusaha secara berjemaah mematuhi ketetapan. bahkan hampir kesemuanya bertekad utk berhenti terus dari merokok.
Tahniah r&d.
__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214
"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"
Dalam banyak banyak arahan kanda Mas... arahan berhenti merokok ni yang agak berat sikit. Tapi beliau pun turut sama berusaha secara berjemaah mematuhi ketetapan. bahkanhampir kesemuanya bertekad utk berhenti terusdari merokok. Tahniah r&d.
askum kalo semua berhenti...saya akan buat camnih.......dan mcm nih......bukan sembah korang tapi tabik....ahak
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
Sufian wrote: Dalam banyak banyak arahan kanda Mas... arahan berhenti merokok ni yang agak berat sikit. Tapi beliau pun turut sama berusaha secara berjemaah mematuhi ketetapan. bahkan hampir kesemuanya bertekad utk berhenti terus dari merokok. Tahniah r&d. askum kalo semua berhenti...saya akan buat camnih.......dan mcm nih......bukan sembah korang tapi tabik....ahak
tambah lagi tabik dari saya... tabik spring lagi kat Kanda Mas.
p/s : maaflah kepada yg dengki atau tak berapa suka pd kanda Mas dan r&d, kita kena adil menilai... jangan mencari cari kesalahan orang sedangkan diri kita sendiri entah ke mana...
go on r&d... jangan toleh belakang lagi... Persetan dengan budak budak mentah dan mereka2 yg memang dilahirkan sebagai pengkianat. kami sentiasa menyokong dan memerhati.
setuju dengan Along Azmi. teruskan perjuangan untuk membangun umat.