Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: apabila..


Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:
apabila..


Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini.
Semoga segala perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati
oleh Allah SWT pada setiap masa dan ketika.

* Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
* Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
* Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

* Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
* Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
* Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
* Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
* Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
* Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

.................................TETAPI AWAS.......................................



TETAPI AWAS
apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

* Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
* Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

* Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi
ulat.
* Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
* Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
* Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
* Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
* Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la
minyak gamat.

* Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
* Semua nak tunjuk kuat.
* Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
* Tapi hidup pula yang melarat.
* Tali kasut dah tak berikat.
* Rambut pun jarang sikat.

* Yang perempuan, pakai mini sekerat.
* Suka pakai baju ketat.
* Suka sangat menunjukkan pusat.
* Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
* Pakai pulak yang singkat-singkat.
* Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
* Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
* Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.

* Duduk jauh berkirim surat.
* Bila berjumpa, tangan berjabat.
* Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
* Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
* Usah peduli agama dan adat.
* Usah takut Allah dan malaikat.
* Yang penting apa kita nak buat?
* Kita 'bukti' lah kita buat.
* Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
* Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
* Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok
bayi dibuang di merata tempat.
* MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT
* Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
* Habis manusia telah tersesat.
* Inilah dia fenomena masyarakat.

* Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
* Marilah kita pakat mengingat,
* Bahawa dunia hari ini makin singkat,
* Esok atau lusa mungkin kiamat,
* Sampai masa kita semua akan berangkat! .
* Berangkat menuju ke negeri akhirat.
* Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
* Masa tu, sindri mau ingat.

* Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
* Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
* Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
* Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ia dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

dah selalu sangat baca cut and paste ni...


anyway terima kasih laaa



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

terima kasih banyak2

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

Marilah bersama kita renungkan

__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

terima kasih kerana mengingatkan..renung2 lah masa dpn manusia..

__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard